MUSIM 2: BAB 18-KESAN

83 24 8
                                    

"Baru aku faham kenapa dia tak muncul. Dia berdiri belakang Cikgu Danial selama ni!" Alif Najmi memahami corak permainan Iskandar.

Tanpa disedari, Immanuel yang satu-satunya masih terselamat, berjingkit mendekati lawannya yang terakhir. Baru sahaja mahu menikam dengan pisau bercat biru, dia pula ditikam secara hadapan. Sudahlah tidak melihat, apatah lagi tikaman tepat ke muka.

Immanuel headstab by Alif Najmi

"Manuel pun dah tumpas," kata Zulhilmi.

"Satu lawan satu la jawabnya," kata Zafina Shahirah.

"Cikgu rasa, siapa menang?" kata Siti Sarah bertanya.

"Kemungkinan besar Alif Najmi akan menang sebab dia berkemahiran dan berpengalaman dari permainan video dan anime. Iskandar pula hanya tertumpu pada bakat. Baginya, kemenangan agak tipis," kata Cikgu Wan menganalisis.

Alif Najmi menanggalkan jaket camo lalu berjalan ke lapangan hanya dengan sebilah pisau. Dia mengangkat tangan.

"Iskandar, jomlah satu lawan satu. Keluarlah!" ajak Alif Najmi yang hanya bersinglet hitam.

Iskandar yang sudah sedia dengan sniper, hanya meneropong tubuh Alif Najmi yang berada di tempat terbuka. Dia mengeluh.

"Kalau aku tembak dia, tekanan bagi kumpulan merah agak kuat sebab terpaksa terima kekalahan macam ni. Baik buat cara 50-50," kata Iskandar berfikir lalu munculkan diri.

"Bodoh! Iskandar kena tembak dia tu!" kata Zulhilmi merasai peluang kemenangan.

"Tak, dia takkan tembak sebab dia fikir dulu tentang kesannya," kata Siti Sarah.

"Apa kata kita tengok lagi dekat," pelawa Hanif.

Maka, mereka pun bergerak lebih dekat.

"Tak sangka benda ni akan terjadi juga," kata Alif Najmi tersengih.

Selama mereka berkenalan, ini kali pertama mereka berkawab sesama sendiri. Pertama kali Iskandar menemui Alif Najmi, memang seorang yang jarang bercakap. Mereka bertemu di kelas yang sama dan seringkali bertembung di kantin. Mereka semakin rapat sejak mereka kerapkali keluar bersama dan belajar bersama. Namun kini, semuanya diketepikan. Kembali selepas ini! Berehat bersama KitKat" celah Cikgu Wan membuat teaser bodohnya.

"Cikgu Wan buat lawak apa ni?" kata Puteri Atikah, rimas.

Alif Najmi dan Iskandar berdiri menghadap sesama sendiri dengan jelingan maut. Mereka terus menyerang dengan pisau.

Iskandar membuat serangan awal. Tangannya terus ditangkap lalu dipulas hingga terlepas pisau. Alif Najmi menumbuk muka Iskandar. Iskandar mengaduh kesakitan dek penangan kuat itu. Dia membalas tumbukan, lemah. Alif Najmi sedikit pun tidak mengaduh, malah hanya tersenyum. Dia menghayunkan pisaunya. Satu sepakan mengenai kepala lutut Alif Najmi membuatkan lelaki itu terjatuh. Pisau terlepas dari tangannya.

"Sekarang, kedua-dua tak ada pisau," kata Farah Yasmine terpegun dengan pertarungan dua gergasi itu.

"Tapi, Iskandar ada satu lagi pisau," kata Najwa Mufida menyedari senjata yang disimpan Iskandar.

"Mungkin untuk tepukan pukau," kata Immanuel membuat jangkaan.

"Alif akan sedar benda tu," kata Ilman Faiz.

Iskandar menyerang Alif Najmi, cuba menolaknya jatuh. Sayangnya, dia pula disepak pada perut. Alif Najmi menyepak ala Muay Thai bertubi-tubi pada badan lawan. Dia terus memberi tendangan ke muka. Iskandar terpusing badan hingga rebah. Tendangan kapak menjadi serangan terakhir.

"Tendangan kapak!" Zulfadlie terpegun.

Iskandar tidak bisa untuk bangkit berlawan lagi. Pisau yang terlepas tadi diambil Alif Najmi. Singletnya yang terkoyak rabak dek pergaduhan satu lawan satu jelas menampakkan tatu ekor harimau di belakang badan Alif Najmi.

"Tatu?"

"Ekor harimau?"

"Musang terlibat kongsi gelap ke?"

Bisikan dari rakan sekelas menjadi kisah hangat buat mereka.

"Alif Najmi atau dikenali Jimmy, ialah ahli kongsi gelap Black Tiger di samping Arif Hakimi atau Kimmy. Apa yang kamu lihat, dia bukan Alif yang kamu kenal, bukan Musang mahupun Hoshiko atau apa-apa personaliti yang dia ada. Dia sekarang ialah... Jimmy," terang Niratcha yang turut bersama mereka.

"Apa?" Mereka yang mendengar, terkejut.

Alif Najmi mendekati Iskandar dengan pisau di tangan. Dia berdiri di sisi lawannya.

Baru sahaja mahu menikam Iskandar, Iskandar terlebih dahulu membuat tepukan pukau. Alif Najmi berundur lalu memandang Iskandar dengan lidah digigitnya secara sengaja.

"Tepukan pukau tu gagal sebab Alif gigit lidah sendiri bagi mudah sedar dari dipukau," kata Fauzi.

Iskandar berlari ke arah Alif Najmi. Pisau kedua dikeluarkan, seperti yang disangka Alif Najmi.

"Marilah tikam aku. Aku boleh balas balik dan..." kata Alif Najmi tersenyum.

Iskandar mencampak pisaunya ke tanah. Alif Najmi melihat pisau itu jatuh.

"Apakah?" Jangkaan Alif Najmi tidak tepat.

Leher Alif Najmi terus dipeluk kuat. Iskandar membuat arm triangle choke. Alif Najmi menjadi sesak nafas. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, dia cuba lepaskan diri. Badan Iskandar ditumbuk tetapi tidak kuat. Pasrah, belum lagi. Tangannya meraba tanah lalu memegang sesuatu. Dia mengangkat tinggi ke udara. Pisau!

"Dia dapat pisau!" kata Amira melihat peluang keemasan itu.

Alif Najmi menghalakan pisau ke badan Iskandar. Akan tetapi, dia terpaksa. Pisau dicampak ke tepi.

"Serigala... kau menang..." Alif Najmi menepuk badan Iskandar.

Iskandar mencekik lebih kuat lagi, membuatkan Alif Najmi hilang udara.

"Berhenti! Pasukan merah sudah mengangkat bendera putih, bermakna pasukan biru menang," kata Danial Nabil selalu pengadil.

Akhirnya, Iskandar melepaskan Alif Najmi. Dia disorak kemenangan. Alif Najmi bangun dengan senyuman sinis.

"Kau berlawan dengan tangan kosong tapi aku berlawan dengan pisau. Apa guna kalau aku menang, kan?" kata Alif Najmi tersenyum.

"Sekarang, kitorang ikut kau. Apa plan dia?" katanya lagi.

"Eh!?" Iskandar menjadi keliru.

"Jangan buat muka bodoh tu. Kau sendiri nak selamatkan Cikgu Wan. Jadi, apa plan dia?" kata Alif Najmi bernada sinis.

"Hmm... macam ni cara kita nak selamatkan Cikgu Wan..."

***

"Baiklah, apa yang pernah Iskandar cakapkan sebelum ni, kita bunuh Cikgu Wan bermotifkan selamatkan bumi. Dari sini, kita dapat tahu tujuan utama kita hanya selamatkan bumi. Jadi, ada cara lain kita boleh selamatkan bumi tanpa membunuh Cikgu Wan," terang Fauzi berdiri di depan kelas.

"Hmm... Minta keluar boleh, tak?" Cikgu Wan menolak Danial Nabil dan Niratcha keluar dari kelas.

"Hoi! Apa ni?" marah Danial Nabil terkejut ditolak.

"Lepaslah!" marah Niratcha pula.

Dua guru itu berdiri di luar kelas. Cikgu Wan kembali berdiri menghadap anak muridnya.

"Baiklah. Cikgu ada satu cara," kata Cikgu Wan, yakin.

"Apa dia?" balas mereka yang mendengar.

"Kita pergi ke stesen angkasa lepas!"

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now