Bab 3 Cheat.

17.4K 1.1K 278
                                    

Elok aku jalan menuruni tangga dengan Aqis, Alia dan Najihah. Tiba tiba ada lelaki sengaja merempuh bahu aku.

Hampir tersadung aku kedepan dibuatnya. Tapi mujur sempat di sambut oleh kawan aku seiring dengan jeritan nyaring mereka yang jelas terkejut dan risau.

"harap muka ja cantik tapi buta" kata mamat tu. Aku cuba seimbangkan diri dan menoleh kebelakang di mana mamat tu berada. Dia masih berdiri di situ dan tersenyum sinis

Dia sengaja ! Aku tahu dia sengaja !

Manakala Alia sudah pun mati aura cerianya, dah ex ada depan muka. Okay orang yang langgar aku tu Nabil yang tarik tudung aku tempoh hari.

And dia ex boyfriend Alia bff porebah aku.

"kau memang sengaja kan!? Dari form 1 lagi tak puas hati dengan aku ! " jerit aku nyaring. Sumpah aku tak faham mamat ni dari form 1 tak puas hati dengan aku.

Entah syaitan mana rasuk dia, masa form 1 dulu elok je aku dengan geng aku berkawan dengan dia. Dia tu tiba tiba berubah jadi saiton.

And tiba tiba curang dengan Alia lepastu couple dengan budak kelas mana entah, aku tak sempat nak jaga tepi kain orang duh.

"siapa tak puas hati ha? Kau tu sombong sangat, hidung tu tinggi sangat sampai tak nampak jalan !"

Aku menggenggam penumbuk, dia ni menguji sungguh kesabaran aku. Menggigil tubuh aku,rasa tak aman kalau aku tak belasah dia sekarang.

Baru selangkah aku mendaki tangga, dia berundur kebelakang selangkah. And aku terus berhenti. Aku tahu kalau aku pergi dekat dia, dia akan lari.

Dasar pengecut, dia memang takguna. Buat aku sakit hati lepastu kalau aku nak pergi dekat dia memang dia akan melarikan diri takut kena belasah dengan aku.

Pengecut yaampun dasarrr anjir lor

"Nabil, kau tak puas hati apa dengan Iliya ? Ke kau nak dekat Iliya ha?" soal Aqis yang sudah lama berdiam diri

"cakap jelah apa kau nak, lepastu stop kacau kawan aku " kata Najihah pula lalu melangkah setapak kearah Nabil tapi Nabil mengundur. AKU DAH CAKAP DIA DASAR PENAKOT

" woi jalan tu kalau boleh jangan lari boleh kalau aku datang dekat , dasar pengecut " hambur aku kegeraman

" hah apaa tak dengarr ?" kata Nabil sambil buat muka annoying namampos. Kalaulah afif dengan izham ada dekat sini memang Nabil ni tak berani nak kacau aku.

Aku menjeling seraya memeluk tubuh. Aku memandang kearah lain.

" jomlah jangan layan orang macam ni " kata aku dan menuruni tangga

"kau jangan ingat kau boleh bahagia dengan Aqim ! Dia akan lebihkan kawan dia berbanding kau !" jerit dia dan pergi dari tempat aku berdiri.

Aku menarik nafas dalam ,takut? Ya. Berdebar ? Ya. Rasa tergugat ? Tipula kalau aku tak tergugat.

"weh kau okey?" soal Alia perlahan. Dia jadi sayu sekejap sebab dia tak boleh move on lagi dengan Nabil.

"aku okey, kau tu kena okey" jawab aku dan senyum nipis

"rilek wei, kalau Aqim dengar cakap dia. Kau pegang kata kata aku, aku akan tumbuk muka dia sumpah!" kata Najihah dan menepuk bahu aku

"kitorang ada janganla risau eh? " kata Alia pula. Aku tersenyum nipis tapi manis. Beruntung dapat kawan macam ni. Kalau dapat yang talam memang naya hidup aku

Habis sahaja rehat aku pergike tandas, aku hamburkan tangisan aku di dalam tandas seorang diri. Dalam beberapa minit aku keluar dan basuh muka.

Aku termenung memandang cermin tandas ,menunggu sisa tangisan reda. Taknak orang soal aku menangis ke apa nanti.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now