MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS

99 26 6
                                    

"Kita pergi ke angkasa lepas!" kata Cikgu Wan, teruja.

"Apa? Macam mana?" Para pelajar kebingungan.

"Hanya dua wakil sahaja yang akan ke stesen angkasa untuk dapatkan data dari sana."

"Saya cadangkan Alif dan Iskandar pergi ke sana," kata Siti Zulaikha bercadang.

"Apasal aku pula? Suruhlah Zul pergi dengan salah seorang budak dungu. Kalau mati pun, tiada siapa kisah," kata Alif Najmi, enggan berulas panjang.

"Apa kau kata?" balas Zulfadlie dengan geram.

"Najmi, jomlah pergi sana. Lagipun, kita tak jarang nak keluar bersama macam ni," pujuk Iskandar.

Mendengar kata-kata itu, Alif Najmi bersetuju akhirnya.

"Yela. Yela. Aku pergi. Jom mulakan!"

***

Para pelajar DSB menceroboh masuk ke kawasan pelancaran roket. Hasbi dan Amira berlakon sebagai pengunjung sesat di situ.

"Okey, boleh gerak ke bilik pengawasan," kata Ruby sebagai ketua arah.

Adil menyelinap dari pintu belakang. Amira dan Hasbi pula berjalan dari pintu hadapan. Pintu hadapan bilik pengawasan dibuka. Dua gadis itu melangkah masuk denga teruja.

"Wah, besarnya!" kata Amira, ceria.

Para pengawal di situ terkejut melihat dua gadis itu muncul.

"Hei!" tegur pengawal di situ.

"Macam mana kamu boleh ada di sini?" kata pengawal lain pula.

"Err... maaf. Kami sesat," kata Hasbi cuba menenangkan suasana.

Sedang mereka bertengkar di pintu depan, Adil memasuki bilik itu menerusi pintu belakang. Dia segera mencucuk pendrive ke motherboard.

"Pendrive dah letak," kata Adil berlindung di sebalik meja.

"Dalam proses... Siap! Boleh keluar dari situ," balas Ruby.

Adil segera bergerak ke pintu belakang semula. Ruby menggodam segala kamera litar tertutup di situ.

"Okey, korang berdua gerak ke depan," arah Ruby kepada Alif Najmi dan Iskandar.

Alif Najmi dan Iskandar mara ke hadapan.

"Berhenti! Ada CCTV di depan. Aku akan godam seketika," arah Ruby lalu menggodam kamera tersebut.

"Lima saat. Gerak cepat!"

Segera Iskandar dan Alif Najmi bergegas ke hadapan menuju ke roket. Tanpa disedari sesiapa, mereka berdua menaiki roket itu.

"Wah, sampai juga dekat sini," kata Iskandar lega.

"Semoga berjaya, anak muridku," ujar Cikgu Wan yang muncul di luar tingkap.

"Cikgu Wan!" Mereka berdua terkejut.

Cikgu Wan memeluk roket sambil bercakap dengan dua pelajarnya.

"Jaga diri di sana nanti ya!" kata Cikgu Wan.

Mereka berdua hanya tertawa dengan telatah Cikgu Wan yang serupa macam bapa.

Tidak lama kemudian, pengumuman tentang pelancaran roket ke stesen angkasa, dibuat. Mereka yang lain menantikan pelancaran dari jauh.

"Lima."

"Empat."

"Tiga."

"Dua."

Kelas DSBWhere stories live. Discover now