Bab 4 Breakup.

16.5K 1.1K 162
                                    

Dari awal persekolahan sampailah waktu pulang aku hanya berdiam diri. Kawan kawan aku memang perasaan perubahan aku.

Masa rehat tadi aku tak makan. Dalam kelas aku membisu. Selalunya aku yang paling bising.

Aku tahan je perasaan aku, aku sedaya upaya tahan diri dari menangis di sekolah. Aku taknakla kawan aku risau ke apa kan.

Bila ada tanya kenapa aku jadi macam ni aku jawabla aku tak berapa sihat dan pelbagai alasan cliche .

Loceng berbunyi nyaring, semua pelajar kelas aku berebut nak keluar dari kelas. Kalau nak balik bukan main laju.

Kini tinggal aku ,Alia dan Najihah je dalam kelas. Seperti biasa kitorang akan tunggu Afif,Izham dan Aqis habis kelas dan balik sama sama. Maksud aku naik bas sama sama la.

Walid aku boleh hantar je tapi tak boleh ambil sebab busy kerja. Takpelah, aku bahagia je balik dengan kawan aku.

Alang alang tunggu mereka bertiga aku ada niat lain..

Niat aku nak pujuk Aqim...

Macam orang bodoh aku sekarang. Terkejar kejar orang yang tak bersungguh nak kat kita

"wei tu diorang" kata Najihah dan melambai kearah Afif yang turut memandang kearah pintu kelas kami. Alia pula dah pergi belakang kelas untuk tutup suis kipas.

Aku pula menunggu kelibat Aqim keluar. Nampak sahaja kelibat dia terus aku keluar dari kelas.

Tapi baru selangkah aku keluar kelas,Aqis sudah memaut lengan aku . Menghalang aku pergi ke arah Aqim

Yang sedang berjalan bersama Kamila....

Berpegangan tangan..?

"Iliya i should tell you this .. I mean ,we should tell you the truth that you need to know" kata Aqis dan memegang kedua bahu aku. Dia menatap mata aku dalam dalam.

Jelas aku nampak kesedihan terpancar di matanya.

"kau tahu tak ?" kata Aqis dan senyap seketika. Dia menunduk dan meraup muka.

"weh Aqis, kau--"

"kau diam" Aqis memandang Izham tajam. Izham yang baru nak halang niat Aqis tadi terbatal.

"takpela Iz, iliya patut tahu" kata Afif dan aku kerutkan dahi aku. Kening aku bertaut rapat dan aku memandang silih berganti muka setiap kawan aku.

"teruskan jela Aqis " kata Alia dan menepuk bahu Aqis

"aku harap kau okay tau. Aku nak kau tahu yang kau ada kitorang walau apa pun yang jadi. Faham tak?" ujar Najihah . Aku makin hairan

"tak, apa yang aku tak tahu ni..kenapa korang pelik sekarang ni..apa yang jadi sebenarnya?" kata aku dan mengesat peluh di dahi aku.

"weh Alia kau pasang balik kipas,aku panas" kata aku dan memandang kearah Aqis. Selepas Alia hidupkan balik suis kipas,aku pandang Aqis balik

"Tell me the truth.."bisik aku dan mendekatinya.

"Sebenarnya Aqim curang belakang kau Iliya"
Kata Aqis

Terkaku aku di situ. Kaki aku terasa kejang teramat dan bagai tak boleh bergerak. Dada aku mula sesak dengan berita yang lansung tak boleh diterima akal ini

"sejak bila weh ?" soal aku dengan suara bergetar

"2minggu lepas Iliya kami baru tahu. Tapi aku rasa lama lagi kot and aku rasa bulan lepas Aqim curang" jawapan Afif membuatkan aku menunduk. Bahagian tepi baju kurung sekolah aku digenggam erat sampai berkedut.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now