04

102 15 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Haeyoon's +

"Yoon-ah,jangan tinggalkan aku.Aku belum puas buli kau.." Mataku perlahan-lahan terbuka setelah mendengar suara esakan tangisan seseorang di sebelahku.

"Y-yeonjun?" Aku panggil dia sebaik sahaja mataku terbuka sepenuhnya.Nampaknya sekarang aku berada di dalam bilik aku.Yeonjun mengelap sisa air mata seraya memeluk aku.

"Yoon!aku ingat kau mati tadi.Huu,jangan tinggalkan aku tau.Nak mati,kita mati bersama." Kata Yeonjun sambil menangis yang sepertinya dibuat-buat.Aku menolak pelan badan Yeonjun lalu menampar bahu dia.

"Tak payah nak berdrama sangatlah..tapi,macam mana aku boleh ada dekat rumah?kau angkat aku sampai rumah ke?" Tanya aku ingin tahu.

"Gila ke nak angkat kau?Dahlah sama berat dengan anak gajah..Hee,taklah..tadi aku call hyung." Jawab Yeonjun sempat lagi memerli aku diselangi tawaan.

Tawaan Yeonjun terus berhenti apabila Taehyung mengetuk pintu dan memasuki bilikku sambil membawa sedulang makanan dan diletakkan di atas meja belajar sebelah katil aku.

"Makan bubur tu then makan ubat." Pesannya dengan nada mendatar sebelum melangkah keluar dari bilik aku.Riaknya masih sama.Dingin, sedingin ais batu.

Yeonjun turut menghantar pemergian abangnya seraya mengeluh kecil.Kemudian,dia memandang aku sambil tersenyum.

"Dah kenapa senyum-senyum?"Soal aku sambil berpeluk tubuh.

"Kau dah lupa pasal deal kita?"

Aku menggaru kepala yang terasa gatal lalu kembali berbaring dan pura-pura tidur.

"Ish..Yoon!kau dah janji kan!" Kata Yeonjun sambil mengoncang badanku kekiri kekanan seperti seorang kanak-kanak yang inginkan sesuatu.

Aku menolak tangannya kuat lalu kembali duduk menghadapnya.

"Tapi,aku tak sempat habiskan pun game yang terakhir tu!tak adil lah.."

"No no..deal tetap perlu dijalankan.Siapa suruh kau pengsan.Ingat three wishes menjadi milik aku..Bersedialah kau Kang Haeyoon.. Muahahaha.."

Yeonjun bingkas bangun dan berjalan keluar dari bilik aku sambil tergelak jahat.Sumpah annoying gila!

--***--

Aku berjalan seorang diri ke kafeteria.Nak jalan sekali dengan Yeonjun?Memang tidaklah.

Lagipun,ayah angkat aku Pakcik Won pernah pesan yang lebih baik aku tak menceritakan apa-apa tentang hubungan aku dengan Yeonjun atau Taehyung. Dia tidak mahu jikalau kawan-kawan aku bertanya lebih lanjut tentang keluarga aku.

Aku cari kelibat Minji sebaik sahaja tiba di kafeteria dan mata aku tertancap ke arah Minji yang sedang berbual mesra dengan Yeonjun di sebuah meja tidak jauh dari tempat aku berdiri.

Haih,kenapa aku rasa macam nak mengelak saja ni?Aku takut nanti Yeonjun terbuka cerita pasal hubungan aku dengan dia.

"Yoon!nak lari mana?duduk lah sini."

See?

Yeonjun panggil aku dulu padahal Minji tahu aku dengan Yeonjun tak rapat sebab memang kami berpura-pura tak kenal bila dekat universiti.

Aku toleh ke arah Yeonjun sambil tersenyum paksa.Aku melangkah ke arah Minji yang memandang kearah kami berdua dengan dahi yang berkerut.

"Minji..Wassup!" Sapa aku lalu melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan Minji.

"Haeyoon..bila masa korang berdua kenal?" Bisik Minji ke arahku sambil memandang aku dengan pandangan ingin tahu.

Aku telan payah saliva.Aku pandang Minji dan Yeonjun silih ganti.Duh,nak cakap apa ni?

"Hai semua..Yeonjun,sorry lambat." Teguran seseorang menyelamatkan aku.Aku toleh ke arah empunya suara yang sudah pun duduk di hadapanku.

"Eo?awak Haeyoon kan?" Tanya dia sambil tersenyum manis.Aku sekadar mengangguk. Minji di sebelah pula sudah menyenggol lenganku.Aku toleh kearah Minji dan dia menghadiahkan aku senyuman mengusik.

"Saya Chan.." Katanya sebelum menghulurkan tangan ke arahku.Belum sempat aku menyambut huluran tangannya,Yeonjun terlebih dahulu menyambut huluran tangan Chan.

Aku pandang Yeonjun tapi dia menghadiahkan aku wink. Chan pula sudah memandang pelik ke arah Yeonjun.

Eyy,cari pasal betul dia ni!

--***--


To be continued...

Banyakkan komen ! Supaya hidup saya tak sendu.uhuk~ Thanks ^°^

uhuk~ Thanks ^°^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chan

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now