16

80 15 10
                                    

Haeyoon's+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon's+

Hujung minggu yang paling aku tunggu telah tiba.Sementara menunggu kedatangan Chan ke rumah aku,lebih baik aku sediakan sarapan buat abang Tae dan Yeonjun yang masih lena diulit mimpi.

Benda yang simple yang selalu aku makan sarapan di waktu pagi.

Sandwich dan nasi goreng kimchi.

Sedang aku menggoreng nasi di dapur,bunyi derapan kaki dari arah belakang menyedarkan aku bahawa mungkin Yeonjun atau abang Tae sudah bangun.

"Umm,sedapnya bau.."

Aku terkejut apabila suara serak-serak basah seseorang menyapa gegendang telinga aku.Terlalu dekat sehinggakan aku jadi nervous tiba-tiba dan membuatkan tangan aku melecur terkena kuali yang panas.

"Auch!"

"Omo!mianhe Yoon.."Dia menarik jari aku yang melecur lalu ditiup.

" Macam ni mana boleh baik..kena letak minyak gamatlah.."Kataku seraya menepis tangannya lalu ke arah rak yang menempatkan kotak first-aid.

Aku cuba menjengketkan kaki untuk mengambilnya.Yeonjun cuba untuk membantu tetapi aku tak bagi.

Sekali lagi aku cuba untuk mengambilnya. Kali ini,aku menggunakan kerusi dapur.

Berjaya.See,aku tak perlu pun nak minta bantuan sesiapa.

Tapi,kegembiraan aku tak lama apabila kaki aku tergelincir waktu nak turun dari kerusi.

Aku tutup mata dan redha.

Selang beberapa minit,aku tak terasa apa-apa.Rupanya ada seseorang yang menyambutku.

Guess who?

"A-abang Tae?" Aku telan payah saliva aku bila jarak Taehyung dengan wajahku hanyalah beberapa inci.

Yeonjun disebelah sudah berdehem.Kotak first aid yang diambil dari lantai diletakkan di atas meja dapur dengan kasar sebelum berlalu pergi dari dapur.

Duh,permulaan hari yang tak baik buat aku.

----***----

"Abang Tae..harini Haeyoon nak keluar sekejap." Kataku sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Pergi mana?"

"Keluar sekejap dengan kawan..bolehlah ya.."

"Hmm.."

Aku toleh pula kearah Yeonjun. Dia terlihat makan tanpa mempedulikan aku.

"Haeyoon!"

Aku menoleh kearah tingkap dan ternyata Chan sudah berada di hadapan pintu pagar rumahku.

"Yoon pergi dulu ya..Yeon,jangan lupa jumpa Minji dekat kafe hujung sana tu..kesian dia tunggu lama.." Pesanku sebelum bergegas mengambil beg galas kecil di sofa ruang tamu.

Author's+

Taehyung dan Yeonjun pula sama-sama menghantar pemergian Haeyoon dengan pandangan yang yang tidak lepas.

"Siapa dia?" Soal Taehyung sebelum bangun dari duduk menuju ke sinki.

Yeonjun asyik melihat Haeyoon bersama Chan yang nampak mesra sehingga mereka berdua hilang dari pandangannya.

"Chan,junior Yeonjun.." Jawabnya pendek.

----***----

Minji yang duduk di kerusi sambil membetulkan rambutnya menunggu Yeonjun dengan sabar.

Sudah hampir setengah jam dia menunggu di kafe tersebut tetapi figura Yeonjun masih belum kelihatan. Sesekali dia melepaskan keluhan.

"Gwenchana Minji..mungkin Yeonjun lambat sikit.." Katanya untuk memujuk hatinya.

Jam tangan dikerling sekilas.

Dia masih lagi menunggu dengan sabar.Lagipun, ini adalah kali pertama dia mahu meluahkan perasaannya.

Dia pun tak pasti adakah pilihannya adalah betul.Tapi,hatinya terus mendesak.

Selang satu jam,Yeonjun akhirnya muncul.Minji yang hampir putus asa menunggu terus segar semula apabila lelaki itu melabuhkan duduk disebelahnya.

"Maaf lambat.." Kata Yeonjun dengan riak kosong.

"Tak apa..nak minum apa-apa tak?" Tanya Minji tetapi mendapat gelengan Yeonjun.

"Aku dah makan dekat rumah tadi."

Minji diam seraya mengangguk.Melihat reaksi dan percakapan Yeonjun, gadis itu mengagak Yeonjun tiada mood.Tapi,dia masih lagi berkeras untuk luahkan apa yang terpendam.

"Sebenarnya saya ajak awak datang sini sebab.." Dia menarik nafas dalam sebelum mengangkat muka melihat Yeonjun yang memandangnya dengan kening sebelah dijungkitkan.

"Saya sukakan awak Yeonjun.." Luah Minji dalam satu nafas.

"Minji.."panggil Yeonjun sebelum dia menghela nafas berat.

"Ya?"

"Aku minta maaf..tapi, aku sukakan orang lain..maaf,aku tak boleh terima luahan kau."

Jawapan Yeonjun mengundang tawa kecil Minji.Lelaki itu memandang Minji dengan riak pelik.Aik,gelak?

"Saya dah agak itu jawapan awak..tapi saya sengaja mencuba nasib..Yeonjun sukakan Haeyoon kan?" Soalan Minji buatkan Yeonjun menggaru leher belakangnya.

Dia ingat gadis itu akan memarahinya disebabkan kelewatannya dan juga penolakan luahan gadis itu.Tapi,lain pula yang jadi.

"Jangan risau Yeonjun.. Saya akan simpan rahsia ni..dan saya tak kisah awak lewat sebab saya sempat keluar tadi pergi kedai lain sementara tunggu awak tadi.."

Kata Minji seperti sudah mengetahui apa yang Yeonjun fikirkan.

"Jangan risau..saya tak marah pun.." Kata Minji.

"Maaf sebab buat kau tertunggu tadi.Aku sakit perut tadi sebab tu terlambat.." Jawab Yeonjun jujur seraya tersengih.

To be continued...

A/n ; -,-

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now