25

90 15 2
                                    

Haeyoon yang sedang duduk termenung memikirkan apa yang akan jadi dengan hidupnya selepas ini terus tersedar dari lamunan apabila ditegur ibu tirinya,Puan Kang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haeyoon yang sedang duduk termenung memikirkan apa yang akan jadi dengan hidupnya selepas ini terus tersedar dari lamunan apabila ditegur ibu tirinya,Puan Kang.

"Haeyoon? Kenapa asyik termenung ni? Bosan ke duduk sini?" Haeyoon menggeleng laju seraya mengukirkan senyuman nipis.

"Mana ada..lagipun Haeyoon yang buat keputusan untuk tinggal dekat sini."Jawab Haeyoon dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu pula ibu tirinya salab faham.Sejak Papa Won buat keputusan untuk jodohkan dia dan Taehyung, Haeyoon terus pindah ke rumah ibu tirinya bagi mengelakkan masalah lain timbul.

Well,sekarang kan zaman fitnah.

Puan Kang membalas dengan senyuman lebar lalu dia melabuhkan duduk di sebelah Haeyoon sambil memegang sebuah kotak.

" kotak apa tu?"

Puan Kang membuka kotak tersebut dan sebuah album mini dengan tanda nama Kang Yuchan dikeluarkan.

"Wah,ini gambar Chan waktu kecil ke?hahaha,giyowo!" Haeyoon membelek-belek gambar Chan sambil tersenyum teruja sehingga satu gambar menarik perhatiannya.

"Ini siapa?" Soal Haeyoon apabila melihat figura lelaki yang tak dikenali dalam gambar tersebut.

"Ini ayah kandung Chan..Dia meninggal waktu Chan masih kecil..dan dia juga berkawan baik dengan ayah kamu." Puan Kang menjawab dengan nada yang kian mengendur buatkan Haeyoon terasa serbasalah.

"Mian..jadi,ini bermakna..ayah Haeyoon bukan ayah Chan dan semua ini hanya salah faham?mama Yoon tahu tak tentang ni?"Puan Kang menggeleng sebelum menghela nafas berat.

" Waktu tu,kami masih baru di kota Seoul ni..dan ayah kamu yang banyak bantu keluarga eomma memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama."Puan Kang menarik nafas dalam sebelum menyambung kembali semula ceritanya dengan nada yang rendah.

"Sebulan selepas kelahiran Chan,dia pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya..Chan juga membesar tanpa kasih sayang seorang ayah."

Suasana yang tenang itu tiba-tiba menjadi sedih.Haeyoon sekadar mendiamkan diri mendengar luahan Puan Kang yang mungkin telah lama dia pendamkan.

"Maafkan eomma sebab jadi salah satu penyebab kamu kehilangan kedua orang tua kamu..eomma tak pernah berniat untuk kahwin dengan ayah kamu waktu tu...semua yang kami buat ni semata-mata untuk mengelakkan fitnah dari berlaku..eomma tiada siapa-siapa lagi setelah ayah Chan pergi dan ayah kamu yang selalu ada untuk tolong eomma jaga dan beri kasih sayang untuk Chan yang ketika itu masih kecil."

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now