🌧️ [8] Diserang

4.8K 374 29
                                    

Bunyi tingkap yang pecah menyebabkan Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar tersentak. Mereka yang sedang menonton televisyen pantas sahaja berdiri lalu menoleh ke arah sumber bunyi. Kelihatan seorang lelaki berpakaian ninja meluru laju ke  arah Thorn lalu mencekik lehernya. Membulat mata Taufan, Blaze, Ais dan Solar melihatnya.

"Thorn!!!" Taufan yang marah terus sahaja menghasilkan pusaran angin yang besar. Lihat sahaja Thorn dalam bahaya, boleh menyebabkan kemarahannya menaik secara mendadak. Walaupun dia nampak periang, tetapi jika adik-beradiknya diserang, dia tidak teragak-agak akan lakukan sesuatu kepada yang mencederakan adik-beradiknya.

Lelaki yang berpakaian ninja itu, melepaskan cengkaman pada leher Thorn lalu cuba mengelak serangan Taufan. Namun, lelaki itu tidak berjaya lalu diserap masuk ke dalam pusaran itu. Dia menjerit kerana gayat dengan posisinya kini.

Blaze dan Solar segera mendekati Thorn. Mereka dengan pantas membawa Thorn mendekati Ais dan Taufan. Mereka kini berada di belakang Taufan atas arahan abang ketiga mereka.

"Thorn, kau okey tak?!" soal Solar sambil memegang bahu kanan Thorn. Dia memandang risau ke arah abangnya itu.

"Uhuk uhuk! Uhuk!" Thorn melepaskan nafas lega. "A-aku okey.."

"Arghh!! Lepaskan akulah tak guna!!" teriak lelaki itu. Habis hancur rumah banglo itu dek perbuatan Taufan. Segala kertas semua yang elok berada di atas meja sudah diangkut masuk ke dalam pusaran itu. Terdapat juga beberapa kerusi terbang dan hampir mengenai lelaki itu.

"Kau dah serang adik aku!!" Taufan menghentikan pusaran itu secara tiba-tiba. Dia kemudian mencekik leher lelaki itu dari jarak jauh menggunakan kuasa anginnya.

"Erk!" Lelaki itu menahan nafasnya. Dia kekurangan oksigen. Wajahnya mula pucat dan bertukar warna menjadi warna biru.

Dan dengan pantas dan tiba-tiba, sebatang pisau tajam meluncur laju menuju ke arah Taufan.

CAK!

Pisau itu selamat mendarat pada betis kaki Taufan. "Arkh!" Darah mengalir keluar dari kaki Taufan. Secara automatik, cengkaman pada leher lelaki itu dilepaskan. Dia mengambil nafas kerana dia hampir mati akibat kekurangan oksigen.

Taufan terduduk, memegang kakinya. Darah mulai banyak mengalir pada betisnya. Dia mengerang kesakitan sambil memejamkan matanya.

"Taufan!!!!!!" Blaze, Ais, Thorn dan Solar segera mendapatkan Taufan yang sudah terduduk. Mata mereka mereka mula mengalirkan air mata. Terhinjut bahu mereka berempat menahan tangisan.

Lelaki yang berpakaian ninja itu tersenyum sinis. Dia memandang ke arah seorang pemuda yang berada di tingkap yang sudah pecah. "Nice timing bro!" pujinya sambil memberi thumbs up kepada pemuda itu. Pemuda itu membalas dengan senyuman sinis. "Jom blah!" Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki itu ingin beredar dari situ.

"Berani kau!!!" Thorn menghasilkan jaring akar yang tajam, setajam pisau menuju ke arah mereka berdua. Membulat mata kedua-dua lelaki itu. Mereka berdua terpaksa mengelak serangan itu sebelum berlari keluar dari rumah itu.

Thorn menoleh semula ke arah Taufan. "Abang Taufan!! Jangan tinggalkan kami! Huhuhu...." Dia menangis teresak-esak. Dipangkunya kepala Taufan di atas ribanya.

"Tahan sikit Taufan.." Ais cuba menarik keluar pisau yang terlekat pada betis kaki Taufan.

"Agh!" Taufan memegang tangan Ais yang sedang merawatnya sambil menahan kesakitan. Dia memandang ke arah Ais menyebabkan Ais turut menoleh ke arah Taufan. "Tolong...jangan...beritahu...hal ni...kat..Hali.."

"Kenapa?" soal Ais dengan kerutan pada dahinya. Dia agak terkedu dengan permintaan abang ketiganya itu.

Taufan menggeleng kepala perlahan. "Buat je..." Tanpa banyak soal, Ais hanya mengangguk akur. Perlahan-lahan kedua-dua belah mata milik Taufan tertutup dan badannya mula tidak bergerak.

Ais cuba untuk tidak panik. Dia memandang ke arah adik-beradiknya. "Blaze! Ambilkan kain dan baldi! Solar! Thorn! Tolong aku bawa Taufan pergi bilik!"

Mereka bertiga akur tanpa membantah kerana risau akan keselamatan Taufan.

Blaze segera pergi ke dapur untuk mendapatkan kain dan baldi, seperti yang disuruh oleh Ais. Dicapainya kain yang disimpan dalam laci lalu diangkutnya baldi bersaiz kecil yang terletak di dalam tandas di tingkat bawah itu. Setelah itu, dia mula menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

Ais, Thorn dan Solar perlahan-lahan meletakkan tubuh badan Taufan di atas katil. Mereka bertiga kemudian membaringkan Taufan dalam posisi yang selesa.

"Nah Ais!" Blaze memberi kain dan baldi yang dibawanya kepada Ais yang sudah duduk di tepi katil.

Ais mengambilnya lalu menggunakan kuasanya untuk menghasilkan air di dalam baldi itu. Kemudian dia memasukkan kain itu ke dalam baldi. Beberapa saat selepas itu, dia memerap kain itu lalu mengelap bahagian leher Taufan. Selesai mengelap, Ais memerap sekali lagi kain itu sebelum diletakkan di atas dahi Taufan.

Ais menghela nafas. Dia memandang ke arah Blaze, Thorn dan Solar. "Jangan risau, dia cuma pengsan je.."

Mereka bertiga menghembus nafas lega apabila mendengar balasan daripada Ais.

"Kaki dia tu, dah okey?" soal Solar apabila terlihat bahagian betis Taufan yang masih kelihatan berdarah.

"Hm, Thorn, ambilkan aku kotak first aid kat atas almari tu.." Ais menunjuk ke arah sebuah almari yang berwarna coklat gelap sebelum dia mengubah posisi duduk berdekatan dengan kaki Taufan. Dia menarik seluar Taufan ke atas bagi memudahkannya untuk merawat kaki Taufan.

Thorn akur lalu menjengketkan kakinya untuk mencapai kotak yang dikatakan Ais tadi. Dicapainya lalu diberi kepada Ais.

Ais mengambil kotak itu lalu dibukanya. Dia mengambil ubat gamat lalu dituang ke segumpal kapas yang berwarna putih itu. Dia kemudian menggunakan penyepit untuk mengangkat kapas itu. Disapunya kapas yang mengandungi ubat gamat ke betis Taufan yang luka.

Ais menyapunya dengan perlahan dan lembut supaya Taufan tidak terjaga. Selesai menyapu ubat gamat, Ais mengambil tisu yang bergulung lalu digunanya untuk membalut kaki Taufan. Blaze, Thorn dan Solar hanya melihat sahaja tingkah laku Ais.

Selesai membalut, Ais menurunkan semula seluar Taufan lalu menyelimuti tubuh badan Taufan. Dia kemudian berdiri lalu tersenyum ke arah adik-beradiknya. "Aku dah balut luka dia.. Harapnya dapat elakkan jangkitan kuman.."

Blaze, Thorn dan Solar tersenyum kecil lalu menghela nafas lega. Mereka berempat menatap sayu ke arah Taufan yang sedang tidur itu.

"Assalamualaikum!!!"














~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now