Bab 5 Tunang ?

18.3K 1.2K 202
                                    

Aku menggenggam kedua belah tapak tangan aku dan diletakkan di atas perut aku. Kini aku sedang berbaring di atas katil dan merenung dinding bagai nak tembus.

Dinding pun tersipu sipu malu bila aku tenung dia nak dekat sejam. K apa aku mengarut ni ?

Aku mengerling jam dinding bilik aku yang bewarna hitam pink . Lama betul aku renung dinding tadi sampai tak sedar dah pukul 12 malam.

Aku memejamkan mata sebelum mencelikkannya selepas beberapa saat. Kini minda dan akal fikiran aku melayang ke perbualan kami sekeluarga ketika makan malam tadi.

Selepas Abang ilias memberitahu tentang wasiat nenek baru la aku mengerti bahawa arwah nenek ingin menjodohkan aku dengan cucu kawan dia.

Asalnya begini, atuk aku dulu kerja polis tau. Lepastu dulu kan zaman kuno sikit jadi pekerjaan polis ni macam pekerjaan yang hebat la. Arwah atuk dengan arwah nenek aku tu keluarga sebelah ayah aku la kiranya.

Lepastu arwah nenek aku ni berhutang nyawa apa entah dengan kawan dia.

Abang ilias cerita lagi,dalam surat tu kawan nenek selamatkan aku ketika nenek teman aku ke klinik. Waktu itu klinik terbakar and dia yang selamatkan aku.

Sebabtula nenek hutang nyawa sangat sangat and dalam diam dia sudah berjanji untuk menyatukan aku dengan cucu kawannya itu.

Aku tepuk dahi, apasal kena jodohkan aku pula. Apa kena mengena duh?

Aku dah la tak boleh move on dengan Aqim lagi urm.. Tup tup tak sampai sehari break dah bertunang dengan orang lain.

Aku bangun dari pembaringan, disebab kejadian tadi aku tidak boleh tidur. Aku seorang yang pemendam jadi aku tak ada rasa nak mengadu dekat kawan kawan aku. Aku tanggung sorang la jadinya.

Disebabkan itu juga aku nak turun kebawah nak buat susu. Najihah kata kalau minum susu boleh buat kita lena tidur.

Sewaktu aku menuruni tangga satu rumah dah gelap. Hanya lampu kecil di sebelah televisyen sahaja yang membantu aku untuk menuju ke dapur. Yela waktu ni semua orang dah tidur. Tapi tak untuk aku.

Sampai sahaja di dapur, aku capai bekas yang aku letak susu tepung dan segelas air panas.
Setelah membancuh,aku duduk di atas kerusi bar dan menghirup susu itu.

Asyik aku minum susu sambil mengelamun ,tiba tiba aku dikejutkan dengan bersin abang ilias yang bunyi seperti spray ridsect. Ya tuhan, sumpah aku benci bunyi dia bersin . Aku jadi imagine dia bersin tu hingus dia keluar macam spray ewww.

"aik,kenapa iliya tak tidur lagi? Esok sekolah kan?" tegur abang ilias sambil membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak jus oren. Dia mencapai gelas dan duduk di kerusi bar bertentangan dengan aku.

"iliya tak mengantuk la and esok cuti" jawab aku sambil merenung gelas yang berisi susu yang masih berbaki separuh.

"ye ke? Sorryla. Mesti sebab wasiat nenek kan" soal abang ilias lagi dan menuang jus oren ke dalam gelasnya

"abang tu kenapa tak tidur lagi?"

"dahagala"

Aku senyap

"risau ke?" soal abang ilias lagi

"entahla..tapi walid macam mana ? Dia kan pernah cakap dia tak nak anak dia bercinta semasa belajar" kata aku dengan suara perlahan. Ceh Iliya saja bagi alasan. Kau couple jugak tanpa pengetahuan walid. Bisik hati

"iliya, couple dengan bertunang tu lain. Couple ni hanya untuk cinta monyet dan tak ada kepastian yang tetap. Hala tuju masih kabur. Tapi walid dah setuju tadi kan sebab bertunang ni kiranya iliya akan bernikah dengan dia nanti. Kira macam dah ada perancangan untuk menghalalkan" terang abang ilias panjang lebar sebelum minum segelas jus oren itu.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now