38

58 11 2
                                    

Playing now : Afraid by Day6

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Playing now : Afraid by Day6

♥♥♥

Kasut yang berada di dalam rak segera dicapai sambil mulutnya penuh dengan sekeping roti.

"Eomma..Haeyoon pergi dulu ya!"Laung Haeyoon sebelum bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah.

"Okey..hati-hati!"

Baru beberapa langkah Haeyoon berjalan,sebuah kereta yang cukup dikenali Haeyoon berhenti betul-betul dihadapannya.Cermin tingkap diturunkan seraya melambai kecil kearah gadis itu yang terkejut dengan kehadirannya.

"Eo?Abang Tae.."

"Jom..aku hantarkan.."

-

Suasana di dalam kereta sunyi sahaja.Tiada seorang pun bersuara.Sesekali Taehyung mengerling sekilas kearah Haeyoon yang sedang melihat pemandangan dari tingkap kereta."E'ehem.."

Deheman Taehyung buatkan gadis itu menoleh kearahnya."Sakit tekak ke?"

"Anniya..aku okey..kau pula?kenapa sejak dua menjak ni,kau nampak lain? Aku tahu kau penat sebab jaga Yeonjun lepas habis kelas..kalau boleh,lepas ni..biar aku je yang jaga."

"TAK!TAK BOLEH!"Tiba-tiba sahaja Haeyoon meninggikan suaranya menyebabkan Taehyung terus memberhentikan keretanya secara terkejut.Mujur sahaja kawasan yang mereka lalui lengang tanpa kenderaan yang lalu-lalang.

Haeyoon yang tersedar suaranya meninggi dan buatkan Taehyung membrek kereta secara mengejut terus menunduk dengan perasaan yang serbasalah."Kau okey?"

Taehyung menyoal sebaik sahaja dia meletakkan kenderaannya di bahu jalan.Haeyoon mengangguk kecil.

Lelaki itu menghela nafas berat lalu tangan kanan Haeyoon digapai dan digenggam erat."Kalau ada masalah..bagitahu aku.Jangan pendam dalam hati."

Haeyoon mengangguk sekali lagi sebelum perlahan-lahan mengangkat muka memandang wajah Taehyung."Mianhe ..."

Secara tiba-tiba Haeyoon menangis teresak-esak.Entah kenapa,emosinya sering terganggu ditambah pula fikirannya asyik terfikirkan tentang apa yang Tuan Soo cakap kepadanya.

"Saya nak kamu jauhkan diri dari Yeonjun.."

"Kamu pembawa malang.."

"Selepas Yeonjun sedar..saya nak kamu tinggalkan dia.Biarkan dia mulakan kehidupan baru di Amerika."

Semakin lebat air matanya mengalir sehingga tersedu-sedan buatkan Taehyung jadi gelabah.Dia tidak tahu apa yang sedang menganggu fikiran gadis itu.

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now