🌧️ [9] Tipu

4.6K 385 47
                                    

"Assalamualaikum!!!"

Suara orang memberi salam menyentakkan Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan mata yang membulat. "Dia dah balik!!!" Serentak mereka berkata. Masing-masing memasang wajah yang pucat.

"Aku dah balik!" Halilintar melangkah masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu rumah. Dia kemudian meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi di atas lantai dahulu. Dia ingin meletakkan kasutnya ke dalam rak sebelum mengangkat semula barang-barang tu untuk dibawa ke dapur.

Dia mula melangkah menuju ke dapur namun langkahnya terhenti. Dia perasan ada sesuatu yang aneh dalam rumah itu. Dengan keadaan kerusi dan meja yang tunggang langgang, buatkan dia tidak sedap hati. Pantas sahaja dia meletak barang-barang itu ke dapur sebelum mencari adik-adiknya.

Hatinya mula tidak berasa tenang. Dia berfikiran bahawa ada sesuatu yang buruk telah terjadi ketika dia keluar tadi. Dia perlu pastikan yang dia akan dapat jawapan daripada mereka.

🌧️🌧️🌧️

"Alamak... Abang Hali dah balik.. Macam mana ni?" Thorn menggigit kukunya tanda dia takut sambil memandang ke arah adik-beradiknya. Mereka masih berada di dalam bilik Taufan dan Halilintar.

"Thorn, jangan gigit kuku tu.." Blaze mengalihkan jari Thorn daripada mulutnya. Kepala digelengkan tanda menyuruh Thorn berhenti buat seperti itu. Thorn hanya tersengih.

"Kenapa tak bagitahu je perkara ni kat abang Hali?" soal Solar dengan perasaan pelik sambil memandang ke arah abang kelimanya.

Ais menggeleng laju. "Jangan.. Taufan dah bagitahu, jangan bagitahu abang Hali.." Dia memandang ke arah Taufan yang tidur. "Taufan, bangunlah.. Kitorang tak tahu nak jawab apa nanti kalau abang Hali masuk bilik ni.."

Dia mula menggoncang sedikit badan Taufan. Namun hampa, Taufan masih tidak sedarkan diri. Kaki Taufan yang sudah dibalut dipandang oleh Ais. Mujur sahaja Ais belajar merawat luka kecil daripada abang sulungnya.

Bunyi derapan kaki kedengaran menaiki tangga. Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan. Masing-masing menunjukkan ekspresi takut. Thorn dan Solar pula sudah memainkan peranan untuk mengejutkan Taufan dengan menggoncangkan perlahan tubuh badannya. Cepatlah bangun Taufan. Mereka perlukan kau.

Bunyi tapak kaki kedengaran di luar pintu. Berdebar jantung mereka berempat. Mereka takut mereka dimarahi oleh abang garang mereka tu.

Halilintar yang berdiri di hadapan biliknya bersama Taufan merenung seketika. Hatinya kuat mengatakan mereka berada di sini. Dengan berhati-hati, dia mengeluarkan pedang halilintarnya lalu diarah ke pintu. Manalah tahu ada penjahat dalam bilik tu. Kita kenalah bersiap sedia walau apa jua keadaan.

Halilintar yang hendak memecahkan pintu itu, dibuka oleh Solar dari dalam. Terkejut jugalah. Dengan pantas Halilintar menghilangkan pedang itu lalu menunjukkan reaksi seperti tiada apa yang berlaku. Dia menatap ke arah adik bongsunya itu.

"Eh, abang Hali.. Masuklah.." ajak Solar. Perasaan takutnya cuba disembunyikan. Dia tersenyum nipis ke arah abang keduanya itu.

Halilintar menjongketkan keningnya lalu berpeluk tubuh. "Apa yang korang tengah buat kat bilik aku?" soalnya tatkala matanya terpandang Blaze, Ais dan Thorn yang berada di sisi katil.

"Err... Sebenarnya...Taufan sakit.." jawab Solar. 'Hentam jelah' fikirnya.

Berkerut dahi Halilintar. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu lalu dia terlihat Taufan sedang baring. Dia kelihatan tengah tidur seolah penat bersukan sepanjang hari.

Halilintar kemudian menyelak selimut yang menutupi bahagian kaki Taufan. Dia tersentak. Dia menunjuk ke arah kaki Taufan yang berbalut. "Ni? Kena ape ni?"

Blaze, Ais, Thorn dan Solar menggetap bibir. Tidak tahu hendak jawab apa. Mereka berempat tertunduk, tidak mahu menatap mata merah milik abang kedua mereka.

Halilintar tidak berpuas hati. Dia mendengus geram. "Aku tanya ni.. Kaki dia ni kena apa?" Dia masih bersabar menunggu jawapan daripada mereka berempat.

"Aku cuma terseliuh je.." jawab seseorang. Halilintar menoleh. Rupanya Taufan dah sedar dari tidur. Taufan memberi senyuman kecil kepada abang keduanya itu.

Dalam diam, Blaze, Ais, Thorn dan Solar berasa lega. Mereka menghela nafas lega tanpa Halilintar sedar. Biarlah Taufan yang menjawab soalan peluru daripada abang dingin mereka tu.

Kening sebelah kiri Halilintar terjongket. Dia merenung dalam-dalam wajah adik pertamanya itu. "Macam mana boleh terseliuh?"

"Jatuh tangga.." Belum sempat Halilintar hendak bertanya lagi, Taufan sudah menjawab. "Tentang kerusi dan meja tu, aku gunakan kuasa aku sebab masa tu Blaze dan Ais tengah gaduh.. Jadi aku nak leraikan mereka.."

Halilintar menghela nafas lega. Ingatkan ada sesuatu buruk yang berlaku. Dalam diam, Taufan memohon ampun kerana terpaksa menipu.

Halilintar mendekati Taufan lalu mengusap kepalanya. Dia tersenyum senget. "Dahlah, lebih baik kau berehat.."

Taufan hanya mengangguk sahaja. Dia memandang ke arah Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Mulutnya berbisik seolah mengatakan 'terima kasih' kepada mereka berempat kerana menyimpan rahsia tentang kejadian tadi.

Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka berempat membalas balasan Taufan dengan senyuman.

"Okeylah, aku nak masak.. Ais, Solar.. Tolong aku masak untuk makanan tengah hari nanti.." ujar Halilintar seraya berdiri lalu mendekati pintu bilik. Dipulasnya tombol pintu itu lalu melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke tingkat bawah.

Blaze, Ais, Thorn dan Solar hanya memandang abang dingin mereka melalui ekor mata sehingga kelibatnya hilang. Mereka berempat terus mendekati Taufan.

"Fuhhh.. Nasib baik tak kantoi.." Blaze menghembus nafas lega.

"Tapi, kenapa kau tak nak abang Hali tahu?" soal Ais dengan kerutan pada dahinya.

Taufan menghela nafas pendek. Dia menatap adik-adiknya satu per satu. "Aku tak nak dia risau dengan kita.. Dia dah cukup banyak berkorban demi kita.. Aku tak nak dia terbeban dengan semua ni.. Aku tak nak tengok dia sakit dan sedih.."

Solar memejamkan matanya seraya menghembus nafas panjang. Mata dicelik, memandang ke arah Taufan. "Okey kalau kau cakap macam tu.. Jom Ais.. Nanti Hali hairan pula kenapa kita tak turun-turun lagi.."

Ais hanya mengangguk setuju. Setelah itu, dia dan Solar keluar dari bilik itu. Kini, Taufan ditemani oleh Blaze dan Thorn.

"Kaki Taufan masih sakit?" soal Thorn prihatin sambil memandang ke arah kaki Taufan yang berbalut.

Taufan tersenyum kecil. "Tak.. Ais memang pandai rawat orang.. Sama macam dia rawat kita waktu sakit.."

Blaze dan Thorn terdiam. Mereka menatap sayu ke arah Taufan yang sedang merenung ke arah sebuah katil yang tidak berpenghuni itu. Mereka berdua turut menoleh ke arah katil yang kosong itu. Mata mula berkaca-kaca apabila terkenangkan dia.









~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now