Bab 48 Final.

21.8K 988 189
                                    

Spe nk join grup whatsapp bleh tekan link kt bio account wattpad aq. Caw

.
.
.

"Iliya balik dengan apa?" soal Puan Susan sambil menyuap sesudu nasi goreng cina ke dalam mulutnya.

Iliya mengangkat bahu
"grab la kot" balasnya sepatah.

"saya hantar" celah Harraz tiba tiba

"Saya balik dengan grab. Thanks for the offer" kata iliya malas .

"saya kata balik dengan saya" Harraz cuba bertegas,ey degil sungguh ini budak.

"saya kata balik dengan grab!" balas iliya sambil mengerutkan dahinya. Apasal nak arah arah ni? Orang dahla sakit hati dengan dia

"saya!" balas Harraz tak mahu kalah. Dia menghempas sudu dan garfunya di atas meja dan merenung Iliya yang memang tak mahu kalah.

"grab!" Balas iliya dan menghentak sudu dan garfu di atas pinggannya.

"eyy dah dah la tu, Harraz hantarla selamat lagi jimat lagi" tegur Puan Susan tiba tiba untuk menghalang peperangan daripada berlaku.

Iliya hanya mengangguk sahaja biarpun dia tidak rela,takkan nak hampakan bakal mak mertua?

Harraz pula seperti mahu mendabik dada . Yey yey aku menang! Dia tersenyum ke arah iliya yang dari tadi masam mencuka wajahnya.

Semenjak kejadian tidak diingini di kolej tadi,Iliya lansung tak mahu bertegur sapa dengan Harraz.

Suasana di meja makan sekarang pun sudah mulai sunyi dan hanya dipenuhi bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan.

Puan Susan mengangkat kening dan memerhati tindak tanduk anaknya dan bakal menantunya yang hanya membisu dari tadi.

Naik hairan dia dibuatnya,selalunya ada je mahu dibahas iliya dengan Harraz. Takkanla anak dengan menantu jadi bisu lepas balik dari kolej tadi?

Iliya yang sedang mengunyah nasi goreng cina masakan Puan Susan hanya mendiamkan diri manakala ada sesekali Harraz berdehem untuk menghilangkan kejanggalan di meja makan.

Puan yang sudah menghabiskan makanannya hanya mengeluh dan bangun dari kerusinya . Serentak dengan itu Harraz dan Iliya mengangkat wajahnya.

"Nak ke mana?" soal mereka serentak sebelum memandang antara satu sama lain lalu iliya pantas memalingkan wajahnya kearah lain.

Harraz menghela nafas ringan,dia menyambung aktiviti makannya dan Puan Susan sudah tersenyum kecil, bergaduh manja ke?

"mama nak basuh pingganla,apa lagi" Puan Susan tersenyum senget sebelum melangkah ke arah dapur yang terletak di sebelah ruang makan.

Hilang sahaja kelibat Puan Susan,suasana di meja makan makin kelam dan sunyi. Harraz berdehem lagi sekali dan memandang cik tunang yang masih berjauh hati dengannya tadi.

Tunduk je dari tadi,

Tanpa rasa bersalah Harraz bertindak menyepak perlahan kaki iliya di bawah meja

Iliya hanya buat tak endah. Dia kembali menguis nasi goreng dengan sudu. Bukan makan sangat pun.

Harraz bukan kenal erti putus asa,dia kembali menyepak kaki iliya ,kalini lagi kuat.

"ish,Nak apa!?"

"nak sayang" balas Harraz secara sarkastik, nada suaranya sengaja dicomelkan.

Iliya,jangan cair please

"sayang" panggil Harraz lagi,kalini Iliya menggulingkan bebola matanya tanda menyampah.

"sayang.."Gadis itu masih diam tak berkutik.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now