🌧️ [15] Berjumpa

4.2K 336 106
                                    

"Okey, Taufan, Thorn dan Fang, korang intip pergerakan Yaya.. Aku dan Blaze akan intip pergerakan Gopal.. Ais dan Solar pula akan intip pergerakan Ying.." Halilintar mengagihkan tugas masing-masing dengan wajah yang serius.

Fang mendengus geram. Dia tiba-tiba sahaja mengangkat tangan kanannya. Jari telunjuk dihala ke arah Taufan dan Thorn. "Kenapa aku kena satu team dengan budak?"

Mata biru Taufan memandang tajam ke arah Fang. Dia merasakan Fang memerli dirinya dan Thorn. Fang hanya tersengih takut. Dia menelan air liur pahit.

"Cakap jelah, kau sebenarnya takut dengan Taufan kan?" Blaze yang sedang bermain dengan bola apinya, dipandang tajam oleh Fang. "Ape? Betul lah.."

Fang memutarkan bola matanya. Dia menghela nafas pendek. "Apa-apa jelah.. Tapi, aku nak tukar kumpulan.. Aku tak nak satu team dengan diorang.."

SHRING

Fang meneguk air liur. Hampir sahaja wajah Fang menyentuh pedang merah milik Halilintar. Tergamam dia. Badannya kaku tidak bergerak. Satu langkah sahaja, kepalanya boleh mengenai pedang itu.

"Kalau kau tak nak rasa sakit, lebih baik kau ikut je.." Dingin sahaja Halilintar menjawab. Dia kemudian menghilangkan pedang itu sebelum membelakangi Fang.

Fang mengangguk kepala dengan laju. Takut benar dia tika ini. Baru dia sedar yang perangai mereka semakin berbeza berbanding sebelum ini.

Mereka sekarang nampak agak tegas, garang dan sensitif. Tapi mengikut sifat seseorang juga. Fang terpaksa akur sahaja dengan arahan jejaka bermata merah itu.

🌧️🌧️🌧️

Yaya ketika ini berjalan menuju ke gerai Tok Aba. Rindu pula nak jumpa dengan Ochobot. "Hai Ochobot!" sapanya ketika tiba di gerai Tok Aba. Dia melabuhkan punggung pada salah satu kerusi di situ.

Ochobot menoleh. "Hai!" balas Ochobot yang sedang mengelap cawan. Dia kemudian meletak cawan yang dilapnya ke dalam rak cawan.

Tanpa sedar, Taufan, Thorn dan Fang sedang mengintipnya di sebalik semak-samun. Mata mereka fokus memerhati pergerakan mereka berdua.

"Hmm, apa sebenarnya yang kita nak intip ni?" Fang menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sebenarnya masih bingung, apa yang mereka patut buat. Takkan duduk nak tengok je?

"Kau dan Thorn tunggu sini.. Biar aku pergi sana.. Nak tahu juga reaksi diorang macam mana.." ujar Taufan sambil tersenyum senget lalu mendapat anggukan daripada Thorn.

Fang pula sudah mengerutkan dahinya. Dia menahan lengan Taufan. "Jap.. Apasal kau nak pergi sana?"

Thorn memutarkan bola matanya. Dia menatap Fang yang berada di sebelahnya. "Abang Taufan nak bagi surprise lah kat diorang.. Tu pun tak tahu ke?" ujarnya seakan memerli Fang. Matanya memandang mengejek ke arah pemuda berambut pacak itu.

Fang mencebikkan bibirnya tidak berpuas hati. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Thorn. Ingatkan Thorn ni sentiasa 24 jam dengan sifat innocentnya. Rupanya tidak.

Taufan mula berdiri. Dia mengangkat hud jaketnya lalu menutup wajahnya. Tanpa membuang masa, dia menghampiri gerai Tok Aba.

"Bagi saya Special Hot Chocolate satu.." ujar Taufan mendatar apabila tiba di hadapan gerai Tok Aba sebelum melabuhkan punggung pada kerusi.

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now