Bab45 Putus Tunang?

13.6K 1K 396
                                    

"ya allah!!" masuk je dalam bilik aku terus umi menjerit macam nampak mimi peri terbang dalam bilik aku.

Manakala aku yang sedang terbaring di atas lantai memerhati hamster yang dibeli Harraz minggu lepas hanya membulatkan mata. Tidak pula aku melenting.

"iliya ! Jangan pegang tikus tu kotorla!"marah umi geli geliman melihat hamster yang diusap oleh aku dari tadi. Aku mula bangkit dari pembaringan dan duduk bersila.

"umi,ni hamsterla!" aku mengangkat hamster bewarna peach putih itu kedalam akuarium kecil yang juga baru dibeli . Ada la juga habis 50 ringgit,nasib Harraz belanja muehehehe.

Lagi satu,Ilham dengan walid je tahu aku bela hamster ni. Kalau umi tahu memang dia tak izinkan! Geli la katakan.

"eeeeeee geli la. Sejak bila benda tu ada kat sini hah!?" terpekik pekik suara umi memarahi aku.

"Harraz tolong belikan "

"buang!"

"umi!"

"jangan bagi keluar dari bilik kalau tak umi bagi kucing makan!" selepas diberi last warning ,umi terus bergegas keluar dari bilik aku.

Aku pula hanya tersenyum senyum sambil menggosok gosok belakang badan hamster kecil aku. Mochi nama dia.

Sumpah,benda ni akan buat aku teringatkan Harraz.

Jam di dinding aku pandang beberapa saat sebelum aku bergerak kearah almari baju aku.

Nak date ngan Harraz!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"balik awal okey?"

"yer umi,before pukul 10 Harraz bawa balik" Harraz hanya tersenyum nipis dan menyalami umi sebelum dia masuk ke dalam kereta bersama aku.

"how is your day?" soal aku apabila Harraz sudah masuk ke dalam kereta.

"fine"jawabnya dan aku hanya mengangguk

"kenapa awak jarang chat saya eh sekarang?" soal aku tiba tiba. Yer,jarang sangat kitorang chat sejak menjak ni. Ada pun dalam 2 3 kotak je chat. Lagipun aku chat dengan Harraz secara senyap senyap menggunakan phone Ilham adik aku tu.

"baru je chat tadi kan?" nada mendatar Harraz agak membuatkan aku terkedu.

"lagi pun awak tak ada phone,takkan nak chat kat phone ilham je"

Aku diam seketika,takkan la aku nak terasa kot? Betulla,aku macam susahkan adik aku je. Kalau umi dengan walid tahu ni mesti ilham kena denda juga. Nanti kena rampas phone macam aku baru huru hara

"okey sekarang nak pergi mana?" soal aku sambil membuka radio . Nak dekat 9 bulan aku kenal Harraz so aku dah tahu semua benda dalam kereta dia.

Harraz terus menutup radio setelah aku memasangnya. Aku mengerutkan dahi.
"awak marah saya ke?" soal aku geram

"tak lah" jawabnya lagi. Aku mengemam bibir aku dan memandang keluar tingkap memerhati lampu lampu jalan .

"nak pergi mana ni?" soal aku lagi. Suara aku agak tersekat sekat menahan kegeraman.

"eh iliya lusa birthday awak kan?" tiba tiba Harraz bertukar soalan. Aku hanya mengeluh dan mengangguk menandakan iya.

"awak nak apa?"soalnya

Aku memandangnya dan mengangkat senyuman,bila Harraz baru ada mood nak bercakap dengan aku.

"saya nak awak" kata aku sarkastik, namun senyuman aku mula luntur bila Harraz tidak beriak,wajahnya dingin.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now