BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR

246 44 61
                                    

Setelah tamat berperang dengan soalan Ujian Bulan Mei, para pelajar mula merancang membuat lawatan sambil belajar.

"Hei, Iss," sapa Siti Zulaikha.

Iskandar memandang Siti Zulaikha. "Hai, Ika!"

"Kau dah pilih kumpulan kau untuk trip nanti?"

"Dah. Cuma, dua orang je kena cari."

"Oh, begitu. Saya dah ada kumpulan dah. Maaflah."

"Tak apa."

"Okey, minta diri dulu." Siti Zulaikha beredar dari situ.

Iskandar kembali ke tempat duduknya.

"Wargh! Cikgu pakai apa ni?" kata Hanif terkejut.

Cikgu Wan yang memakai pakaian perempuan Melayu lama, hanya mampu tersenyum. "Hehe..."

"Dah macam orang ketinggalan zaman pula," kata Immanuel kehairanan.

Cikgu Wan meletakkan kepalanya di papan hitam, merajuk. "Kau kata cikgu ketinggalan zaman?"

Danial Nabil berjalan masuk ke dalam kelas. Dia memandang para pelajarnya.

"Eh, Cikgu Danial," kata Amira tersenyum.

Danial Nabil berdehem kecil, menarik perhatian pelajar. "Kita akan adakan lawatan sambil belajar di Kuala Terengganu selama dua hari dua malam. Kerajaan dah upah seorang penembak hendap. Dia akan tolong kamu untuk membunuh Cikgu Wan. Ganjaran 10 juta ringgit akan dikongsi mengikut usaha kamu membunuh Cikgu Wan."

Farah Yasmine mendekati sahabatnya itu.

"Dah jumpa dah orang?" tanya Farah Yasmine, ceria.

Iskandar memandang kawannya itu. "Oh, sekejap."

"Najmi, nak join kumpulan aku, tak?" ajak Iskandar.

"Eh, boleh je," balas Alif Najmi tersengih.

"Kau sedar tak dia pernah digantung dulu. Kalau dia buat hal macam mana?" bisik Zulhilmi kurang senang.

"Dia kan sekelas dengan aku dulu," kata Iskandar dingin.

"Okey, aku ajak Sarah masuk kumpulan kita," celah Farah Yasmine mengheret Siti Sarah.

"Eh! Err... tak apa ke?" kata Siti Sarah lembut.

Iskandar tersenyum sahaja. "Tak apa."

"Okey, saya bawa Ida masuk group kita!" kata Zulhilmi membawa Wahida, pelajar popular dalam kelas.

Farah Yasmine berasa kagum. "Wah, tiada bantahan."

Niratcha melihat para pelajar merancang untuk lawatan mereka. Dia tersengih sendiri. "Setakat lawatan ke Terengganu, lebih baik ke luar negara. Boleh cakap bahasa asing."

"Cikgu Neraka balik kampunglah," kata Immanuel selamba.

"Balik kampung tanam jagung," tambah Puteri Atikah, selamba.

Niratcha menghadam ayat itu lantas mengacu pistol klasik ke arah dua anak muridnya dengan wajah bengis. "Kurang asam punya budak! Baik kau mati!!"

Cikgu Wan muncul semula dengan buku panduan lantas memberi setiap pelajar satu buku tebal.

"Apa ni, Cikgu Wan?" tanya Ilman Faiz mengangkat buku panduan yang berat.

"Ini ialah buku panduan sepanjang lawatan tu nanti. Ada tentang pembelajaan, kecemasan, penerokaan dan lain-lain. Semuanya jasil cikgu sendiri," terang Cikgu Wan.

"Cikgu kata ni buku panduan!? Ni dah mengalahkan kamus dewan Oxford tau, tak?"
kata Immanuel pula meletakkan buku panduan setebal seribu muka surat ke atas meja.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now