🌧️ [14] Insaf

4.4K 356 77
                                    

Fang mula menunduk. Dia malu. Sangat malu. Menuduh orang tanpa usul periksa, apatah lagi kawan baik sendiri. Kawan jenis apa dia ni.

"Jadi, kau dah percaya cakap kitorang?" soal Halilintar sekali lagi. Dia masih berpeluk tubuh sambil menatap dingin ke arah Fang.

Fang perlahan-lahan mengangguk. Dia perlahan-lahan mengalirkan air mata. Dia menyesal sebab tak nak dengar penjelasan. Dia kesal. Dia insaf.

Lega juga hati mereka berenam. Sekurangnya, kini Fang percaya dengan mereka. Hanya tinggal Gopal, Yaya dan Ying yang perlu diberitahu kisah sebenar.

"Betul ni?" Thorn mempamerkan senyuman kepada Fang. Dia kini berada di hadapan Fang.

Fang memandang ke arah Thorn dengan air mata yang mengalir. Dia mengangguk laju.

Thorn memandang ke arah Halilintar. Halilintar mengangguk memberi isyarat kepada Thorn. Thorn kemudian membuka ikatan pada Fang.

Fang terjatuh lemah di lantai. Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya. Dia tertunduk.

"Apa....apa aku dah buat ni...." Dia memejamkan matanya. Perasaan bersalah terus menyelubungi dirinya.

Ais datang menghampiri Fang dengan wajah tenangnya. Dia menepuk perlahan bahu kanan Fang. "Dahlah Fang.. Benda dah berlaku.. Kita tak boleh nak putarkan semula.. Sekurangnya kau dah tahu cerita sebenar dan kau pun dah insaf.."

Fang menghela nafas pendek. Dia tiba-tiba sahaja memegang tangan Ais yang memegang pada bahunya. "Aku minta maaf! Aku minta maaf! Aku dah fitnah korang! Aku sepatutnya periksa dulu!"

Ais tersentak. Dia memandang ke arah adik-beradiknya. Taufan, Blaze, Thorn dan Solar mula mendekati Fang. Fang kemudian menarik mereka berlima ke dalam pelukan yang erat sehingga mereka berlima tidak dapat bernafas.

"Woi! T-Terlalu ketat!" luah Solar. Dia memberontak dalam pelukan itu.

"Uhh! A-Aku..tak..boleh..bernafas!" ujar Ais tersekat-sekat.

Fang yang tersedar terus sahaja meleraikan pelukan. Dia tersengih malu. "Maaf.." Dia mengusap tengkuknya.

Halilintar yang sedang berpeluk tubuh membuka mulut. "Dah.. Lap air mata kau tu.. Bukan main hodoh lagi muka kau.." sindirnya sengaja.

Membulat mata Fang mendengarnya. Pantas sahaja dia mengelap air matanya dengan menggunakan lengan bajunya. Dia memandang semula ke arah mereka berenam. "Amacam? Hensem tak?" Ternaik keningnya.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan sebelum menjawab. "Eeuuww.... Perasan!"

Fang tersengih sebelum dia tertawa. Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar turut ketawa. Halilintar hanya sekadar tersengih. Nak kekalkan cool agaknya.

Fang berdehem perlahan. "Jadi, maknanya Gempa dah takde?" soalnya dengan berhati-hati, takut terguris hati mereka pula. Dia memandang wajah Boboiboy satu per satu.

"Hmm.." balas Blaze. Acuh tak acuh sahaja dia menjawab. Dia masih dengan kedudukan sama, menopang dagu pada sofa yang didudukinya.

"Kenapa dan macam mana?" soal Fang lagi. Perasaan membuak-buak muncul dalam dirinya.

Ais memejamkan matanya seketika. Mata dicelik, menoleh ke arah kawannya itu. "Gempa ada disebabkan sifatnya yang suka menolong orang ramai, terutama kawan sendiri.. Tapi bila orang ramai termasuk kawan-kawannya benci dia, dia rasa yang dia tak diperlukan dah... Jadi..."

"Jadi, dia ambil keputusan untuk hilangkan diri.. Kerana menganggap dia dah tak diperlukan lagi.." sambung Halilintar yang sedang membaca buku. Dia mula menutup bukunya lalu berpeluk tubuh, memandang ke arah Fang dengan tatapan kosong.

"Tapi, kitorang yang perlukan dia.." ujar Thorn sayu. Air mata yang hendak gugur, ditahannya.

Ais yang berada di sebelah Thorn, mengusap bahu kiri Thorn untuk memujuknya. Dia tersenyum nipis ke arah adiknya itu.

Fang yang mendengar hanya terangguk-angguk. Terbit perasaan bersalah semula. "Tok Aba dan Ochobot tahu ke pasal benda ni?" soalnya pula.

Blaze menggeleng. "Tak"

"Okey" balas Fang. Dia mengalihkan pandangannya ke arah tingkap yang pecah. Berkerut dahinya. "Jap, seingat aku, aku cuma pecahkan je tingkap tu.. Tapi kenapa sampai ada darah tu?"

Halilintar menoleh ke arah tingkap yang dikatakan oleh Fang. Dia menghela nafas panjang. "Selepas kau datang, pak cik kitorang pula yang datang bersama kawan-kawannya.."

"Pak cik korang?" Halilintar mengangguk, membalas soalan Fang.

"Kenapa dia datang sini?" soal Fang ingin tahu.

Halilintar terdiam. Tidak terlintas dalam fikirannya hendak memberitahu perkara itu kepada Fang.

🌧️🌧️🌧️

"Haiyo, mana si Fang ni.. Kata nak jumpa kat sini.." Ying yang sedang mundar-mandir, dipandang oleh Gopal dan Yaya. Mereka bertiga masih berada di perhentian bas. Sudah 30 minit mereka berada di situ.

"Sabar jelah... Aku pasti dia akan datang.." Yaya cuba menenangkan Ying. Pening pula kepalanya tatkala melihat Ying berjalan seperti itu.

"Hmm.. Dah setengah jam kita tunggu kat sini.. Aku nak telefon dia.." Gopal menekan sesuatu pada jam kuasanya. Dia cuba menghubungi Fang melalui jam kuasanya.

Fang yang sedar jam kuasanya berbunyi, menyuruh Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar untuk senyap buat seketika. Mereka berenam akur. Fang mula menjawab panggilan. "Hah? Kenapa kau call aku ni?"

Wajah Gopal yang terpapar pada hologram jam tangan itu, menunjukkan wajah yang tidak berpuas hati. "Deyy, kau tanya kenapa aku call?! Kau nak tahu, dah setengah jam kitorang tunggu kau kat perhentian bas! Kau kat mana ni?!"

Fang yang baru tersedar menepuk dahinya. "Haish, aku lupa nak bagitahu.. Aku ada hal sikit.."

Gopal menggulingkan bola matanya. "Lain kali bagitahulah.. Kalau tak, dah lama aku balik nak main game tadi.."

Fang menunjukkan reaksi 'biar betul kau ni?'

"Dahlah! Bye!" Gopal terus mematikan panggilan tanpa mendengar perbicaraan daripada Fang.

"Siapa yang call?" soal Solar sambil menjongketkan keningnya.

"Oh, Gopal yang call.. Tadi aku ada suruh diorang berkumpul di perhentian bas waktu aku ekori Halilintar.." ujar Fang. "Jadi, korang ada apa-apa strategi untuk raih semula kepercayaan diorang?"

Elemental Brothers memandang antara satu sama lain. Mereka berenam mengangguk setuju.

Halilintar memandang ke arah Fang. "Satu syarat.. Kitorang perlukan kau dalam strategi ni.."

Berkerut dahi Fang. "Apesal pulak?"

"Dah kau bersepakat tak percaya kami dengan mereka.. Tak mustahil mereka akan percaya kata-kata kau.." ujar Taufan selamba.

Fang menelan air liurnya. Sebenarnya dia masih takut dengan Taufan tentang kejadian tadi, tapi dia hanya diam sahaja. Jarang sekali dia nampak sifat Boboiboy yang seperti seorang psiko.











~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now