Bab 35 ILoveYou!

13.3K 1K 441
                                    

"eh aku baru perasanla" kata Allysa

"apa weh?" soal Ain

"ni lah,kenduri maksu ni buat karoke kat sana" ujar Allysa dan memuncungkan bibir kearah dj yang duduk di bahagian tepi tempat pengantin makan.

Kelihatan dj sibuk memasang lagu selamat pengantin baru dan sebagainya. Patut riuh pun kenduri maksu dengan lagu ni. Tak terfikir pula maksu upah dj kat kenduri dia.

"ha pergila nyanyi" kata Ain sambil menepuk lengan Allysa.

"alaa aku malu!" rengek Allysa

"gedik siot" kata aku dan gelak terbahak bahak keluar kahak.

Ew gurau je.

"weh weh iliya" Ain menempel disebelah aku. Manakala aku hanya mengumam sambil memfokuskan kuih yang aku nak ambil dan letak dalam mangkuk.

"tunang kau tu nama apa?" soalnya. Sempat aku berdecit bila suara Allysa ketawa dibelakang aku

"dia punya busybody duh" sampuk Allysa

"entah kau,sibok je " kata aku dan menutup mangkuk kaca. Aku hanya ambil cupcake coklat ,kek lapis dan puding jagung.

"alaaaa kedekut!" rengek Ain
Aku tolak wajah Ain bila dia dari tadi nak menempel dengan aku. Rimas pula eish.

"eh wait" Allysa memegang lengan aku apabila aku mula melangkah menuju ke tangga rumah.

Entah macam mana la Harraz tu jaga anak buah aku tu.

"asal?" soal aku

"tunang kau kat dalam kan.."suara Allysa mula serius

"woi dua mangkuk ayun tu pun duduk selfie kat dalam. Weh naik cepat woi!" kalut Ain dan mendahului aku menaiki tangga rumah.

Aku dengan Allysa pun turut menjadi kalut seperti dia. Gaya aku macam Harraz tu laki aku pula

Eh nope,bakal suami

Sampai sahaja di dalam rumah,kelihatan Harraz duduk bersila di atas lantai kayu tepi pintu rumah family paksu baru aku.

Dan membuatkan aku rasa meluat adalah,
Dhia dah Suraya sudah duduk bersimpuh di kiri dan kanan Harraz.

Juga ,diorang sibuk acah acah friendly dengan anak buah aku si Yani tu. Yani tu pula duk merengek di ribaan Harraz sebab dia mesti anti dengan dua nenek sihir tu.

Acah friendly dengan anak buah aku konon padahal nak MENGELENYAR,MENGGEDIK,MENGGELETIS dengan tunang aku.

"eh iliyaa! "tegur Dhia dengan senyuman manis tapi aku yakin tu memang fake namampus. Takkanla nak tunjuk perangai hanat dia kat depan jejaka hensem sebelah dia tu kan.

"ambil la anak buah kau ni,sian abang Harraz tolong jaga. Jangan menyusahkan orang boleh tak?" soal Suraya dengan nada melenggok ke arah aku.

And haha,wow diorang tahu nama Harraz. Wow,lambat sangat ke aku naik sini?

Aku pandang wajah Harraz,dia juga macam terkilan dengan kata kata Suraya. Bunyi sopan tapi cara percakapan memang fail. Nampak sangat biadap

Tanpa banyak cakap,aku terus menghulur bekas kuih aku kearah Allysa. Dia juga faham akan maksud aku terus mengambil huluran aku.

kemudian aku menghampiri Harraz dan tubuh kecil Yani itu aku ambil dan dukung hingga ke tangga di luar rumah.

"maafla kalau menyusahkan encik Harraz yer?"sempat aku berkata begitu dengan senyuman sinis ke arah Harraz.

"kita makan kat tangga ni la,rimas pula aku dengan diorang" kata aku dan Ain dan Allysa hanya angguk tanpa berkata apa apa.

(End iliya humaira p.o.v )

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now