Bab 27 Likey

12K 992 90
                                    

"dah siap !" laung iliya teruja sambil mencedok makaroni goreng ke dalam pinggan Harraz , Tengku Rizal dan Puan Susan .

"sedapnya bau ! Tak salah dapat menantu la kita abang!" puji Puan Susan lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan Harraz. Manakala Tengku Rizal mengambil tempat di hujung sekali.

"cepat cepat la kahwin kalau macam tu" tambah Tengku Rizal sambil tersenyum memandang iliya yang sedang menuangkan jus oren ke dalam gelas.

Memerah wajah gadis itu,
"eh Papa ni" kata gadis itu perlahan

"iliya memang pandai masak ke?" soal Puan Susan apabila iliya sudah melabuhkan punggung di sebelah Harraz.

"err, takdela pandai sangat tapi hobi memang suka memasak Mama " ujar iliya dan mencapai sudu di dalam bekas dihadapannya.

"bagusla macam tu ! Nanti Mama ajar Iliya masak masakan yang Harraz suka tau !" kata Puan Susan teruja bila ada geng memasak sekali.

"eh boleh je !" sempat dia tersenyum kecil sebelum malu malu menyuapkan makaroni goreng ke dalam mulutnya.

Iliya angkat kening sebelum memandang sekilas ke arah Harraz disebelahnya yang sudah tersenyum senyum mencapai sudu dan menyuap makaroni ke dalam mulut.

"so, how?" soalan Tengku Rizal membuatkan Harraz dan iliya mengangkat kepala.

"how what Papa?" soal Harraz,mulutnya masih setia mengunyah.

"how about you guys?"

"we are fine" balas Harraz

"no no,maksud Papa..takde perkembangan ke? Korang bertunang dah 3 bulan lebih dah takkan tak ada"

"betul tu,tak tangkap cintun lagi ke ?" soal Puan Susan menambah kebuntuan dalam otak 2 orang manusia yang sudah berhenti melahap makanan.

Iliya lagi lah , rasanya soalan tu paling ya dituju kepadanya. Dah tu mata 2 orang bakal mertuanya itu fokus kat dia sahaja sekarang ni.

Ey korang fokusla dekat anak korang jugak janganla tenung aku je hiks!
Rasa nak menyorok bawah meja pun ada !

"errrr.."iliya menguis nguis makanan di dalam pinggan menggunakan sudu. Kakinya di langgar ke kaki Harraz di bawah meja beberapa kali, help me oh encik tunang !

Harraz tersentak,kaki budak ni ada juga aku sumbat dalam jamban tepi kolam sana. Tak duduk diam!

Haih,Harraz mengeluh perlahan. Dia hanya menggeleng lembut kearah Tengku Rizal dan Puan Susan.

"Harraz dan Iliya tak ada perasaan lagi"

Harraz tunggu iliya je Mama ,Papa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sejak makan malam tadi hinggalah bangunan kondo, mereka berdua diam tak bersuara.

Harraz membuka pintu kereta dan matanya dilirikkan ke arah iliya yang sudah berjalan mendahului ke lif untuk ke kondonya.

"iliya.." langkah gadis itu terhenti

"hurm?" iliya hanya memusingkan kepala. Badan masih setia berdiri tegak tidak bergerak .

"ada kerja sekolah ke ?" soal Harraz

"t-tak kenapa?" iliya asal kau gagap tetiba ni ! Gadis itu mengemam bibirnya yang terasa kering dan pucat.

Perasaannya sekarang bercampur baur

'Harraz dan Iliya tak ada perasaan lagi"

Prak! Tak tahu apa yang merasuk otaknya, jawapan Harraz tadi seakan membuat perasaannya terluka.

Iliya, kau dah suka kat dia ke ?

Tak tahu kenapa, perasaannya sekarang bagai kosong. Badannya seakan tiada roh. Sumpah, rasa kecewa pula bila jejaka itu memberi jawapan sebegitu.

Memang baginya memang itulah kenyataan, mereka berdua terikat dalam satu hubungan tapi tiada apa apa perasaan cinta.

Tapi kenapa hatinya rasa sakit?

Bibir tetap cuba diukir senyuman nipis.

"nak tidur awal ke ?" soal Harraz. Sempat dia mengerling jam tangannya yang bewarna silver grey .

Baru pukul 9.30 malam

"tak la.. Kenapa?"

Harraz menoleh kiri dan kanan sebelum mengangkat isyarat tangan supaya iliya ke arahnya.

Bonet kereta dibuka sebelum Harraz membawa keluar plastik besar yang memang dari jauh lagi iliya dah dapat baca logo di plastik supermarket itu.

"apatu?"

"nah" Harraz menghulurkan plastik itu kepada iliya yang masih terkebil kebil melihat plastik di pegangan Harraz

"apa ni??" soal iliya lagi setelah dia mengambil huluran Harraz.

Plastik itu dibuka sebelum dia mengangkat muka memandang Harraz dengan riak yang agak teruja. Fuh bersinar habis muka sampai silau mata si Harraz.

"awak beli!?" tersenyum lebar hingga ke telinga gadis itu dibuatnya sambil tangan kirinya memegang plastik dan tangan kanan sudah masuk ke dalam plastik untuk menggeledah barang di dalam plastik.

"3 !? Awak......apani awak" Iliya mengikat plastik itu sebelum ditarik rapat ke dada kedalam pelukan. Wajah terharu ditayang pada Harraz.

Harraz tersenyum,alahai comelnya tunang aku ni dapat nugget ! Huwaaaa jangan iliya,tak pepasal kita bertunang 4 bulan je. Jangan buat aku nak kahwin cepat iliya eeee comel

"yer, dah muka macam kempunan sangat. Tak sampai hati kalau tak beli" jawab Harraz selamba sambil bersandar di bahagian bonet kereta. Nada seperti selalu acah cool acah boyfriend material.

"awak...thankyouuu!!" terlompat kecil gadis itu ,diikutkan hati mahu saja dia memeluk lelaki di hadapannya itu.

"tapi...mahallah, satu paket 20 ringgit..ni mesti 40 ringgit lebih kan sebab buy 2 free 1" rungut gadis itu tiba tiba . Wajah ceria tadi bertukar dengan wajah serba salah.

"no hal lah,saya mampu"

"tapi--akh!" belum sempat dia habiskan ayatnya,Harraz sudah pun menjentik dahinya sampai mengaduh gadis itu dibuatnya,wajah nakal Harraz dijeling tajam

"aip!" Harraz menekan butang kunci keretanya sebelum menepuk bahu iliya supaya berjalan seiring dengannya.

"jom saya hantar ke kondo Najihah" ujar Harraz lembut. Iliya tersenyum sambil mengangguk laju. Suka ! Tadi bukan main jeling jeling.

Mereka berjalan seiring menuju ke lif. Masuk sahaja ke dalam lif ,terus Harraz memberi sebungkus hadiah berbalut cantik dengan balutan bercorak stripes hitam dan merah jambu

"apani?" terangkat kening gadis itu.

"tisu jamban" jawapan Harraz membuatkan iliya menggulingkan matanya.

"amikla.."

"taknakla tisu jamban. Rumah saya banyak lagi tisu jamban. Its okey " balas Iliya.

Melihat wajah ketat si encik tunang,Iliya mengambil bungkusan hadiah itu yang sebesar tapak tangan dia sahaja.

"apa ni?"

"tengokla lepasni" nak menjerit Harraz dibuatnya bila iliya seakan mendesaknya.

Iliya mencebikkan bibir sebelum berdiam diri seperti Harraz. Bungkusan kecil disimpan dalam poket sebelum memandang Harraz.

"Awak" panggil iliya

"iya?" jawab Harraz tanpa memandang gadis itu

"kalau saya cakap saya suka awak macam mana, awak okay tak?"

Tbc♥

30 comments bru aq updte

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now