🌧️ [13] Kisah sebenar

4.9K 371 83
                                    

"Kau mesti tertanya, kenapa kitorang menghilangkan diri kan?" soal Halilintar sambil berjalan mengelilingi kerusi yang diduduki Fang. Nampak macam banduan pun ada.

Tadi, Halilintar mengarah Thorn mengikat Fang di kerusi, kononnya nak bagi keselesaan pada bekas kawan baik mereka itu. Thorn hanya patuh sahaja.

"Sebab korang takut?" ujar Fang sinis. Dia turut tersenyum sinis. Dia cuba beranikan diri walaupun dia takut dengan tatapan dingin jejaka bermata merah itu.

Halilintar yang mendengar jawapan Fang, tertawa sinis. "Lambat pick up juga kau ni.." Fang memandang tidak puas hati ke arah Halilintar apabila dipanggil sebegitu rupa. Dia mendengus geram dalam diam.

Halilintar memandang ke arah Taufan sambil mengangguk. Taufan membalas dengan anggukan.

Dia menghampiri Fang. "Kalau kau nak tahu.. Kami semua balik ke rumah asal kami sebab, kami perlukan rawatan dengan segera.. Kitorang ada masalah jangkitan kuman pada paru-paru.. Mujur sahaja boleh diselamatkan.."

Fang diam. Dia cuba menelan segala isi yang dikatakan oleh Taufan. Dia sabar menunggu sambungan cerita daripada Taufan.

"Ambil masa dua tahun juga nak pulih sepenuhnya.." Taufan mula berjalan mengelilingi Fang sambil tangan menyentuh kerusi itu lagak seorang psiko. Ini menyebabkan Fang seram sejuk.

"Bila kitorang datang sini, kitorang dapat tahu yang korang bertiga bencikan kami.. Dan kami dah tak dapat bercantum sebab..." Taufan memejamkan matanya seketika. "Gempa dah takde.. Abang sulung kitorang takde.. Dan dia takde disebabkan kau.."

Taufan mencengkam kuat rambut ungu Fang menggunakan tangan kanannya. Dia tersenyum manis namun pada mata kasar, ianya senyuman psiko.

"Aghh!! Rambut aku!" Fang meronta minta dilepaskan.

Taufan tidak melepaskan malah menguatkan lagi cengkamannya. Dia hanya menghiraukan sahaja jeritan kesakitan Fang. "Kau dengar sini eh... Aku nak kau bawa Gempa balik.. Kau tahu, kami semua tak hidup tenang tanpa dia.. Dialah abang, dialah Boboiboy.."

Fang cuba menahan sakit. Kenapa takde sesiapa yang nak tolong dia? Huhu.. Taufan kemudian mencengkam pipi Fang dan membuatkan Fang memandang ke arahnya.

Tangan kanan Taufan mencengkam rambut manakala tangan kirinya mencengkam pipi. Sesuai sangat dah tu. Mata Fang bertentang dengan mata Taufan. Fang menelan air liur payah.

"Dan, aku nak kau minta maaf dekat kami semua termasuk Gempa.. Hanya disebabkan perangai korang yang tak matang, dia hilang tiba-tiba tau.. Mark my words.." Usai itu, Taufan melepaskan cengkaman pada Fang kasar. Mujur sahaja dia boleh berjalan walau hanya seketika, dapat juga dia seksa Fang. Dia tersenyum puas.

Blaze, Ais, Thorn dan Solar terkebil-kebil melihat tindakan abang kedua mereka itu. Tak sangka pula Taufan boleh bersikap seperti itu. Nampaknya mereka perlu berhati-hati lepas ni supaya Taufan tak tunjukkan taringnya ketika memarahi mereka.

"Jadi, kau percaya tak?" soal Halilintar sambil menatap kosong ke arah Fang. Dia sudah pun berpeluk tubuh ketika Taufan menyeksanya. Dia sengaja membiarkan Taufan buat begitu. Apa salahnya. Lagipun dia tahu yang adiknya itu terseksa bila mana Gempa tinggalkan mereka semua.

Fang mendiamkan diri buat seketika. Dia memandang ke arah Halilintar. "Aku perlukan bukti.."

Halilintar berdecit geram. "Tchh.." Halilintar memandang ke arah Solar lalu mengarahkannya mengambil sesuatu di biliknya. Solar mengangguk akur lalu menuju ke bilik tidur Halilintar.

Beberapa minit kemudian, Solar datang dengan sekeping kertas. Dia menghulurkan kertas-kertas itu kepada abang keduanya.

Halilintar mengambil kertas-kertas tersebut lalu ditunjuk ke arah Fang memandangkan tangan Fang diikat. Fang membacanya dengan teliti. Terkesima dia tatkala melihat kertas itu yang mengandungi prosedur rawatan untuk merawat penyakit Boboiboy.

"Assalamualaikum! Mama! Ayah!!" panggil Boboiboy sebaik sahaja sudah masuk ke dalam rumah tercintanya.

"Hmm, dah agak dah.. Mereka tengah kerja.. Haih.." Boboiboy yang sedang mengangkat beberapa bagasi segera menapak ke tingkat atas, di mana bilik tidurnya berada.

Pintu dibuka lalu beg bagasinya diletak bersebelahan dengan almari pakaiannya. Dia kemudian merebahkan tubuh badannya pada katil miliknya. Lama-kelamaan dia tertidur.

"Boboiboy? Boboiboy, bangun sayang.." Suara lembut menyapa gegendang telinga Boboiboy.

Boboiboy cuba mencelikkan matanya. Mata ditenyeh untuk membetulkan indera penglihatannya. Dia tersenyum. "Hai mama.."

Si ibu tersenyum manis seraya mengusap kepala anaknya itu. "Anak mama penat sangat ye sampai tidur nyenyak.."

Boboiboy tersengih. Dia menggaru pipinya yang tidak gatal. "Erm, mama.. Ayah mana?"

Senyuman pada bibir si ibu mula pudar. Dia tersenyum tawar. "Macam biasa, kerja.."

Boboiboy mengeluh. Dia faham benar dengan sikap ayahnya yang sibuk bekerja. Kerja apa pun tak tahulah. "Okeylah mama, Boboiboy nak mandi dulu.."

"Dah habis mandi, turun bawah.. Kita makan sama-sama ya.." Si ibu tersenyum lalu mengusap kepala anaknya sebelum melangkah turun ke tingkat bawah.

Selesai membersihkan diri, Boboiboy turun ke tingkat bawah dan menuju ke arah dapur. Namun, kepalanya tiba-tiba sahaja sakit.

Tangan diangkat, memegang dadanya yang berombak. Dia tercungap-cungap, menghirup oksigen yang semakin kurang. "M-M-Mama!!!!"

"Ya Allah, Boboiboy!" Si ibu pantas mendapatkan anaknya yang tiba-tiba sahaja terduduk di lantai sambil mengurut dadanya.

Si ibu membelek wajah anaknya. "Apa dah jadi ni Boboiboy?"

Boboiboy hanya menggeleng. Tengkoraknya tidak dapat mengeluarkan suara. Si ibu yang tidak tahu apa-apa terus sahaja menghubungi pihak ambulans, risau dengan anaknya.

1 jam kemudian, kini si ibu dan Boboiboy berada di hospital. Boboiboy masih dirawat dalam bilik rawatan. Hampir 20 minit dia berada dalam bilik rawatan.

"Ayang!" Si ibu menoleh. Kelihatan suaminya menuju ke arahnya dengan wajah cemas. Dia sempat menelefon suaminya itu untuk datang segera.

"Abang!" Si ibu terus memeluk suaminya.

"Kenapa dengan anak kita? Apa jadi dengan Boboiboy?" soal si suami apabila melihat isterinya hanya diam berkutik. Dia mula mengusap belakang isterinya, menenangkan dirinya.

Bunyi pintu dibuka. Seorang doktor lelaki melangkah keluar dengan dua orang jururawat. Wajahnya kelihatan berpeluh. Dia menoleh ke arah suami isteri yang sedang berpeluk.

"Erm, encik dan puan ni, ayah dan ibu kepada Boboiboy?" soalnya.

Si ayah dan si ibu segera menghampiri doktor itu. "Apa jadi dengan anak saya doktor?" soal si ibu ingin tahu.

Doktor itu menghela nafas pendek. "Anak encik dan puan, mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya.. Sebab tu dia alami sesak nafas, pening kepala dan mudah mendapat demam.."

Si ibu yang hampir rebah sempat ditangkap oleh si ayah. Si ayah memandang ke arah doktor lelaki itu. "Ada cara untuk sembuhkan anak kami doktor?"

"Ada.. Dia perlu menjalani beberapa ujian seperti ujian darah, tekanan darah dan bilangan gula dalam badannya untuk pastikan badan dia boleh dibedah secepat mungkin.." ujar doktor itu panjang lebar.

"Terima kasih doktor.. Tolong buat yang terbaik untuk dia.." rayu si ayah.

Doktor itu mengangguk faham. "Insya-Allah.. Encik doakanlah yang terbaik.."




















~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now