🌧️ [21] Selamatkan

3.4K 285 58
                                    

Taufan yang terkena renjatan elektrik memandang ke arah Qassim dengan pandangan tidak puas hati. Dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya akibat renjatan tadi. Tubuhnya mula menjadi lemah. Matanya kelihatan kuyu.

"Taufan!! Kau okey tak?!" Solar yang sudah terbangun akibat jeritan Taufan yang kuat memandang risau ke arah Taufan.

Taufan hanya mampu tersenyum lemah. Solar pula masih memikirkan cara keluar dari situ. Dia memandang tajam ke arah lelaki di hadapannya itu yang sedang berpeluk tubuh.

"Hahaha.. Terharunya tengok hubungan adik-beradik ni.. Padahal kau Boboiboy, takde pun adik-beradik, tapi anak tunggal je.." ujar Qassim dengan nada mengejek.

Solar hanya mampu menahan amarah. Nak je dia cekik lelaki tak sedar diri tu. Namun apakan daya, dia juga diikat seperti Taufan.

"Okeylah.. Aku ada urusan.. Kauorang berdua jangan nak lari pulak.. Kalau kauorang nak cuba juga, memang nahaslah sebab kauorang akan terkena renjatan elektrik tu.." Seraya itu, Qassim meninggalkan mereka berdua di situ.

"Taufan, aku dah buka GPS kat jam kuasa aku masa awal-awal kita masuk dalam lorong gelap tu.. Aku pasti mereka yang lain akan cari kita.." ujar Solar sambil memandang ke arah Taufan. Dia cuba menyedapkan hati abang ketiganya itu.

Taufan memandang ke arah Solar. Dia hanya tersenyum lemah. Dia berdoa semoga dia dan adiknya selamat.

🌧️🌧️🌧️

"Okey, dia dah keluar.. Patut ke kita masuk sekarang??" soal Ais yang sedang memerhati pergerakan Qassim. Dia dan yang lain sudah tahu lokasi Taufan dan Solar. Kini dia dan adik-beradiknya bersembunyi di sebuah tong sampah yang besar.

"Kau pasti dia dah takde dalam bilik tu?" soal Blaze untuk kepastian sambil tangan masih memegang dagu dan matanya mengecil memerhati pintu bilik di hadapannya.

"Ya" jawab Ais ringkas.

"Okey, kalau macam tu kita masuk.. Blaze, kau bakar pintu kebal tu.." arah Halilintar sambil menunjuk ke arah pintu yang dimaksudkan.

Blaze mengangguk akur. "Bebola api!" Dia kemudian mencairkan pintu kebal itu sehingga mereka berempat ternampak Taufan dan Solar sedang diikat pada sebuah kerusi dengan wayar yang bersambung pada mesin-mesin tertentu.

"Taufan! Solar!" Mereka berempat yang hendak menghampiri mereka berdua terbantut ketika Solar menyuruh mereka berhenti. "Berhenti! Nanti korang terkena renjatan elektrik!" ujarnya.

Halilintar memandang ke arah mesin-mesin yang disambungkan ke badan Taufan dan Solar. "Thorn, boleh kau hancurkan mesin-mesin tu?"

"Okey! Pengikat akar!" Akar-akar Thorn mula membelit mesin-mesin itu lalu hancur kerana belitan akar Thorn tu tajam.

Blaze segera mendapatkan Taufan manakala Ais mendapatkan Solar. "Kau okey tak Solar?" soal Ais prihatin lalu pantas mencabut wayar-wayar yang ada pada badan Solar.

"Aku okey.. Tapi, Taufan terkena renjatan elektrik tadi.." ujar Solar sambil memandang risau ke arah Taufan. Dia kemudian dipapah oleh Ais.

"T-takpe.. A-aku o-okey.." ujar Taufan. Dia kini didukung oleh Blaze setelah Blaze mencabut wayar-wayar di badan Taufan.

"Lelaki tua tu kan yang buat semua ni?" soal Halilintar dingin. Dia sedaya upaya menahan amarahnya.

Mereka yang lain terdiam sebaik sahaja perasan perubahan suara Halilintar. Halilintar yang perasan hanya menghembus nafas lega. "Tapi, syukurlah korang berdua selamat.. Dah, jom keluar dari sini.."

Mereka berenam kemudian beredar dari situ. Tanpa sedar, CCTV yang terletak pada bilik itu diperhati oleh satu lembaga. "Nasib baik korang berdua selamat.. Mujur juga aku alih perhatian lelaki tu.. Huh..."

🌧️🌧️🌧️

"Eh, korang okey ke?!" soal Gopal sebaik sahaja dia bersama Fang, Yaya dan Ying tiba di luar rumah lama itu.

"Kitorang okey.. Dah, kita kena lari dari sini!" arah Halilintar. Mereka yang lain hanya mengangguk akur.

Sedang mereka berjalan, kelihatan Qassim sedang bersembunyi di sebalik tong sampah yang agak besar. Dia menggetap bibirnya. Dia mengeluarkan sebilah pisau lalu keluar dari tempat persembunyiannya secara senyap-senyap.

Qassim mengikuti langkah mereka semua dari belakang dengan berhati-hati. Dia tersenyum sinis.

🌧️🌧️🌧️

"Kapten Kaizo! Kita dah dapat lokasi dia!" ujar salah seorang pembantu Kapten Kaizo.

"Hantar pasukan kita ke sana sekarang!" arah Kapten Kaizo tegas.

"Baik!" Pembantu Kapten Kaizo kemudian menekan butang merah.

Tidak lama selepas itu, siren bergema dan hampir keseluruhan angkatan tentera Kapten Kaizo sedang bersiap dengan senjata. Mereka semua memasuki kapal angkasa masing-masing.

Kapten Kaizo yang melihat itu turut mengikuti medan pertempuran itu. Dia tahu yang orang yang terdekat dia juga dalam bahaya.

🌧️🌧️🌧️

"Kau pasti ke ni jalan yang kita masuk tadi?" soal Fang ragu-ragu.

"Kalau diikutkan dari jam kuasa aku, ya.." balas Thorn. Dia pasti dia sudah setkan lokasi awal mereka tadi. "Takpe, aku cuba berkomunikasi dengan alam kat sini.." Dia memejamkan mata seketika.

Namun, apa yang Thorn nampak adalah pak cik dia sedang menuju ke sini. "Tembok akar!" Pantas sahaja dia melindungi dirinya dan kawan-kawannya daripada serangan mengejut.

Beberapa bilah pisau yang terbang ke arah mereka semua, dihalang oleh tembok yang dihasilkan oleh Thorn. Keenam-enam beradik ini termasuk kawan-kawan mereka menghembus nafas lega. Namun, kelegaan itu hilang apabila mengetahui siapa yang menyerang mereka.

"Pak cik Qassim??!!!"

Qassim akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya. Tidak lama selepas itu, keluar pula dua orang lelaki yang kelihatan sebaya dengan Qassim. Terpapar wajah sinis pada setiap wajah mereka.

"Apa yang korang nak hah?!" soal Blaze geram. Tangan dikepal menjadi penumbuk.

"Kau ingat aku akan biarkan korang terlepas macam tu je?! Jagalah korang! Malik! Mail! Serang mereka!" arah Qassim dengan mata yang penuh amarah.

Dua lelaki bernama Malik dan Mail itu segera menghampiri mereka semua. Terdapat beberapa pisau berada di tangan mereka.

Blaze meletakkan Taufan ke atas tanah. "Kau duduk sini diam-diam.." Taufan yang masih tidak terdaya hanya mampu mengangguk sahaja.

"Pedang halilintar!" Halilintar mengeluarkan pedangnya lalu dihumban ke arah dua orang lelaki itu.

Dengan kelajuan ninja, dua orang lelaki itu berjaya mengelakkan diri dari serangan itu. Malik kemudian menghumban dua bilah pisau ke arah Halilintar.

"Panah ais!" Ais kemudian memanah setiap satu pisau itu menggunakan panah aisnya.

Namun, dia tidak sedar sebilah pisau sedang menuju ke arahnya dari arah bertentangan. "Arghh!" Pisau itu tepat mengenai lengan kiri Ais. Darah mula mengalir.

"Ais!!!" Blaze segera mendapatkan Ais. Dia kemudian membawa Ais ke arah Taufan dan diletakkan di sebelah Taufan. "Kau okey tak?!" Ais hanya menggeleng perlahan. Dia sedang memegang lengannya yang berdarah untuk memperlahankan pengaliran darah yang keluar dengan cepat.

Mata Blaze semakin membara. Dia menghadap Malik dan Mail. "Bebola api...bertubi-tubi!!!" Dengan penuh amarah, dia menyerang Malik dan Mail secara bertubi-tubi.

Malik dan Mail yang tidak dapat mengelak, akhirnya mengenai serangan milik Blaze. Namun, tidak lama selepas itu, langit mulai gelap.

"Hahahaha!!!! Saksikanlah...teknologi aku yang baharu!" Qassim tersenyum suka kerana dia memang menunggu pada saat ini.

"Hujan...batu!! Habislah korang!" Dengan pantas, Qassim menekan satu butang berwarna hitam untuk melindungi dirinya daripada mengenai serangan itu.














~BERSAMBUNG~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now