Bab 23 Argue?

12.8K 952 86
                                    

Dihempas kuat pintu rumah dengan perasaan yang bercampur baur. Kunci kereta dicampak sembarangan ke atas sofa berpetak tiga sebelum dia merebahkan tubuhnya.

Di renung lampu chandelier di atas siling rumahnya yang betul betul atas kepalanya.

Dipejam seketika sepasang matanya lalu sebelah lengan kirinya naik menutup dahi,terasa haba suam suam panas di dahinya.

Iliya..

Iliya Humairah..

"urhhhhhh" dia menekup mukanya sebelum badannya berpusing untuk meniarap. Disembam wajahnya di atas permukaan sofa,biarla sukar bernafas. Kalau mati pun tak apa

Bukan iliya sayang aku pun

Tangan kirinya mula menyeluk kedalam poket sebelum iphone 8 di dalam poket kirinya dikeluarkan.

Sambil meniarap dia membuka aplikasi whatsapp,dan benda pertama yang dia tuju adalah contact iliya.

Queen👑
Online

Belum beberapa saat, status online gadis itu bertukar kepada last seen.

Harraz mencampakkan iphone 8 ke atas belakang badannya sendiri sebelum mengeluh berat.

"aku merajuk ni, minah tu taknak pujuk aku ke apa?"
Keluh Harraz perlahan sambil menghentak hentak kakinya di penghadang sofa.

"Harraz! Duduk elok elok! Rosak sofa mama nanti!" jerit Puan Susan apabila anak terunanya seakan bertukar menjadi budak budak terloncat loncat

Sepantas kilat,Harraz bangun lalu menukar posisi duduknya kepada bersila di atas sofa. Senyuman tak bersalah ditayang sementara tangan ligat mencapai iphone 8 yang sudah menggelongsor ke hujung sofa.

"bila lagi balik? Dah ambil iliya dah? Dia macam mana?" soal Puan Susan lalu melabuhkan punggung ke atas sofa berpetak satu berhadapan Harraz.

Makin down pula si Harraz bila nama gadis itu terbit dari mulut Mama kandungnya itu,

Adeh,mama ni.. Harraz dahla tengah broken dia boleh pergi mention

Harraz hanya diam dam hampir termenung, dah Puan Susan duk tenung je dia,memang tak ar nak termenung. Nanti kena sebat dengan pembaris kayu

"Hey,Mama tanya ni?" soal Puan Susan, suram saja muka anak sulungnya itu. Seperti baru mati bini

"erm, iliya okey je Mama..cuma tudung dia jela kotor sebab kena bola tapi so far dia okey sihat walafiat . Kalau mama nak suruh dia angkat guni beras pon larat je mama" kata Harraz sambil tersengeh. Membulat mata Puan Susan

"eh apa kamu ni,kalau ya pun patutnya kamu yang akat guni beras. Ada anak lelaki kenapa nak harapkan bakal menantu yang perempuan tu?" leter Puan susan sambil menepuk dahi. Harraz ni niat nak bergurau tapi tak bertempat kadang kadang.

Harraz tersenyum nipis sambil menunduk bila mendengar kata kata Puan Susan

"bakal menantu"

Harraz mengeluh,ada ke jodoh dia dengan si iliya tu? Nampak gaya macam tak boleh lepas lagi je si Aqim

Puan Susan mengangkat kening melihat reaksi nak lelakinya, nalurinya sebagai ibu mengatakan Harraz mungkin ada masaalah hari ini.

"Ada masaalah ke? Cerita la dekat Mama" Puan Susan menayangkan senyuman nipis buat anak tunggalnya itu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"wei kau dah balik? Aku ada beli ramen ni wei jom ramen challenge!" jerit Alia di ruang tamu bila Iliya baru sahaja masuk ke dalam rumah. Kasut sekolah disusun rapi di atas rak kasut.

Iliya mengukir senyuman nipis,sorokkan kesedihan? Yer itu kepakarannya.

"okay cun,jap aku nak mandi " kata iliya dan terus mengangkat tangan ke arah Alia yang masih terbongkan depan tv.

Kelihatan Najihah dah tidur ternganga atas sofa sampai keluar air liur bewarna coklat. Konfem minum milo tak ajak.

Sampai sahaja di dalam bilik,diletakkan beg sekolah di atas meja. Kalau di rumah di letak merata tapi disebabkan kini dia berkongsi dengan Aqis terpaksala dia menjadi seorang pembersih.

"Aqis kau mandi ke tu?" soal Iliya sambil melihat ke arah pintu tandas yang kelihatan cerah kerana lampu di dalam tandas. Bunyi pancuran air hujan kini menyapa gegendang telinga.

"ya! Kau nak mandi ke!?"
Di sembam muka ke dalam bantal peluknya sekuat hati sambil terpejam pejam mata gadis itu. Diikutkan hati mahu sahaja dia jerit, tapi nanti Najihah,Aqis dan Alia terkejut beruk susah pula nanti.

"ya! Cepat weh mandi,Alia tu ajak buat ramen challenge !" kata Iliya sebelum dia terjun ke atas katil.

Tudung sekolah dicabut kasar sebelum disidai malas malas di penghadang kerusi yang berhampiran.

"kejap!" jerit Aqis.

Ditekup wajahnya di atas bantal golek sebelum dia berguling ke satu sudut mencari phonenya.

Alat pengecas yang tadi setia berada di bontot phonenya dicabut kasat sebelum dia berguling balik atas katil.

Dengan tak mandi dengan baju sekolahnya,harap muka cantik tapi perangai ya tuhan.

Aplikasi whatsapp dibuka sebelum contact
'King👑' ditekan

Okay Harraz masih online....

Ditenung pula perkataan online di bawah nama kenalan Harraz itu. Bukan nak memujuk malah ditenung.

Bertindak weh bertindak!!

"dia marah aku ke.."bisik iliya perlahan sebelum berguling menelentang. Habis terselak kain sekolah bewarna birunya ke bawah lutut. Fuh syekshi

Keyboard ditekan sebelum dia mula menaip

Harraz,awak marah saya ke tu??

Iliya termenung seketika. Selang beberapa saat dia delete balik apa dia tulis.

Keyboard menjadi sasaran tempat jari jemarinya menari. Ayat lain pula cuba disusun.

Hai buat apa tu??

Ehhh! Apa aku ni,dah sah sah tengah gaduh sekarang ni. Memang kena terajang ar nanti.

Delete delete!!

Halluu berak ke tuww ??

Arh siot.

"umi,,,iliya tak reti pujuk orang huwarghh!!"
Jeritnya separuh berbisik.

Habis dia delete balik ayat dia dan jarinya kini hanya kaku di atas permukaan skrin . Termenung lagi ,tak tahu nak bertindak apa.

"WOI!"jerit Aqis yang entah dari mana muncul berdiri sambil bercekak pinggang di pintu tandas. Dengan simpulan tuala gulung di atas kepala serupa siput sedut.

"ARGH!"
Hampir terpelanting phone gadis itu di atad muka,tapi sempat disambut.

"DENGAN BAJU TAK SALIN DAH LANDING ATAS KATIL,KAU TAHU TAK KOTOR EEEE!! PASTU KAU GOLEK GOLEK YA ALLAHHH KAWAN AKU NI,DAHLA HARITU AKU NAMPAK BAJU DALAM SPENDER BRA KAU LETAK MERATA,BAWAH KATIL LA TEPI SINKI LA,TEPI MEJA SOLEKLA. YA TUHANN BETUL KE KAWAN AKU NII!?" pekik Aqis nyaring

"alaaa rilekla .."cepat cepat iliya bangun dan menjauhi katil,takot ada benda lain meletup nanti

Dan tanpa disedari,akibat phone hampir terpelanting..iliya terakam voice apa yang Aqis bebel dan tersend dengan selamat kepada Harraz.

Mampus kau iliya malu sakan di next chapter

Tbc❤ malam nanti aku update. Sila komen bebanyak hiks

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now