Bab 37 Runaway love❤

12.9K 1K 133
                                    

"umi tak marah ke?" soal aku sambil memandang Harraz di sebelah.

Kemudian pandangan mata aku dialih ke arah jam di kereta kepunyaan Harraz.

Sekarang dah pukul 8.

"saya dah call umi, saya cakap urgent . Esok saya akan explain kat dia, awak janganla risau" senyum Harraz. Kepala aku dipegang sekilas sebelum dia keluar dari kereta.

Aku mengeluh dan membuka seatbelt,dipandang ke luar tingkap kereta.

Selepas pergaduhan antara aku dengan Dhia dan Suraya, terus Harraz tarik aku masuk dalam kereta sekali dengan dia.

Aku dengan blur pergi ikut je. Dengan tak mandi lagi. Haish.

Harraz kata umi dengan walid akan balik rumah opah lambat sikit. Jadi untuk elakkan aku kena fitnah atas kejadian tadi lebih baik dia bawa lari aku dari rumah opah.

Nak call Allysa dengan Ain tak boleh juga sebab tertinggal phone kat rumah opah.

Aku memejamkan kata lalu dihantuk belakang kepala di tempat penyandar kerusi aku. Asal aku dapat rasa feeling feeling nak kahwin lari ni hah ?

Sekarang Harraz masuk ke dalam kedai baju untuk beli baju dan tudung. Dahtu dia tarik aku masuk kereta dengan sehelai sepinggang.

Tuala pulaktu yang tutup kepala aku sekarang. Jarang dibuat orang lilit shawl guna material tuala.

Tiba tiba pintu dibuka,Harraz masuk ke dalam bersama satu beg kertas bewarna putih campur tulisan hitam jenama kedai.

Diletakkan beg kertas di atas paha aku sebelum dia startkan enjin .

"awak beli apa?" soal aku dan mula menggeledah beg kertas yang Harraz bagi tadi

"saya beli shawl, sweater dengan seluar jeans. Cukup tak? "soal Harraz sambil memakai seatbelt.

"Ke nak beli underwear sekali?" soal dia lagi sambil menguntum senyuman nakal. Aku berdecit sebelum memukul bahunya.

"ark! Sakitlah!" jeritnya sambil menahan bahunya dari terkena pukulan tangan aku. Tak cukup pukul,aku pergi cubit.

"yang gatal sangat tu kenapa !" marah aku sambil membawa keluar isi pakaian dari beg kertas

Harraz buat muka bengang,sejak bila pandai cubit dan pukul orang ni?

"dasar,bukan nak berterima kasih orang tolong beli " kata Harraz perlahan sambil mengusap bahunya. Pedih weh pedih !

Aku hanya buat bodoh dan menilik pakaian dan shawl yang Harraz beli. Hurm not bad!

Harraz diam ,bibirnya muncung tanda merajuk dengan cik tunang. Hiks dahla kena pukul bukan nak berterima kasih!

"saya nak tukar baju kat mana ni?" soal aku memegang baju sweater bewarna kelabu dan memandang Harraz yang sudah menghidupkan enjin kereta.

"masjid"jawab Harraz sepatah.

"sekali dengan solat eh?" soal aku lagi sambil mengerling wajah masam mencuka Harraz yang ketat . Mata bukan main tenung jalan macam dia sorang manusia dalam kereta ni.

Eh iliya,kau yang buat dia merajuk kan?

Aku berdehem sebelum melipat balik baju yang Harraz bagi tadi dan dimasukkan ke dalam beg kertas. Aku memeluk beg kertas itu dan dekatkan diri dengan Harraz.

"awak.."

"pakai seatbelt" arah Harraz

Aku memuncung geram tapi hujung bibir tetap terukir senyuman manis.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now