Bab1 Playboy👹

43.9K 1.5K 489
                                    

Aku bukan lesbian atau apa cuma aku suka betul pandang orang cantik ni weh!Kalau aku pandang orang cantik ni kan , aku akan tenung dia lama lama pastu aku puji dia melambung.

Dah penat aku berhenti tengok cermin tu. HEY AKU CANTIK SEBABTU AKU BERANI PERAH SANTAN KAT SINI.

Aku meratakan krim siang berjenama adidas di wajahku lalu aku dabdab sikit lipbalm kat bibir aku. Eh ni bukan dab yang hipster tu kau jangan pikir bukan-bukan.Kerana cuaca yang agak panas ni bibir seksi aku makin lama makin kering.

Memang tak boleh jadi, hilanglah fans aku nanti! Tanpa fans aku tak famous !

Sudah melawa depan cermin aku sarung tudung sekolah aku yang baru aku gosok semalam. Hari pertama sekolah aku excited lain macam sikit. Al maklumlah nak jumpa buah hati uhuks.

"Kakak ! Umi cakap jangan kuat sangat pandang cermin nanti muka kakak bertukar jadi monah fandey !!" jeritan bak tarzan tak memakai underwear kedengaran di luar bilik aku menyentakkan lamunan aku.

Cis adik aku ni memangla tak boleh tengok aku senang. Umi pon sama. Aku hanya mencebik tanpa suara. Sudah betulkan tudung dengan kemas. Aku galas beg sekolah aku berwarna hitam sehitam bontotmu.

Aku buat bodoh, phone kepunyaan aku terus dicapai dengan harapan menggunung yang boyfriend kesayangan aku akan chat aku pagi ni.

Namun apa yang aku dapat hanya bluetick.

Me:
Sayang! ✔✔ 5.55 a.m
Good Morning!!❤✔✔ 5.56 a.m

Dia bluetick chat aku.. Aku rasa agak terkilan. Takkan busy sampai tak boleh balas apa apa? Aku punyala struggle whatsapp chat dia sebelum solat subuh!

" KAKAK !!" jeritan adik lelaki aku yang berumur 9 tahun membuatkan aku rasa nak maki orang di pagi pertama persekolahan ni.

Terus aku buka pintu bilik aku dan dahi adik aku terus aku jentik sampai kebelakang dibuatnya.

"Kau kalau tak memekak pagi - pagi memang tak sah kan?" marah aku perlahan. Bimbang kalau umi dengan walid dengar.

Aku terus menutup dan mengunci pintu aku. Aku pandang adik aku. Dia dah tercebik sambil memegang dahinya.

Oh tidak... Jangan kau--

"UMI ! WALID ! KAKAK TAMPAR ILHAM !" jerit adik aku bagai kena histeria.

And what deheck bila aku tampar kau setan !?

"Iliya Humairah! Ilham Husaini !" aku dan Ilham kaku apabila suara umi mula memetir.

" Lebih baik korang berdua turun sekarang sebelum aku ikat korang adik beradik kat pohon kelapa sana !!" bergema rumah banglo ni dengan jeritan penuh syahdu milik umi.

Terus aku tolak adik aku sampai tergolek sebelum aku pecut turun ke bawah.

" Umi sumpah umi, Iliya tak tampar pon si Ilham tu umi !!"kata aku terus sebelum umi sound aku. Kau jangan, mak aku ni samseng lain macam .

" betul ke?" soal Umi sambil berpeluk tubuh . Dia merenung sepasang mata aku dengan seribu maksud tersirat. Aku pula buat muka selamba .

" pergi makan sana, walid dah lambat tu " kata Umi lalu berlalu ke dapur. Sempat aku menjelirkan lidah kearah adik aku yang baru turun sambil memegang dahinya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"belajar elok elok. Jangan menggatal. Kalau walid tahu anak walid menggatal walid nikahkan terus. No joke" sempat walid mengugut aku . Aku hanya tersenyum sumbing dan menyalami tangan walid.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now