Bab 24 Comfort🌈

13.4K 1K 167
                                    

Sampai sahaja di parking kediaman kondo,terus chat iliya dibuka dengan perasaan bercampur baur. Difikirkan iliya akan memujuknya tapi tidak,gadis itu hanya meninggalkan satu voicenote.

Voicenote yang dihantar oleh cik tunang ditenung lama oleh Harraz,sementara itu dia memasukkan kunci kereta ke dalam poket sebelum menekan butang lif untuk ke tingkat atas.

Tingkat 14 ditekan sebelum dia meng-off phonenya. Nak dengar bila sampai kondo la. Kat sini tak feeling.

Sampai sahaja di tingkat 14,Harraz berjalan sambil bersiul sementara kedua belah tangannya diseluk dalam poket hoodienya.

Sebelum itu sempat jam tangannya dikerling,okey baru pukul 6.

Sempat juga la dia makan tengah hari dan solat di rumah Puan Susan tadi sebelum balik ke sini.

Tiba tiba langkahnya terhenti bila dia ternampak kelibat di hadapan pintu kondonya. Betul betul tengah berdiri sambil berpeluk tubuh merenung kaki sambil bersandar di pagar luar pintu.

Perasan akan kehadiran jejaka itu, gadis itu mendongak.

"lama saya tunggu.."kata iliya dengan suara agak perlahan. Mata dialih kearah lain,tidak mahu bertentang mata dengan si dia

"macam mana awak tahu saya tinggal kat sini?" soal Harraz mendatar. Kakinya diundur selangkah kebelakang apabila iliya bergerak mendekatinya.

"awak marah saya ke..?"

"siapa bagi tahu awak saya tinggal kat sini?"soal Harraz lagi. Suaranya kali ini ditekankan sedikit.

"erm..ashraf..saya--"

"awak ada nombor dia!? Awak chat dia ke!? Dah berapa lama contact dengan dia!?" sergah Harraz tiba tiba, terperanjat gadis itu dibuatnya.

Harraz pula dah menjegilkan mata,perasaan cemburu tu memang senang nak keluar dihadapan gadis itu.

"m-mana ada! Saya suruh Aqis la tanya,saya tak chat pun dia sumpah! " Iliya mengangkat tangan membuat lambang pangkah dan kepalanya digeleng laju.

"so? Nak apa cari saya?" soal Harraz dingin. Sengaja ingin menguji gadis itu.

"saya nak tanya awak je..awak marah saya ke..?" soal gadis itu. Kedua belah tapak tangannya disatukan dan diramas perlahan,habis berpeluh tapak tangan dan dahi.

"tak,dah pergi balik. Nak dekat maghrib dah ni" halau Harraz siap buat angkat tangan buat buat halau iliya.

Iliya membuat muka cemberut.
Harraz pula masih buat muka kerek. Sengaja nak buli budak ni.

Nak tengok macam mana dia pujuk.

"balik"kata Harraz sepatah dan menjeling. Tubuh dipusing dan berpatah balik ke arah lif tadi.

"awak nak gi mana?"soal iliya kalut dan mengekori langkah jejaka itu.

"keluar" balas Harraz sepatah tanpa memandang gadis itu.

Dia juga tak banyak cakap bila iliya turut masuk ke dalam lif bersama dia. Ini yang dia mahu,nak tengok gadis itu pro ke tak memujuknya. Hiks.

"Harraz...janganla marah"kata iliya lalu menggigit bibir bawahnya. Dikerling sekilas tubuh tegap jejaka disebelahnya dengan ekor mata sebelum dijatuhkan merenung kakinya.

"tak"

"sorry.."

"okay"

"Harraz.."

Harraz tak menjawab tapi berdecit sebal dan selamba bermain phone seolah kehadiran gadis itu tiad di situ.

"Harraz..janganla buat saya macam ni..saya tahu la salah saya" pujuk iliya lagi. Tapi kali ini dia memberanikan diri mendongakkan muka merenung wajah kacak jejaka itu.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now