🌧️ [20] Sfera kuasa, Cawanbot

3.1K 273 42
                                    

"Arghh!!"

"Ahhh!!!"

Kelihatan sebuah robot berbentuk cawan dan berwarna kelabu sedang ketakutan melihat Solar. Solar yang melihat pula terkejut kerana dia ingatkan orang, tetapi hanyalah sebuah robot. Dia menatap lama robot itu.

"J-jangan apa-apakan aku!!"

Solar tersenyum kecil. "Taklah, aku takkan apa-apakan kau.. Kau siapa? Kenapa kau ada kat sini?"

"Huh?" Robot itu memandang ke arah Solar. Melihatkan senyuman manis itu, dia turut berasa selesa dengannya. "A-aku Cawanbot.."

"Aku Solar!" Solar menghulur tangan kepada robot itu atau dikenali sebagai Cawanbot.

Cawanbot kemudian menyambut huluran Solar lalu dia keluar dari bakul itu. Dia terbang di sebelah Solar.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" soal Solar.

"Urm..."

"Solar!"

Solar menoleh. Kelihatan Taufan menuju ke arahnya dengan keadaan tercungap-cungap. Cawanbot yang melihat itu terus sahaja bersembunyi di belakang Solar.

"Solar, siapa tu?" soal Taufan sambil menunjuk ke arah Cawanbot.

"Oh, ni Cawanbot.. Cawanbot, kau tak perlu takut.. Dia abang kembar aku.." ujar Solar untuk menenangkan Cawanbot.

"Cawanbot?" Berkerut dahi Taufan sambil memandang ke arah robot itu.

🌧️🌧️🌧️

"Gelapnye..." ujar Thorn. Dia bersama abang-abangnya kini berada di suatu lorong yang agak gelap.

Blaze kemudian memasang api pada tangannya untuk menerangkan kawasan itu. Mereka berempat perlahan-lahan menyelusuri kawasan aneh itu.

"Ehh, siapa tu?" soal Ais sambil menunjuk ke arah tiga lembaga hitam yang tidak jauh dari mereka berempat. Matanya tajam menatap ke arah tiga lembaga itu.

"Hmm, jom kita pergi sana.." ujar Halilintar lalu dia dengan pantas menghampiri lembaga itu.

"Eh, tunggu!" Blaze, Ais dan Thorn segera mengikuti langkah abang mereka itu.

🌧️🌧️🌧️

"Kau sfera kuasa ke?" soal Taufan sambil memerhati Cawanbot. Dia belum pernah nampak sfera kuasa sebegini.

"Erm, ye.." jawab Cawanbot dengan perasaan ragu-ragu.

"Kau mesti kenal Ochobot kan?" soal Taufan dengan nada ceria tiba-tiba. Hampir sahaja Cawanbot berasa Taufan ini seorang yang aneh.

"Ochobot? Kenal! Dialah yang aku nak cari!" ujar Cawanbot yang teruja.

Taufan dan Solar berpandangan antara satu sama lain. Belum sempat di antara mereka berdua berkata apa-apa, suara seseorang menyapa gegendang telinga mereka.

"Taufan!! Solar!!"

"Eh, tu suara Halilintar!" ujar Taufan. Belum sempat dia dan Solar hendak melangkah, tiba-tiba sahaja kepala mereka berdua dipukul kuat dari arah belakang sehingga mereka pengsan.

"Maafkan aku..."

🌧️🌧️🌧️

Dua hari sebelum...

"Eh? Aku kat mane ni?" soal Cawanbot apabila merasakan dirinya di tempat asing.

"Selamat datang ke tempat aku, Cawanbot.." ujar seseorang sambil bertepuk tangan.

Dapat Cawanbot lihat, seorang lelaki bermisai nipis menghampiri dirinya. Dia baru perasan dirinya diikat pada sebuah kerusi. "Siapa kau?"

"Mulai hari ni.. Aku adalah tuan kau.. Panggil aku, tuan Qassim.." Lelaki bernama Qassim itu tersenyum sinis.

Cawanbot mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu.

"Baiklah, tugas pertama kau.. Intip anak buah aku dan culik mereka.. Aku nak dia hidup-hidup.. Faham?!" ujarnya tegas.

"Fa..Faham!" balas Cawanbot. Dia mula merasakan aura gelap pada tubuh lelaki itu.

Sehari penat mengintip, Cawanbot mengecas dirinya pada tempat yang disediakan oleh tuannya. Dia memerhati gelagat bernama Boboiboy melalui imbas kembali di memorinya.

Seorang budak mempunyai 7 kuasa elemen. Boleh berpecah kepada tiga, lima dan tujuh jika keadaan dalam kritikal. Mempunyai empat kawan baik dan satu sfera kuasa. Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot. Mempunyai seorang datuk bernama Tok Aba.

Mengikut kajiannya, budak ini adalah anak buah kepada tuannya, iaitu anak kepada abang tuannya. Namun dia tertanya, mengapa tuannya menyuruh dia menculik budak itu sedangkan budak itu kelihatan baik? Dia tidak merasakan aura gelap apabila menghampiri budak itu.

Namun, sebagai pembantu tuannya, dia harus mengikuti arahan tuannya. Tanpa sedar, dia mula terlelap kerana penat memikirkan perkara yang merunsingkannya itu.

🌧️🌧️🌧️

"Taufan!! Solar!!" jerit Halilintar sambil mata melilau sekeliling.

"Kau pasti ke lembaga-lembaga tu ialah Taufan dan Solar?" soal Thorn sambil matanya memerhati sekeliling.

"Ye, aku pasti.." balas Halilintar. Firasat dia kuat mengatakan yang Taufan dan Solar berada di lorong gelap ini.

"Hmm, Halilintar.. Lembaga-lembaga tu dah takdelah.." ujar Blaze sebaik sahaja dia perasan kelibat lembaga tadi sudah hilang.

"Tak mungkin... Ais, kau cuba jejak lokasi jam kuasa mereka berdua.." arah Halilintar sambil memandang ke arah Ais.

Ais mengangguk akur lalu mencek jam kuasanya untuk menjejak lokasi Taufan dan Solar.

🌧️🌧️🌧️

"Erghhh.." Mata biru tua milik Taufan perlahan-lahan dibuka. "Aku...kat mana ni?"

Dapat dia lihat, dia berada di sebuah bilik yang penuh dengan mesin. Dia juga perasan yang badannya telah diikat di sebuah kerusi. Dia memandang sekeliling untuk mencari keberadaan Solar. Kelihatan Solar masih pengsan di sebelahnya.

"Solar.. Bangunlah.." Taufan cuba membangunkan Solar namun hampa. Solar masih tidak sedarkan diri.

"Hahahaha! Apa khabar Taufan?"

Taufan terkejut. Matanya pantas sahaja melihat sekeliling. "Siapa kau hah?! Kenapa kau buat semua ni?!"

"Hahaha.. Haih, keluarga sendiri pun tak kenal ke.." Tiba-tiba sahaja seorang lelaki dewasa masuk ke dalam bilik itu lalu menghampiri Taufan.

Membulat mata Taufan. "Pak cik Qassim?!"

"Heh, baru kau ingat aku?" perli lelaki dewasa itu atau dikenali sebagai Qassim.

"Apa yang kau nak lagi?!" soal Taufan tanpa ada lemah-lembut. Meskipun lelaki itu pak cik saudaranya, namun, lelaki itu tidak layak menjadi keluarganya.

"Oh, takde apa.. Aku cuma nak seksa korang je!" Qassim segera menekan sebuah suis merah lalu terjadinya renjatan elektrik ke atas tubuh Taufan.

Bzzzt

"ARGHHHH!!!!!!!!!"

Qassim yang melihat dan mendengar jeritan Taufan, tersenyum sinis.

🌧️🌧️🌧️

"ARGHHHH!!!!!!!!!"

"Eh, korang dengar tak suara tu?" soal Thorn cemas. Dia memandang ke arah abang-abang kembarnya.

"Tu....tu suara Taufan!!" Blaze mula panik.

"Kita kena selamatkan dia!" Ais juga turut panik.

Halilintar hampir sahaja hilang arah namun, dia segera mendapatkan idea. Dia menghubungi Fang, Gopal, Yaya dan Ying untuk mendapatkan bantuan. Dia kemudian memandang ke arah Blaze, Ais dan Thorn.

"Jom!"











~BERSAMBUNG~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now