BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK

188 37 65
                                    

Iskandar, Alif Najmi dan Zulhilmi berjalan ke kelas bersama. Mereka melalui padang bola sepak yang dipenuhi pasukan sekolah bola sepak. Zulhilmi berhenti berjalan lalu melihat pasukan wakil sekolah bermain bersungguh-sungguh.

"Emy, kau okey tak?" kata Iskandar.

"Aku teringin nak jadi wakil sekolah," kata Zulhilmi murung.

Zaki, kapten pasukan bola sepak sekolah terlihat Zulhilmi muncul. "Emy!"

Zulhilmi terkejut dek namanya diseru. "Eh! Err... Ya!"

Zulhilmi mendekati rakan lamanya, diekori dua kawannya. Begitu juga dengan Zaki dan pasukannya.

"Zaki, lama tak jumpa," tegur Zulhilmi tersengih.

"Ya, dah lama sejak kau masuk kelas F. Sebenarnya, kitorang nak sangat pilih kau jadi wakil sekolah tapi sayang... kau masuk kelas F," kata Zaki dengan nada sinis.

Zulhilmi menunduk malu. Bahunya dipegang.

"Apa kata kita adakan perlawanan antara Kelas F dan Kelab Bola Sepak Sekolah?" cabar Zaki.

Zulhilmi mendongak dengan reaksi terkejut. "Err... Pasal tu..."

⭐⭐⭐

"Hmm... Jadi, kamu terima cabaran tu ya," kata Cikgu Wan.

"Haah. Kitorang akan adakan perlawanan tujuh lawan tujuh dalam 30 minit untuk separuh masa. Jadi, saya terima. Macam cikgu tahu, saya tak nak kalah," kata Zulhilmi sungguh.

"Begitu ya. Macam mana dengan formasi?"

"Pasal tu, saya tak tahu."

"Cikgu, nak ke tandas," kata Zulfadlie berdiri.

Zulfadlie dengam selamba keluar kelas ikut pintu belakang bersama Raviendra dan Syamil, hendak lepak hisap rokok di tandas.

"Oi... Oi! Zul! Syamil! Ravi!" panggil Immanuel.

"Alaa... Biar je la diorang tu," kata Zulhilmi pasrah.

"Hmm... Sebenarnya, saya dah buat analisis pasal ahli pasukan Kelab Bola Sepak Sekolah dan pasal kita sekali," kata Fauzi mengeluarkan buku rekod.

"Apa?" kata Faiz terpegun lalu memandang Fauzi yang duduk di belakangnya.

"Dengan ini, kita boleh tentukan formasi yang kita akan guna nanti."

⭐⭐⭐

Acara bola sepak di antara kelas sudah berlangsung dengan rancaknya pada tiga hari selepasnya. Az dan Harris mengeluh dengan kekalahan pada awal saringan.

"Tak sangka kelas kita kalah dengan kelas C," keluh Az pasrah.

"Itulah, kalah tipis je," keluh Harris pula.

Satu pengumuman dibuat kemudian. "Dan sekarang, perlawanan yang ditunggu-tunggu. Perlawanan bola sepak di antara Kelab Bola Sepak Sekolah dan Kelas 5F akan diadakan sebentar sahaja lagi."

"Apa?" Az seperti terkejut.

"Ni mesti menarik," kata Harris tersenyum.

Para pemain melangkah masuk ke dalam pedang. Zulhilmi selaku kapten Kelas 5F, Ilman Faiz, Immanuel, Erfan Shafiq, Raviendra, Syamil dan Faiz menjadi line-up untuk Kelas 5F. Iskandar, Hanif, Alif Najmi dan Zulfadhlie menjadi pemain simpanan. Cikgu Wan yang berpenampilan seperti jurulatih, hanya melihat mereka di tengah padang. Zaki yang berdiri di depan Zulhilmi, memandang rendah. Zulhilmi tenang sahaja.

Seusai menyusun formasi 3-2-1 untuk Kelas 5F dan  2-3-1 untuk Kelab Bola Sepak, mereka memulakan perlawanan. Zulhilmi memberi bola ke arah Erfan Shafiq. Erfan Shafiq menggelecek bola ke depan, melepasi benteng pertahanan Pasukan Bola Sepak. Dia berlari ke penjuru padang lalu membuat hantaran lintang. Penjaga gol Pasukan Sekolah cuba menangkap bola. Sayangnya, dia gagal menangkap bola sebaik Faiz muncul dengan larian pantas, menanduk bola ke gawang gol dengan gaya Superman.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now