Bab 47 Semi-Final

13.5K 989 176
                                    

Baju blouse paras pinggang bewarna peach aku kenakan bersama seluar jeans. Kemudian aku menyarung tudung bawal bewarna yang baru aku gosok tadi pakai seterika. Yela seterika takkan la aku nak gosok dengan tangan.

Sekotak besar berbentuk hati yang berisi coklat susu aku capai pula dan aku masukkan ke dalam beg galas jenama LV aku.

Baju blouse bahagian depan aku masukkan ke dalam seluar aku manakala bahagian belakang aku biarkan sahaja. Kemudian aku ambil tali pinggang baru nampak style sikit.

Kemudian aku ambil foundation lalu aku dab dab di wajah disertai loose powder dan lipmatte. Selepas mengenakan mascara dan eyeliner aku capai beg LV aku dan keluar dari bilik.

Cuba teka aku nak ke mana?

Hari ni ada majlis konvo Harraz . Oh my besar dah anak aku --eh tunang aku.

Tak sangka weh Harraz dah tamat belajar. Aku harap Papa dia terus bagi dia kerja la. Aku taknak la weh dia sambung study ke apa. Memang a big no la kan?

Aku ambil sejambak bunga ros di atas meja makan dan terus aku bergerak ke arah umi yang sedang mencuci pinggan. Memang scene umi aku kat dapur je ke?

"Umi,iliya nak gerak dah ni" terus tangan umi aku capai dan aku cium.

"pergi dengan apa? Sorang ke? Harraz tahu tak ni?" soal umi bertalu-talu. Aku hanya tersenyum lebar.

"iliya pergi dengan Mama and...hehe nak buat surprise la umi so iliya cakap awal awal kat Mama jangan bagitahu Harraz" terang aku. Aku harap Mama si Harraz a.k.a bakal Ibu mertua aku tu tak bocor rahsia la.

"iliya pergi dulu" kata aku dan keluar dari rumah . Selesai menyarung kasut aku bergerak ke luar pagar apabila aku melihat kelibat kereta Mama Susan.

"Assalamualaikum mama" ucap aku seusai masuk ke dalam kereta. Terus aku menyalam tangan Mama Susan dan letakkan jambangan bunga ros kepunyaan aku di seat belakang .

"waalaikumussalam,ha cantik cantik ni terkejut anak mama nanti" Wanita itu tersenyum manis kearah aku. Cermin mata hitamnya di pakai di atas kepala menyerlahkan lagi dahi luasnya.

Tak percaya pula Mama Susan masih nampak muda , dengan muka seratus peratus keturunan cina menyerlahkan lagi kecantikannya.

Patutlah Harraz hensem,dah ada mix cina melayu.Huwaa aku nak ada mix jugakkk

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"mama nak pergi tandas jap,pergila cari Harraz eh? Nanti call mama" belum sempat aku berkata apa apa terus Mama Susan meninggalkan aku keseorangan di ...entah tempat apa aku berada sekarang ni?

"cari la dulu" aku mula berjalan keseorangan masuk ke bahagian dewan di tepi auditorium kemudian kepala aku terjenguk jenguk mengintai.

Okey takde siapa kat dalam ni yang aku kenal.

" call on ke tak on?" bisik aku sendiri. Kalau tak call aku akan sesat. Kalau call tak menjadila kejutan aku !

Aku mengeluh dan masih membuka langkah ke arah ruang laboratory. Entah macam mana aku boleh sampai sini.

Sudahla semua pelajar kat sini pakai jubah yang sama warna. Macam mana aku nak cam duh!?

"hai makcik"
Tiba tiba bahu kiri aku ditepuk mesra dari belakang dan membuatkan kedua belah aku terhinjut sebelum aku memusingkan tubuh.

"Weh bodo kau buat apa kat sini!?" jerit aku dan memeluk Aqis.

"belum apa apa dah panggil aku bodoh erh menyesal tegur kau" Aqis acah acah nak merajuk dan berjalan meninggalkan aku.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now