Bab 12 Your last❤

18.7K 1.3K 260
                                    

"weh asal kita 4 orang je yang tinggal ni?" soal Alia apabila mereka berempat sudah turun dari bas. Sampai je sekolah terus diorang bergerak ke kantin nak lepak jap.

Time time camni semua orang dah balik so amanla sikit nak bergosip. Alia terus mengeluarkan susu kotak miliknya lalu hujung straw itu dia tebuk kat lubang aluminum kotak minuman itu.

Terus dia sedut

"aku syak diorang kena culik la dengan mamat 2 orang tu" balas Izham selamba menggaru dagunya yang terasa gatal. Terasa janggut nak melebat pula aish

"culik mendenya, kau tak tahu ke Harraz tu tunang iliya. Lepastu Ashraf cousin Aqis" kata Najihah yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah Afif.

"aik, tu ke Ashraf cousin Aqis ? Aku tak kenal tuan duh mana nak perasan !" Afif terus mengetuk meja batu dihadapannya. Alia yang syok minum susu hampir tersembur.

"uhuks uhuks!" terus Izham dengan gentlemannya menepuk belakang Alia

Tapi dia bukan tepuk perlahan. Dia punya tepuk macam nak tepuk nyamuk atas muka makcik kantin.

"SAKIT SIAL!" akibat tersedak yang amat habis tersembur air susu dan terkena muka Izham .

"sudahla kau,esok muka tumbuh jerawat!" Najihah gelak jahat sambil mengeluarkan phone miliknya.

Membulat mata Najihah apabila ada nombor tidak dikenali menghantar chat kat whatsapp dia.

Siapa lagi.

Hariz la

Tadi Najihah mengambil kesempatan untuk menulis nombor telefonnya lalu dia letak dalam kotak milik Hariz. Berharap Hariz akan menghubunginya. Abang idola tu !

"kau chat siapa tu wei??" soal Afif lalu dia mendekatkan wajahnya untuk stalk siapa yang Najihah chat.

Perasan akan hal itu,terus Najihah menyorokkan phonenya kebawah meja.

"a-adala. Sibuk je nak tahu" kata Najihah kekok. Dia membuat muka tak bersalah pada Afif yang sudah tersinggung.

Apabila Afif kembali mengundurkan tubuhnya,terus Najihah sambung main phone

Siap senyum senyum lagi!

"aku bosan duh!" kata Izham kuat nadanya. Kalau boleh nak satu dunia tahu dia tengah nazak kebosanan.

"weh tadi kan aku ada nampak lembu ni weh..berisi gila. Aku craving burgerla pula huwaaaa!" adu Alia tiba tiba

"lembu berisi? Alaa kau nak lembu berisi pergi la bagi lembut kau makan nestum . Settle masaalah" nasihat tak bermoral Izham membuatkan meja mereka krik krik

"aku ada cerita,aku ada cerita!!" Alia terus keluarkan phonennya dari poket. Selepas beberapa saat dia terus letakkan phonenya atas meja

"kenal?" soalnya

"kenal?" soalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now