"nak belajar drive boleh?"dikerdipkan kedua belah matanya beberapa kali ke arah Harraz yang sibuk makan kacang telur di atas kerusi kayu.
"takyah,bahaya"jawab Harraz acuh tak acuh,bukan masih merajuk tapi dia kusyuk menonton rancangan didi and friends di kaca televisyen.
Iliya berdecit,dia duduk di atas kerusi kayu sebelah Harraz lalu mendekatkan jaraknya dengan Harraz dengan cara mengensot.
"awak! Bolehla! Teringin nak drive sendiri" muka dibuat comel sehabis mungkin
"tak payah"balas Harraz lagi,lansung tidak dipandang wajah iliya di sebelahnya.
Iliya menghentakkan kakinya dan memeluk tubuh.
Harraz terus memandangnya
"ha elok la hentak hentak macam tu""awak tak sayang saya"rungut iliya,bibirnya sudah muncung sedepa
"mana ada.."kata Harraz lembut
"dah awak taknak ikut permintaan saya,ha tak sayang ar tu"laju sahaja bibir gadis itu menutur semua tidak puas hatinya
Serta merta dahi iliya dijentik sekilas
"awak! Sakit la!""sebab sayang la taknak bagi,bahaya sebab awak tak cukup umur lagi"Harraz hanya buat muka macho dia. Geram je nak tendang tendang
Iliya diam,bekas kacang telur di atas riba Harraz dirampas lalu dia menyumbat semua kacang telur ke dalam mulutnya.
"dahla taknak kawan"
Harraz hanya menggelengkan kepala
"saya nak keluar ni,nak ikut tak?" Soal Harraz separa berbisik,wajah cemberut iliya ditenung lama. Alaa comel la pula budak ni merajuk."tak"
"betul ni?"soal Harraz lagi dan bangun dari tempat duduknya. Iliya sudah pun mengetap bibirnya menahan geram.
"taknak sudah,saya ajak ilham jela pergi" kata Harraz lagi dan menunduk melihat iliya yang masih duduk di atas kerusi tanpa memandangnya.
"ei geramnya budak ni,dah la tu merajuk" hujung shawl di bahagian iliya ditarik ke depan secara kasar.
Terus Iliya meletakkan bekas kacang telur di atas meja sebelum membetulkan tudungnya.
"Awak! Habis rambut saya keluar nanti" terkejut bukan kepalang,iliya terus membetulkan terbusnya dan menarik shawl kebelakang supaya cantik seperti tadi.
Wajah tak bersalah Harraz dijelingnya tajam,tak tahukah kamu bahawa tudung ni benda paling sensitif bagi kaum wanita!?
Harraz sudah pun ketawa terbahak bahak melihat wajah tak puas hati iliya.
"ha nak ikut tak?"soal Harraz lagi. Iliya masih membisu dan memandang kearah lain.
Harraz mengeluh dan tersenyum nipis,dia mula duduk melutut di hadapan iliya. Bekas kacang telur di atas meja diambil .
"adinda adinda"panggil Harraz,bekas kacang itu digunakan untuk mencuit cuit lutut iliya. Iliya agak tercuit tapi masih memilih untuk membisu.
"kekanda janji lepas adinda habis Spm kekanda ajar drive yer?" bisik Harraz lagi dengan nada romantik.
Wajah iliya dipandang dari bawah disebabkan dia sedang melutut di atas lantai maka senang untuk dia melihat reaksi iliya yang sedang menunduk itu.
"adinda,balaslah sesuatu" kata Harraz lagi tersenyum sumbing. Iliya berdecit dengan senyuman kesabaran.
"adinda rasa kekanda tipu"balas iliya, ha amek kau taknak kalah. Nak kekanda adinda konon.
Zaman sekarang pun raja tak formal macamni dengan permaisuri hikhik.
YOU ARE READING
[C] Tunang Paling Sweet
Teen Fiction"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan enjin kereta dan keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan kolej. Sunyi seketika suasana di dal...