Bab 22 Replace ❤?

14.5K 1K 175
                                    

"awak stay sini sampai pukul berapa?" soal iliya sambil mengunyah biskut chipsmore. Dia melunjurkan kaki dan duduk bersandar di kepala katil.

"sampai awak rasa nak balik.."Harraz menjedakan ayat. Dahi iliya berkerut.

"tak suka ke saya kat sini?" soal Harraz dengan muka kereknya. Iliya mencebik,muka tu memang minta penendang.

"tak la,siapa kata tak suka? " soal iliya perlahan. Matanya merenung anak mata Harraz yang menunduk bermain iphone 8 nya. Entah apa yang kusyuk sangat.

Chat betina lain ke? Eh positif iliya..kalau ya pun asal kau nak jealous nak kisah pula. Kau bukan suka Harraz tu ,bisik hatinya sendiri.

"cara awak tanya macam nak tahu bila saya nak blah"kata Harraz. Nadanya mendatar tapi dia masih fokus terhadap phonenya itu.

Iliya agak terkedu, alaaa dia dah salah faham..

Merajuk ke?

"takla....saya suka..tak tipu" Iliya jatuhkan kening berkerut sayu, siapa la tak suka ada lelaki kacak teman kita time sakit.

Hakikatnya dia bukan sakit pun. Saja malas masuk kelas. Dasar,

"awak suka?"

"suka!"

Harraz angkat muka,serentak dia merenung kedua belah anak mata gadis mengunyah biskut itu.

Kunyahan iliya terhenti secara drastik,terasa ada aliran kuat melalui pandangan mata jejaka itu.

Harraz angkat kening bila iliya masih merenung anak matanya,mulut gadis itu sudah berhenti mengunyah tetapi mata bundar itu masih galak merenung matanya dengan berani sekali.

Harraz apa lagi,dia turut membalas renungan itu. Lengan kirinya dipaut pada penyandar kerusinya manakala tangannya masih memegang phonenya.

Bibirnya terukir senyuman kacak yang agak sinis,cukup buat gadis di luar sana bersawan babi.

Dahi iliya berkerut apabila mata tajam lelaki itu masih memanah matanya sehingga bergetar tulang rusuk dan tulang bontot.

Harraz tak berkelip merenungnya seakan mahu terkam sahaja. Kau jangan Harraz,dengan cara camni aku yang terkam kau dulu baru terperanjat kau nanti

Tersentak dia bila Harraz menjungkit kening dengan cara yang agak seksi...

ARGHHHH AKU TERGODAA AKU TERGODAAA

Terus wajah putih kemerah merahan itu bertukar merah semerah darah period.

Sepasang mata bundar itu dijatuhkan merenung biskut pula. Harraz tersenyum.

Senyumannya yang sinis tadi kendur menjadi senyuman manis . Tersenyum lebar bibir jejaka itu sebelum tergelak menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"renung sikit je dah merah cam apa.."Harraz menjedakan ayat dia..

Dia menundukkan kepala dan mendekatkan kepada muka gadis itu. Dengan nakalnya dia mengendap wajah gadis itu yang masih kaku.

"lepas kahwin nanti tak tahu jadi apa"kata Harraz lalu meniup muka iliya yang masih kaku.

Iliya terkejut,dia mengerutkan kening buat muka tak puas hati. Matanya dikecilkan sebelum dia menolak wajah Harraz dari dekat dengannya.

Sedap sedap mulut dia menghembuskan nafas terakhir dekat muka aku. Kau ingat wangi?

Tapi memang wangi pun....aumm

"tumbuk kang!" balasnya sebelum menarik bantal di bawah punggungnya dan dipeluk rapat ke dada.

"nanti lepas kahwin mesti tak keluar selimut kan?"

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now