20

92 16 18
                                    

Keesokannya ~

Haeyoon's+

Angka jam menunjukkan pukul 7 malam.Maknanya,aku ada lagi sejam untuk bersiap-siap sebelum ke majlis makan malam yang diadakan oleh syarikat milik kawan Taehyung.

Usai sahaja bersiap-siap dalam masa setengah jam,bunyi ketukan pintu menghentikan perbuatan aku yang sedang sibuk menyisir rambut.

"Haeyoon, aku tunggu dekat bawah dulu..dalam masa 5 minit kau tak turun,aku tinggal." Kata Taehyung dari luar bilik tanpa sempat aku mahu membuka pintu.

"Nae!"

Beg kertas yang Taehyung beri semalam aku langsung tak sentuh.Jadi,aku bawa turun sekali dengan beg kertas tu menuju ke tingkat bawah.

Sebaik aku ingin mengambil kasut di rak,Yeonjun turut mengambil kasutnya dengan tergesa-gesa. Aku memandangnya dengan riak pelik.

"Kau kelam kabut ni nak ke mana?" Soal aku kearahnya apabila dia sibuk mengikat tali kasut.

Dia memandang aku lama seolah terpaku.Aku sekali lagi menjungkitkan kening melihat reaksinya.

"Yeonjun?" Aku panggil dia dan dia juga lambat-lambat mengangguk.

"Ahh,haa aku lambat nak pergi suatu tempat..aku kena ganti orang.." Balas Yeonjun sebelum berdiri menghadap aku.

"Ganti orang buat apa?kau kerja?" Soal aku dan Yeonjun mengangguk mengiyakan.

"Part time..ermm,k-kau nampak cantik..eh,dahlah aku lambat dah ni..jumpa nanti!"

Belum sempat aku nak jawab apa-apa, Yeonjun terus keluar meninggalkan aku.Eh,kenapa pipi aku panas ni?

"Gomawo.." Bisik aku perlahan kearah Yeonjun yang sudah keluar dari kawasan rumah.Aku juga yang baru tersedar dah lambat,terus berlari ke arah Taehyung yang sudah berada di dalam kereta.

"Mian.." Kataku selepas memasuki perut kereta.

"Lambat 10 minit,apa yang kau buat lama sangat?"

Aku sekadar tersengih apabila Taehyung memandang aku dengan pandangan tajam.

"Kenapa kau tak pakai rantai tu?"

"Huh?rantai?"

"Bagi sini.." Taehyung terus sahaja merampas beg kertas di tanganku sebelum mengambil rantai yang berbentuk kunci dari dalam beg tersebut.

"Pusing.." Arah Taehyung. Aku sudah mengangkat kening sebelah. Buat apa nak pusing?

"Pusing, aku nak pakaikan rantai ni.."katanya lagi dengan nada mendatar.

"Aah?ouh okey.." Aku hanya menuruti sahaja apa yang disuruhnya.

Sebaik dia selesai memakaikan rantai kepadaku,dia terus menghidupkan enjin sebelum bergerak keluar dari kawasan rumah.

Tch,ingatkan pusing untuk apalah tadi.

---****----

Majlis yang diadakan di hotel ini dihadiri oleh ramai orang ternama.Aku hanya mampu menunduk malu sebab tak biasa dengan situasi macam ni.

"Behave your attitude..Dekat sini ramai orang-orang ternama dari syarikat besar-besar..Aku bagi amaran,jangan bercakap dengan sesiapa yang kau tak kenal.Just smile and blah dari situ.Biarlah orang nak kata kau sombong sekalipun.."

Pesan Taehyung sebelum menilik penampilannya untuk kali terakhir di pantulan cermin kereta.


[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now