12

82 12 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon's+


Aku masuk bilik dan terus merebahkan badan aku ke atas katil.Fuh,lega lepas dapat baring dengan selesa macam ni.

Tapi,fikiran aku mulai berfikir tentang apa yang diceritakan oleh Chan di kafe tadi.

Aku rasa dia banyak tahu pasal keluarga aku lagi-lagi tentang ibu tiri aku.Sedangkan,aku tak pernah cerita tentang ni dekat siapa-siapa kecuali Papa Won.

"Haih,tak apalah..hujung minggu ni..kita tengok apa yang Chan cuba sampaikan tadi." Omel aku sendirian sebelum mata aku tertancap pada sebuah beg kertas di atas meja belajar.

Tanpa melengahkan masa,aku bingkas bangun dari pembaringan dan menuju ke arah beg kertas tersebut sebelum mengeluarkan isi di dalamnya.

"Wow,Pandora necklace?agaknya siapa yang bagi erk?hmm..nak kata bagi sebab harijadi aku..lambat lagi."

Aku ambil rantai berbentuk bulan tersebut dan menuju ke arah meja solek untuk mencuba pakainya.

"Cantiknya..walaupun nampak simple..tapi siapa yang berikan aku hadiah mahal-mahal ni?tak mungkin Yeonjun..jangan-jangan abang Tae tak?"

Aku kembali ke meja solek dan meneliti lagi isi beg kertas tersebut dan satu nota kecil yang terselit menarik perhatian aku.

To:Haeyoon

Aku tahu birthday kau lambat lagi.Tapi,sengaja aku belikan rantai ni sebab aku tak pernah belikan hadiah birthday kau sebelum ni.Anggaplah ini hadiah birthday kau untuk tahun-tahun sebelumnya.Aku harap kau suka.Kalau boleh aku nak tengok kau pakai rantai ni setiap hari.

From: Abang Taehyung


Aku membaca setiap satu perkataan yang ditulisnya.Rupanya,hadiah hari lahir aku untuk tahun sebelumnya?ceih..

Tapi,pelik juga.Tiba-tiba saja hadiahkan aku benda macam ni.Mahal pula tu.

Cantik tapi itulah..macam mana aku nak pakai dua rantai dalam satu masa?

Adui,macam mana ni?aku taknak Yeonjun terasa bila aku tak pakai rantai yang dia bagi.Even,korang tengok Yeonjun tu macam gila-gila tapi hati dia lembut sangat.Mudah koyak.

"Hmm,aku pakai rantai ni esoklah lepastu lusa baru aku pakai balik rantai bentuk bintang yang Yeonjun bagi.Selang-seli..kan senang?"

---***---

"Good morning everybodeh.." Sapa aku ceria sebaik melabuhkan punggung di kerusi meja makan untuk bersarapan pagi bersama.

"Amboi,semangat betul kamu harini ya Yoon?" Tegur Papa Won seraya tergelak kecil melihat tingkah laku aku.

Aku hanya tersengih dan mengambil beberapa potongan gimbap buatan papa Won di hadapanku.

Yeonjun yang berada di sebelah tempat duduk aku sekadar mendiamkan diri.Aku toleh pandang lalu menepuk bahunya.

"Kau kenapa muram pepagi ni?Dah macam orang putus cinta pun ada.." Tegur aku dengan mulut yang masih penuh dengan gimbap.

"Yoon,makan elok-elok..nanti tercekik tak sempat Papa nak timang cucu.." Seloroh Papa Won yang sedang sibuk menyiapkan minuman di dapur.

Aku mencebik lalu menelan makanan di dalam mulut sebelum menoleh ke arah Yeonjun semula.

Dia sekadar mendiamkan diri.Hmm,takda mood lah tu.

Taehyung yang baru tiba di meja makan,mengambil beberapa biji gimbap sebelum menoleh ke arahku.Dapat aku lihat dia tersenyum nipis sebelum duduk berhadapan denganku.

"Abang Tae..ermm..terima kasih untuk rantai ni.." Ucapku dan mendapat anggukan darinya.

"Baguslah kalau kau suka..nanti harijadi kau,aku beli yang baru.." Katanya membuatkan mataku membulat besar seolah tidak percaya dengan apa yang baru dia cakapkan tadi.

Wow,sejak bila abang Tae kita ni jadi pemurah?

"Err..tak perlu beli mahal-mahal..susahkan abang Tae saja.." Balasku seraya menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia berdehem kecil selepas mendengar balasan aku.

"Murah ke Mahal ke..duit yang aku guna duit aku..jadi kau tak perlu risau..Papa..Taehyung pergi kerja dulu ya.." Balasnya penuh sarkastik sebelum meminta izin dari Papa Won untuk ke kerja.

Aku berdecit.Ceih,orang cuma care je,boleh pula dia savage pagi-pagi ni.

"Haa,Yoon..harini kamu naik bas dengan Yeonjun boleh kan?Papa kena pergi sekarang ni..ada meeting tergempar pula.."Kata Papa Won sebelum mencium dahi aku sekilas dan bergerak keluar meninggalkan aku dan Yeonjun di dapur.

Aku keluh halus melihat wajah muram Yeonjun. Jam dinding ditilik sebelum aku bergerak menuju ke arah rak kasut.

Aku tak tahu kenapa dengan Yeonjun. Tapi,ini kali pertama aku dipalau olehnya.Dia marahkan aku ke?Tapi tentang apa?

" Kau termenung apa lagi?Lagi 10 minit bas akan sampai..kalau lambat jangan salahkan aku."Teguran dingin Yeonjun buatkan aku kembali ke alam nyata.Tali kasut diikat dengan laju sebelum membuntuti langkah Yeonjun yang sudah maju ke depan.

Hish,dah kenapa dengan dia?


To be continued...

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now