Bab 11 Fighting?

16.2K 1.1K 76
                                    


"apa tak dengar?" usik aku

"tolong duduk depan Iliya Humaira.. Saya bukan driver awak. Awak jangan degil boleh?" katanya dan menarik lengan aku supaya keluar dari tempat duduk belakang.

Aku agak terpaku.

"KAU MEMANG NAK MATI EH!?"

Terkejut aku dengan suara yang muncul tu ,tubuh Harraz yang halang penglihatan,aku tolak. Terus aku keluar dari kereta.

Bapak ar,

Aqis tengah bergusti siot!!

"weh weh tu bukan ke kawan awak!" kata aku seraya menarik hujung baju Harraz supaya mendekati aku.

Terbuntang luas aku apabila Aqis tengah bergusti dengan...

"whatde,,Ashraf kau buat apa tu" kata Harraz perlahan dengan muka yang tak percaya macam aku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aqis p.o.v

Keluar sahaja dari ruangan ceramah,aku bukan je kena heret sampai depan pintu je !

Mamat taguna ni pergi heret aku sampai tempat parking bas dimana bas yang sekolah kami tempah untuk kami naik tadi diparking.

"le-lepaslah!" jerit aku berang. Pegangan dia ni kuat macam nak potong tangan aku pun ada !

Sampai sahaja di depan bas kami,dia terus lepaskan pegangan tangan aku. Aku mula menyelak lengan baju sekolah aku dan terus aku terkesima

"KAU NAK BUNUH AKU KE HA !?" jerit aku nyaring. Bahu dia aku tolak kasar.

"dah la selamba pegang lengan aku, tak malu eh" bidas aku lagi bila dia hanya mendiamkan diri.

"ala kau kat luar sekolah bukannya bertudung pon ,kalau orang pegang tangan kau pun nampak biasa ja" selamba badak Ashraf berkata dan menjeling aku.

"ada masaalah ke kalau aku camtu , kau still tak ada hak nak pepegang aku !" jerit aku lagi.

"siapa kata aku takda hak!? Aku cousin kau !" kini dia ikut meninggikan suaranya. Aku mengetap bibir lalu mengalih pandangan ke arah lain.

Ya, kami saling kenal tapi aku tak pernah suka dia. And lagi satu Ashraf ni bukan cousin kandung aku pun. Dia anak angkat maksu aku je.

"cousin atas surat je, and kalau kau cousin kandung pun kau still tak ada hak ! Eeee kat rumah dengan kat luar sama je suka menyibuk !" jerit aku nyaring . Pandangan orang lain aku tak ambil peduli.

"kau ingat aku nak biar je kau fight macam budak tak ada berpendidikan macam tadi ?" katanya tanpa bertapis. Dia mula merenung aku yang lebih pendek darinya.

"arh so what!?" balas aku dan mengibas tudung aku,panas

"tak takot ke kalau maklong dengan paklong tahu?" soalnya sinis. Aku terus merenung dia tajam. Bagai ada aliran yang mengalir antara kami.

"don't you dare..."

Dia buat muka menjengkelkan dan tersenyum sinis.

"i would dare to do it" balasnya lagi dan menunjal dahi aku dengan jari telunjuknya.

"urh malas layan kau. Aku nak balik" balas aku dan memutarkan tubuh ingin blah dari mamat ni.

"balik dengan bas,jangan nak merayau" ujar Ashraf tiba tiba apabila aku sudah melangkah menjauhi dia.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now