BAB 16-CUTI SEKOLAH

154 31 10
                                    

Peperiksaan Pertengahan Tahun diibaratkan sebagai sebuah peperangan besar terhadap raksasa. Iskandar yang memegang penukul besar hanya mampu mengelak serangan raksasa itu.

"Lajunya. Kalau macam ni, susahlah nak kalahkan raksasa ni," kata Iskandar.

Gary Stark muncul lalu menyerang perut raksasa. "Easy as ABC."

Raksasa tadi belum tumpas lagi lalu menyerang Gary Stark. Pelajar itu berundur.

"Tak guna. Macam mana nak kalahkan dia?" monolog Gary Stark.

Zafina Shahira muncul lalu menyerang kepala raksasa. Hancur binasa raksasa tersebut dengan serangan Zafina Shahira. Gary Stark terpegun.

Apakah? Macam mana dia buat? Desis hati Gary Stark.

"Wah, tak sia-sia cikgu bawa pergi UK hari tu!" kata Zafina Shahira teruja.

Dalam subjek Sains, Doc Rakim cuba kalahkan seekor raksasa.

"Kebal betul!" keluh Doc Rakim.

Doc Rakim melihat Siti Sarah menunggang raksasa lain. Dia terpegun.

"Okey. Jangan nakal-nakal ya. Kita pergi ke arah sana," kata Siti Sarah, lembut.

Doc Rakim tercengang melihat kejadian yang jarang ditemui itu. "What the..."

Sementara itu, Ilman Faiz berjaya tumpaskan seekor raksasa dengan mudah dalam subjek Sejarah. Dven Joo pun tewaskan raksasa.

"Huh? Easy?" kata Dven Joo, sinis.

Tiba-tiba, raksasa bangun semula lalu menyerang Dven Joo.

"Apa? Tidak!" jerit Dven Joo terkejut.

Dalam subjek Bahasa Melayu pula, Wahida menyerang seekor raksasa dengan seni pertahankan diri.

"Gunung naik bercabang tiga," ujar Wahida bersemangat.

Ismah Fatih tiba-tiba muncul lalu menyerang raksasa.

"Pulau layar jauh ke tengah," celah Ismah Fatih tersenyum sinis.

Mereka berjaya tumpaskan dua ekor raksasa dengan mudah.

Tiba sahaja subjek yang digeruni, yakni Matematik, pasangan kembar berlainan kelas mula menonjolkan kemahiran. Dalam bilik peperiksaan, Alif Najmi melihat pelajar lain menjawab soalan Matematik dengan tekun sedangkan dia duduk bersenang lagi.

Dalam arena, Alif Najmi melihat Arif Hakimi menyerang raksasa dengan senjata SMG MP5. Kenapalah semua orang gelabah? Semua ni kena buat secara halus, desis hati Alif Najmi, yakin.

Kali ni, aku kena buat elok-elok. Ujian bulanan dulu, Alif dapat tempat kedua dalam tingkatan, betul-betul bawah aku. Kalau kali ni dia atasi aku, habislah riwayat kelas 5A nanti, desis Arif Hakimi.

⭐⭐⭐

Beberapa hari berlalu setelah menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pelajar 5F menanti markah mereka yang berada di tangan Cikgu Wan.

"Baiklah, pelajar. Kita mulakan dengan Bahasa Inggeris dulu," kata Cikgu Wan mengeluarkan kertas jawapan berserta markah dari sampul.

"Pelajar yang dapat markah tertinggi dalam subjek Bahasa Inggeris jatuh kepada... Zafina Shahira!"

Semua orang kagum dengan rakan sekelas mereka yang menguasai Bahasa Inggeris.

"Well. It is easy for me," kata Zafina Shahira, bangga dengan markah penuh dan kedudukan pertama dalam tingkatan untuk subjek Bahasa Inggeris .

Sementara Zafina Shahira mendapat markah penuh, Gary Stark mendapat 95% dan kedudukan ketiga. Iskandar pula memperoleh markah 91% dan kedudukan keenam.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now