05

110 17 10
                                    

Haeyoon's+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haeyoon's+

Aku berjalan sambil memandang sekeliling. Takut-takut ada sesiapa tengah perhati aku kan.

Kereta abang singa aku yang berada di hadapan pagar universiti menjadi tujuan aku.

"Mian lambat.." Kataku sebaik sahaja berjaya memasuki perut kereta.Taehyung sekadar mengangguk lalu dia bergerak meninggalkan perkarangan universiti aku.

"Umm,kenapa harini abang Tae ambil Yoon?Papa Won sibuk eh?" Soal aku untuk memecahkan kesunyian dan situasi kekok dalam kereta ini.

"Hmm.." Sepatah saja yang keluar dari mulut.Aku mengeluh halus lalu membuang pandangan ke arah luar tingkap.Tanpa sengaja,aku ternampak  Minji dan Yeonjun sedang duduk berdua sambil berbual di stesyen bas.

Wah,mesra betul.

Aku mencebik lalu berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain.

"Kau dah makan tengahari?" Soalan dari Taehyung buatkan aku terkejut.Dia tanya aku dah makan ke belum?Aku tak salah dengar kan?

"B-belum.."

Dia mengangguk sebagai tanda balasan untuk jawapan aku.Aku mengerutkan dahi.Itu je dia nak tanya?Itu saja!?

--***--

"Yeonjun..awak memang dah kenal Haeyoon ke?" Soalan tidak dijangka dari Minji buatkan Yeonjun refleks ketawa kecil.

"Ya,saya dah lama kenal dia.." Jawab Yeonjun sambil tersenyum lalu dia memusingkan kepalanya ke arah Minji.

"Tapi, kenapa dia buat-buat tak kenal awak?" Soal Minji lagi.Yeonjun menarik nafas dalam lalu memandang semula ke arah jalan raya yang sibuk.

"Ada sebab kenapa dia buat macam tu..awak pula jangan tanya dia lebih-lebih,Arasseo?"

Jawapan Yeonjun buatkan Minji mencebikkan mulutnya.Kenapa pula dia tidak boleh bertanya lanjut sedangkan Haeyoon itu kawan baiknya?

"Tapi.."

"Bas dah sampai.." Potong Yeonjun lalu berdiri dan berjalan memasuki perut bas yang sudah berhenti di stesyen bas tersebut.

.
.

"Tumpang lalu.." Pinta Yeonjun kepada beberapa orang awam untuk memberikan dirinya dan Minji laluan memandangkan terdapat dua buah kerusi yang kosong di bahagian belakang bas.

Yeonjun duduk terlebih dahulu sebelum Minji tetapi bas yang tiba-tiba bergerak membuatkan Minji hilang keseimbangan dan akhirnya terjatuh ke arah Yeonjun.

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now