Bab 26 Cooking🍳

13.5K 1K 51
                                    

"takpe ke kalau Mama tak tolong..aih risaula mama"kata Puan Susan seraya menjeling Harraz yang acah pekakkan telinga dan berdiri dihadapan sinki sedang membilas periuk yang bakal digunakan selepas ini.

"takpe ma..jangan runsing sangat!" Iliya ketawa kecil sambil menyentuh pelan lengan bakal ibu mertuanya itu.

"bukan apa,last Harraz masak kan habis berlubang atap dekat atas dapur gas tu. Masak maggi je pun! Memang tu last mama kasi dia masak. Aihhhh risau !" Puan Susan memegang kepalanya sambil memandang wajah tunang anaknya itu.

"Mama! Jangan malukan Harraz" rungut Harraz ketika meletakkan periuk bersaiz sederhana bewarna perak di atas kitchen island.

"eh betul mama cakap," Puan Susan menjegilkan mata kearah Harraz yang berdiri di belakang iliya itu sebelum mengalihkan pandangan ke arah Iliya yang sudah ketawa sakan.

Melihat raut wajah manis gadis dihadapannya sedikit sebanyak membuatkan dia berasa agak lega sedikit.

"boleh ke ni tinggal?.."

"mama,trust me"pujuk iliya lagi. Kali ini dia memegang kedua bahu Puan Susan dan dipusingkan menghadap pintu keluar dapur

"sekarang mama tunggu makanan ready yer. Mama rest rest sekarang" kata Iliya lagi dan membawa Puan Susan keluar dapur

Iliya tersenyum lebar menampakkan giginya yang tersusun rapi sambil memandang Puan Susan yang menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.

Hilang sahaja kelibat Puan Susan,berdecit Iliya berlari anak ke dapur semula.

Masuk sahaja ke dapur dia dikejutkan dengan..

"Harraz!" pekiknya. Terperanjat jejaka itu dibuatnya.

Belum sempat Harraz berkata apa apa,iliya terus mara kearahnya dan menutup api dapur gas.

Dilihat kandungan di dalam periuk yang Harraz baru nak masak tadi.

"awak nak bakar rumah ke!?"

"hah??"

Periuk itu ditunjuk dengan jari telunjuk. Harraz hanya jenguk sekilas. Lalu dia angkat kening dan tayang muka blur.

"kenapa?"

"awak boleh tanya kenapa!? Gila ke ? Mana boleh awak masak makaroni kering camni. Hangit la nanti. Orang tambah air kalau nak rebus makaroni. Ya allah tak tahu ke!?" bebel iliya lalu mencapai sarung tangan bewarna hijau tua lalu diangkat periuk itu menuju ke sinki.

Dipulas kasar pili air lalu ditadahkan air ke dalam periuk yang berisi makaroni itu. Sambil sambil itu dia mengeluh,patut la Mama risau sangat dengan anak teruna dia ni.

Bahaya memang bahaya punya!

"iliya"panggil Harraz bila iliya hanya diamkan diri selepas membebel. Setelah air berada di dalam periuk menyamai sukatan kehendaknya ,dia terus tutup pili air dan berjalan ke arah dapur gas tanpa memandang Harraz yang setia mengikuti langkahnya dari belakang.

"iliya.."

"lain kali tanya jangan memandai" Iliya menunduk sedikit ketika membuka api dapur dan menentukan api sederhana sebelum dia bergerak ke arah kabinet.

Harraz mengeluh,dia juga kelu lidah tak tahu nak cakap apa. Tapi dia hanya mengikut gerak geri si tunang.

"minyak kat mana?" soal Iliya

"minyak apa?"

"ikutla minyak apa pun,kalau olive oil lagi okay" kata iliya dan menunduk menyelongkar bawah kabinet.

Harraz tidak menjawab tapi bergerak ke arah kabinet yang berada betul betul atas kepala Iliya.

Dia membuka kabinet itu lalu diambil minyak zaitun yang iliya cari. Disebabkan ketinggiannya, senang untuk dia mencapai minyak zaitun tersebut.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now