🌧️ [18] Dendam

4K 308 71
                                    

"Hahaha! Padan muka dia!" Seorang lelaki dewasa sedang bergelak tawa bersama rakan-rakannya di sebuah rumah misteri.

"Haha, tulah! Tapi, asal kau kejam sangat? Dia tu kan anak buah kau.." Lelaki yang seumur dengan lelaki itu menghirup air kopinya. Dia berpakaian serba hitam manakala rakannya itu berpakaian serba biru tua.

"Biarlah.. Ada aku kisah? Bukannya anak aku pun.. Yang penting, aku dapat harta tu.." ujar pak cik tua itu dengan sengihan sinis.

"Tapi, kau jangan lupa nak share harta tu nanti.." Lelaki berpakaian coklat gelap pula bersuara. Dia duduk di sebelah lelaki berpakaian hitam.

"Okey, no hal bro!" Pak cik tua itu memberi thumbs up kepada rakan-rakannya.

"Apa langkah kita seterusnya? Korang ada apa-apa rancangan?" soal lelaki berpakaian biru tua yang sedang elok terbaring di sebuah sofa.

"Hmm, apa kata kita pergi serang mereka?" cadang lelaki yang berpakaian coklat keemasan. Kakinya disilangkan di atas sofa.

"Hmm, idea bagus jugak.. Apa pendapat kau, Qassim?" Lelaki yang berpakaian kelabu kebiruan memandang ke arah pak cik tua itu, atau dikenali sebagai Qassim.

Qassim tersenyum sinis. "Noted.." Dia merenung ke arah jendela pondok itu. Angin yang menyapa wajahnya dibiarkan. Dia mula teringat semula kisah terdahulu.

🌧️🌧️🌧️

"Bang, siapa yang dapat harta ni semua?" soal Qassim sambil memandang berharap ke arah abangnya, Amato.

Amato menoleh ke arah Qassim sebelum memandang ke arah anaknya yang baru berusia 3 bulan. "Semua harta ni, anak abang yang akan dapat.."

Qassim tergamam. Dia menunjukkan wajah tidak berpuas hati dengan keputusan Amato.

"Apesal dia yang dapat?! Kenapa aku tak dapat?!" bentak Qassim. Dia mencerlung tajam ke arah Amato.

Amato menghela nafas. "Bukan kau tak dapat.. Tapi cuma 25 peratus sahaja.."

"Masalahnya, aku anak abah juga! Patutnya aku yang dapat, bukan budak yang masih baby tu!" Jari telunjuknya dihala ke arah bayi yang elok dibuai mimpi.

Amato menatap wajah Qassim. "Ni bukan keputusan aku, tapi keputusan abah juga.. Lagipun, Boboiboy lah cucu sulung abah.."

Qassim mengenggam buku limanya kemas. Dia menghayun sebuah penumbuk ke arah Amato dan mengenai pipi kanannya. Amarahnya mula membuak-buak.

"Argh! Ni tak adil!" Dia mula membelasah Amato tanpa belas kasihan. Kesakitan yang dialami oleh abangnya, dia tidak peduli asalkan dia dapat lempiaskan kemarahannya.

Inilah sebab kenapa kita disuruh diam dan duduk jika marah. Kalau tidak berkesan, baring. Kalau tak juga, ambil wudhuk. Kalau tak dapat, baca Al-Quran. Kalau tak dapat juga, solat.

"Abang!" Panggilan si isteri telah menyentakkan Amato dan Qassim.

Qassim perlahan-lahan melepaskan kolar baju Amato. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Apa yang kau buat ni Qassim?!" soal Encik Aba apabila masuk ke dalam rumah. Terkejut dia apabila melihat anaknya itu mencederakan abangnya sendiri tanpa belas kasihan.

"Qassim tak setuju kalau budak tu dapat harta ni semua! Jagalah korang.. Aku akan balas dendam.." Qassim menatap tajam wajah mereka satu per satu.

Matanya terhenti ke arah bayi berusia 3 bulan itu. "Aku akan pastikan budak ni hidup menderita.. Itu janji aku.."

Qassim melangkah masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat bawah itu sebelum dia keluar bersama beg bagasinya.

Encik Aba terkedu. "Qassim... Kau nak pergi mana ni?"

"Aku tak diperlukan pun kan? Jadi, lebih baik aku pergi.. Selamat tinggal.." Qassim kemudian melangkah keluar dari rumah itu tanpa sebarang jejak.

Qassim menggertap giginya. Tanpa sedar, kedua-dua belah tangannya mengenggam erat.

"Wehh, jom pergi kedai mamak.. Aku lapar ni.." ujar lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

"Yelah, aku pun lapar ni.. Kau macam mana Qassim?" soal pula lelaki yang berpakaian serba biru itu.

Qassim yang termenung, tidak mendengar ajakan rakannya itu. Kedua-dua lelaki itu berpandangan antara satu sama lain dengan kerutan pada dahi mereka.

Lelaki berpakaian serba hitam itu mendekati Qassim lalu menepuk bahu rakannya itu. Qassim tersentak lalu menoleh ke arah rakannya yang memandangnya dengan pandangan risau. "Kau okey?"

Qassim hanya mengangguk. "Kenapa?"

"Aku dan Khai nak pergi kedai mamak.. Kau nak ikut?" ajak lelaki berpakaian hitam itu sekali lagi.

Qassim berfikir seketika sebelum mengangguk setuju. Dia pantas mengambil beg galasnya sebelum mengikuti langkah Khai dan seorang lagi rakannya itu.

Pintu ditutup lalu dikunci olehnya. Dia kemudian menaiki motosikal miliknya manakala dua orang rakannya itu berkongsi motosikal. Kedua-dua motosikal itu kemudian memecut laju meninggalkan rumah kecil dan usang itu.

🌧️🌧️🌧️


"Sekarang ni, aku nak korang berempat balik dulu.. Biar aku fikirkan apa yang nak dibuat lepas ni.." ujar Halilintar seperti menghalau Fang, Gopal, Yaya dan Ying daripada rumahnya.

Fang, Gopal, Yaya dan Ying hanya akur dengan arahan Halilintar. Mereka berempat kemudian beredar dari rumah itu, menuju ke rumah masing-masing.

"Jadi, kita nak buat apa Hali?" soal Ais. Dia memandang ke arah Halilintar.

Halilintar yang sedang menyandar pada dinding sambil berpeluk tubuh, memandang ke arah adik-adiknya. Dia menghela nafas. "Kita kena siasat tempat persembunyian pak cik tu.."

"Lepastu, kita selamatkan orang-orang yang diculik?" soal Solar pula.

Halilintar hanya mengangguk. "Dah, korang semua pergi tidur.. Dah lewat ni.. Aku pasti korang dah mengantuk.."

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar mengangguk. Sememangnya mereka sudah mengantuk kerana penat. "Selamat malam.." ucap mereka berempat.

"Hm, selamat malam.." balas Halilintar. Dia, Blaze dan Solar terpaksa tidur di bawah memandangkan bilik mereka tidak cukup untuk memuatkan enam orang.

Ochobot pula, dia dah lama dicas di bilik mereka memandangkan Ochobot penat jaga kedai.

Keesokan harinya, mereka semua bersarapan bersama di dapur. Biasanya Tok Aba yang masak, tapi Halilintar dah beli makanan luar memandangkan Tok Aba takde kat rumah sebab kena culik.

"Jadi, korang rasa pak cik tu ada kat mane?" soal Taufan sambil tangan memegang dagu lagak berfikir.

"Hmm.." Blaze turut memegang dagunya untuk berfikir seketika. "Mungkin kat rumah lama kita?"

Berkerut dahi Ais. "Ade ke?"

"Ade.. Dah lama dah, sejak kita 5 tahun lagi.." balas Blaze dan mendapat anggukan daripada Ais.

"Hm, aku cadang kita siasat di rumah tu dulu.. Lepastu, kalau tak jumpa, kita cari kat kawasan hutan.." cadang Halilintar yang menarik perhatian adik-adiknya.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum mengangguk setuju dengan cadangan abang kedua mereka itu.















~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now