Bab 6 Cold Fiancee

18.9K 1.2K 241
                                    

Selepas terserempak di depan tandas tadi, aku dan dia diam tidak berkutik. Suasana di ruang tamu hanya dipenuhi dengan suara Umi ,Walid,Mama dan Papa.

Nasib adik aku si ilham tak ikut kalau tak boleh makin bising kat sini. Sah sah dia akan kacau aku .

Terasa haus,aku capai secawan teh yang disediakan oleh orang gaji dekat rumah ni. Sewaktu aku minum,sempat aku mengangkat mata memandang bakal tunang aku.

Kacaknya ya tuhan,

Tapi tak sampai 5 saat dia tiba tiba pandang aku sampai tersedak teh aku dibuatnya.

"Iliya tak apa apa ke?" soal Mama Susan prihatin sambil menggosok belakang badan aku bila aku dah batuk batuk. Fuhh teh dia tu menyengat sial masuk saluran hidung dan saluran pembentukan taik hidung aku.

Aku tak janji kalau nanti taik hidung aku made from tea.

"Iliya okey" kata aku dan senyum lembut. Aku mengerling jejaka dihadapan aku sekilas. Amboi seronok dia gelakkan aku dalam diam. Hilang habis mood acah dingin dia tu.

Selepas dia tanya aku tunang dia ke tak tadi, terus dia keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu meninggalkan aku yang terkebil kebil. Sebab aku tak jawab apa apa. Aku masih terkejut.

"Aunty,Uncle. Harraz nak jumpa Iliya secara private boleh?" soal dia kearah umi dan walid. Aku rasa nak jerit macam histeria bila umi dengan walid angguk tanda setuju.

Aku memandang dia yang sudah bangun dan keluar ke arah tempat kolam renang sebelum aku mengikutinya dari belakang.

sampai saja di kolam renang,dia duduk di bahagian pondok kecil di sebelah kolam itu. Mewah jugak family dia ni.

"duduklah,kalau kau nak berdiri sampai esok pun aku tak kisah sebenarnya" katanya dan tersenyum . Aku pula dah buat muka cemberut. Ingat aku tak tahu muka senyum dia tu muka bapak menganjing penuh fake

Aku pun duduk di sebelahnya di birai pondok.
Dia pula dah buat muka pelik.

"pehal? Tak pernah nampak orang ke?" soal aku dengan nada kasar

"takla,aku suruh duduk kat tanah tu ,aku tak pelawa pun kau duduk sebelah aku" kata katanya membuatkan muka aku memerah menahan marah. Bapak annoying kerek poyo sia mamat ni.

Aku pula dah jeling dia dan duduk di atas rumput bersebelahan pondok itu.

Dia pula masih dengan muka dingin dia melihat aku yang sudah duduk di atas rumput.

"dudukla tepi aku,aku gurau je tadi"

"kau pehal! Nak gaduh ke ha!?" aku dah naik angin. Mamat ni aku syak memang nak buat aku ni naik hantu dengan dia.

Silap hari bulan aku lempar jugak mamat ni dalam kolan sana biar jadi dugong. Dasar muka hensem tapi perangai syaitonirojim

"rileksla,dudukla sini. "kata dia lagi dan menepuk tempat sebelahnya

Aku pula tidak berganjak masih setia di atas rumput. Aku masih merenung muka kacak dia yang tiada senyuman pun. Tapi okeyla dia banyak cakap bukan pendiam.

"okey okey sorry,aku nak test je. Tak tahu pula kau jenis cepat naik hantu"katanya dan bangun dari pondok dan duduk di atas rumput berhadapan aku.

Aku pula dah mengensot sedikit menjauhi dia. Bapak aku blushing duduk dekat dekat ni.

"asal?"

"takde apa la"

"kau nama apa?"soalnya dan mula mencabut rumput di depannya

"Iliya Humairah binti Malik"jawab aku dan memandang kearahnya yang mula bersila . Tadi bercangkung.

"ouh"

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now