01

184 21 20
                                    

-***-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-***-

Hae Yoon's~



Aku melabuhkan duduk di meja makan berhadapan Taehyung dan di sebelah Yeonjun yang sudah melahap makanan terlebih dahulu.

"Yeonjun..appa dah pesan kan?nak makan kena tunggu orang lain dulu..dah 20 tahun pun tak reti lagi."Tegas sahaja appa menegur tetapi masih dalam nada yang lembut.

Inilah appa angkat aku.Nama dia Cha Seung Woo.Dia yang membesarkan kami bertiga sejak aku dan Yeonjun berumur 6 tahun.

Yeonjun sekadar tersengih seraya meletakkan kembali ayam goreng yang sudah hampir licin diratahnya.Taehyung pula sekadar mendiamkan diri sambil bermain telefonnya di bawah meja.

"Okey...semua dah ada?jom makan.Taehyung, telefonnya letak tepi dulu."

Taehyung mengangguk kecil sebelum mencapai sudu dan menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Aku terasa macam nak makan ayam goreng tapi bila aku tengok balik dalam pinggan tu,cuma ada seketul saja.Baru sahaja aku nak ambil,ada satu lagi tangan yang turut memegangnya.

Aku toleh mata ke empunya tangan.

Taehyung rupanya.

Nak tak nak aku terus mengalah sebab dia dah bagi aku pandangan maut.

Tapi,lain yang aku fikir lain yang jadi sebab Taehyung tiba-tiba sahaja meletakkan ayam goreng yang aku nak ke atas pinggan aku.

Aku terharu huhu...

Sedingin dia pun rupanya masih ada taman dalam hati dia.

"Hae Yoon..kelas harini macam mana?"Appa tetiba membuka suara untuk memecahkan kesunyian di meja makan.

"Erm..okey je..tiada masalah.."jawabku sambil tersenyum manis ke arah appa walaupun sebenarnya harini memang hari yang tidak okey bagi aku.

"Okey?Kalau appa nak tahu..Hae Yoon ni kena marah dengan pensyarah kitaorang sampai tersedu sedan menangis sebab malu...dengan muka cemberut dia lepastu dia ponteng ke–Auch!sakitlah hyung!"

Kata-kata Yeonjun terus merubah riak ceria appa.Dia sememangnya pantang kalau anak-anak dia ponteng kelas atau apa tapi bukan salah aku pun.Aku cuma malu.Itu saja.

"Kang Hae Yoon..jelaskan sekarang."Aktiviti makan appa terus terhenti dan kini dia memandang ke arah aku dengan wajah yang sangat serius.

"Yoon..Yoon..."Aku terkelu lidah sebab tak sanggup nak berhadapan dengan appa lagi-lagi waktu dia dah bertukar sampai macam ni.

Yeonjun di sebelah terus melarikan diri terlebih dahulu manakala Taehyung kembali semula ke meja makan selepas mencuci tangan.

Nak tengok aku kena marah dengan appa la tu.

"Appa.. sebenarnya.. Taehyung yang bawa Hae Yoon keluar lepas dia call Taehyung pagi tadi.Lagipun,bukan salah dia.Kawan-kawan dia semua suruh dia siapkan assignment tu tapi bukan nak tolong dia."

Jawapan dari Taehyung membuatkan aku betul-betul terkejut sebab dia tak pernah nak bela aku lagi-lagi waktu genting macam ni.

Tapi,mana dia tahu yang kawan-kawan aku suruh aku siapkan assignment tu?

Takkan Yeonjun bagitahu?

Aku dengar appa mengeluh halus sebelum dia menunduk memandang meja makan.

"Yoon.. Taehyung..appa minta maaf sebab selalu bertegas dengan kamu bertiga.Yoon pula jangan takut nak kongsi masalah dengan appa..arasseo?"

Aku mengangguk sebelum mengeluh nafas lega.Aku pandang figura Taehyung yang sudah pun berlalu naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

.
.
.
.
.

Knock knock

"Who's there?"

"Hae Yoon si comel.."

Tidak lama kemudian muncullah muka Taehyung di balik muka pintu biliknya dengan wajah yang tiada secalit senyuman.

Dari kecil lagi, memang aku susah nak tengok dia senyum.

"Nak apa?"Soal dia dingin tanpa memandang aku.

"Tak..cuma..Hae Yoon nak ucap.."

Aduh,lidah ni pun buat hal waktu macam ni.Aku pandang wajah dia sebelum pandangan dia turut jatuh memandang aku.

"Macam mana dengan kerja abang Tae harini?Abang Tae mesti tengah sibuk sekarang kan?Yelah, abang Tae kan dah jadi CEO syarikat perfume appa." Kataku cuba untuk menghilangkan rasa kekok antara kami.

Dah lama tinggal sekali pun,Taehyung masih bersikap dingin dengan aku.

"Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?Kalau tak ada apa-apa, aku nak sambung buat kerja." Jawab Taehyung dingin sebelum ingin menutup pintu biliknya.

"K-KEJAP!" Aku tahan pintu bilik dia dengan pantas.Dia kembali membuka pintu bersama dahi yang dikerutkan.

"Hurm?"Uish,suara dia yang deep tu.

"T-terima kasih untuk tadi."Aku cium pipi dia sekilas sebelum lari masuk bilik aku yang hanya berhadapan dengan bilik dia.

Mata Taehyung membulat besar dengan tindakan Hae Yoon.Matanya tidak lepas memandang pintu bilik adik angkatnya sebelum hujung bibirnya perlahan-lahan tersenyum.

"Tch..budak-budak.."

To be continued...


To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-Cha Seung Won-


A/n: Jun akan update dua chapter untuk permulaan.

Stay Tuned!

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now