🌧️ [7] Rumah baru

4.9K 375 17
                                    

Setelah lama berada dalam kereta, akhirnya keenam-enam Elemental Brothers tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar.

"Whoah.. Ayah ni biar betul bagi kita rumah ni buat sementara waktu?" kagum Solar, seolah tidak percaya apa yang dilihatnya kini. Dia membetulkan kaca matanya yang hampir terjatuh.

"Dahlah, jom masuk.." ajak Halilintar lalu menarik masuk bagasinya. Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar turut masuk ke dalam banglo itu sambil menarik bagasi masing-masing. Mereka berlima masuk ke dalam rumah itu dengan perasaan kagum. Mereka menaiki tingkat atas.

"Ayah kata bilik tidur hanya ada lima bilik.. Maknanya kita kena berkongsi bilik.." ujar Taufan menyebabkan mereka berlima memandang ke arahnya. "Aku dan Hali satu bilik.. Blaze dan Ais satu bilik.. Dan Thorn dan Solar satu bilik.."

Mereka semua mengangguk tanpa bantahan. Masing-masing masuk ke dalam bilik untuk membersihkan bilik daripada habuk. Dua lagi bilik di dalam rumah itu adalah bilik tetamu dan bilik bacaan. Bilik yang diduduki oleh mereka mempunyai dua katil single manakala bilik tetamu mempunyai sebuah katil queen sahaja.

🌧️🌧️🌧️

Thorn yang ketika itu hendak menonton televisyen, terbantut tatkala terlihat Halilintar sedang mengikat tali kasutnya. Dia menghampiri abangnya dengan kerutan pada dahinya. Kepala disengetkan ke arah kanan. "Abang Hali nak pergi mana?"

Halilintar menoleh. "Nak pergi beli barang jap.." Dia kemudian berdiri, menghadap Thorn. "Bagitahu Taufan, yang abang nak keluar.. Suruh dia jaga korang.." Dia mengusap kepala Thorn. "Jaga diri.."

Thorn mengangguk sambil tersenyum. Halilintar menutup wajahnya dengan menggunakan hud jaketnya. Topi diturunkan lebih bawah sebelum dia melangkah keluar dari rumah banglo itu.

Thorn menutup pintu utama rumah itu sebelum melangkah masuk ke dapur untuk berjumpa dengan Taufan.

"Taufan, abang Hali keluar.." ujar Thorn. Seraya itu, dia melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berhadapan dengan Taufan.

Berkerut dahi Taufan. Dia memandang ke arah Thorn. Cawan yang dipegang, diletakkan di atas meja. "Pergi mana?"

"Pergi beli barang.. Abang Hali ada pesan dekat Taufan suruh jaga kitorang.." Thorn mencapai sebiji biskut coklat yang disediakan oleh Taufan yang terhidang di sebuah pinggan. Dia mengunyah biskut itu dengan penuh selera. Nampaknya abang ketiganya ini boleh menjual biskut yang bermacam perisa malah boleh mengalahkan cef.

"Oh, okey.." balas Taufan sebelum turut mencapai biskut itu lalu mengunyahnya. Biskut itu dia sempat buat di rumah asalnya. Dia termenung lama sehingga Thorn yang memanggilnya diabaikan.

"Taufan...."

"..."

"Taufan!!"

"..."

"TAUFAN!!!"

"Allahuakbar!!!" Taufan terus terjatuh dari kerusi yang didudukinya. Nafasnya termengah-mengah, terkejut dengan suara kuat Thorn. Dia cuba mengatur semula pernafasannya yang sesak. Hampir sahaja dia tidak boleh bernafas.

"Eh! M-maaf!!! Aku tak sengaja!!" Thorn menunduk hormat sambil merayu ke arah Taufan supaya dapat memaafkannya. Dia menatap sayu ke arah Taufan. Matanya mula berkaca.

Taufan menggosok kepalanya yang sakit. Dia perlahan-lahan berdiri lalu menuju ke ruang tamu. Thorn semakin rasa bersalah apabila dia tidak dilayan oleh abang ketiganya itu. Thorn turut mengikuti langkah abangnya yang menuju ke ruang tamu.

Thorn hanya melihat Taufan yang sedang duduk sambil menggosok kepalanya dengan mata yang terpejam. Sesekali Thorn terdengar abangnya menahan kesakitan. Thorn menggetap bibirnya.

Thorn mendekati Taufan lalu duduk di sebelah abangnya. Dia menatap sayu apabila abangnya masih memejamkan matanya. "Taufan..."

"Hm?"

"A-aku...minta maaf... Tadi kau mengelamun, sebab tu a-aku jerit tadi.." Thorn menunduk dengan perasaan bersalah. Salah dia sebab jerit. Boleh je dia goyang bahu Taufan ke, goyang lengan Taufan ke atau cuit bahu dia.

Taufan masih dalam keadaan yang sama. Menggosok kepalanya yang kemungkinan benjol.

Thorn semakin dihimpit dengan perasaan bersalah. Matanya yang berkaca-kaca mula mengalirkan air matanya. Dia kemudian memeluk erat tubuh abang ketiganya itu.

Taufan tersentak sehingga matanya tercelik. Dia terdiam dengan perbuatan Thorn namun dapat dengar tangisan Thorn.

"M-maafkan Thorn... T-Thorn....tak sengaja..." Thorn menggosok lembut kepala Taufan yang sakit.

Taufan menggetap bibirnya, menahan sakit. Lama-kelamaan, dapat dia rasa bajunya basah akibat tangisan Thorn.

"Ehh, apa jadi ni?"

Suara Blaze menyentakkan Taufan dan Thorn. Thorn memandang ke arah Blaze dengan mata yang sembab. Pelukan dileraikan. Taufan menghela nafas panjang. Dia kemudian mengusap kepala Thorn seraya memberi senyuman manis kepadanya.

"Aku dah maafkan pun.. Tak payahlah sedih-sedih.. Buruk muka kau nanti.." Taufan tertawa kecil apabila melihat wajah cemberut Thorn.

"Apa ni Taufan! Aku ingat kau marah sangat kat aku!" Thorn mengembungkan pipinya tanda protes. Kedua-dua tangannya disilangkan dan melempar pandangan ke arah lain.

Taufan tersenyum. Dia menepuk perlahan bahu Thorn. "Taklah.. Aku marah kejap je.. Jom, aku nak buat air bandung ni.."

Taufan mula berdiri. Dia hendak melangkah ke dapur tetapi terbantut apabila Blaze seolah memandangnya dengan tidak puas hati. "Oh Blaze.. Sorry, aku lupa pula pasal kau.. Kitorang okey je.. Jangan risau.."

Blaze yang mendengar jawapan daripada Taufan menghela nafas lega. "Baguslah kalau macam tu.. Kalau Hali tahu, mesti dia siasat korang satu-satu.."

Taufan dan Thorn tergelak apabila mengenangkan abang kedua mereka yang dingin itu. Meskipun dingin, tetapi sangat prihatin terhadap adik-beradiknya.

"Hmm~ Sedapnya bau.. Bau macam biskut je.." Ais yang baru muncul terhidu bau yang sedap. Perutnya yang berkeroncong minta diisi dipegangnya.

"Memang pun.." balas Taufan mendatar.

"Hah?!" Laju sahaja Blaze dan Ais memecut masuk ke ruang dapur.

Taufan dan Thorn terkejut melihat mereka berdua sebegitu. Kedua-dua mereka memegang dada mereka yang berdegup kencang.

"Dah kenapa diorang tu?" soal Solar pula apabila dia sudah turun dari tingkat atas.

"Ada biskut kat dapur.. Sebab tu-" Belum sempat Thorn menghabiskan kata-katanya, Solar sudah memecut laju ke dapur.

Taufan dan Thorn yang melihat hanya menggeleng kepala sahaja. Mereka berdua kemudian menuju ke dapur apabila terdengar suara adik-beradik mereka yang sedang bertekak.













~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now