03

108 12 9
                                    

Haeyoon's +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haeyoon's +

Aku sekadar mengikuti sahaja langkah Yeonjun.Habis sahaja makan tadi,dia terus ajak aku pergi mall.

"Jom pergi arcade game yang baru buka tu nak?" Soal Yeonjun sebaik sahaja kami berhenti di hadapan sebuah pusat permainan yang agak besar yang terdapat dalam mall ini.

Mulutku melopong luas.Sepanjang hidup aku,inilah kali pertama aku jejakkan kaki di tempat ini.Tanpa menjawab pertanyaan Yeonjun,aku terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam arcade game tersebut.

"Yah!Tunggu aku!"

"Daebak!besar gila tempat ni.Entah kenapa aku rasa nak nangis sekarang." Omelku sendirian tapi masih dapat didengari oleh Yeonjun yang berdiri di sebelahku.

"Oioi,tak payah nak drama sangat okey.Nah tiket...kau boleh pilih nak main apa saja dalam tempat ni." Balas Yeonjun sambil menghulurkan tiket kepadaku.Aku menjelingnya lalu mengambil tiket yang dihulurnya.

"Jeling-jeling,nanti korek biji mata tu buat sup baru tahu." Kata Yeonjun dan sekali lagi mendapat jelingan dari aku.

"Urusai (bising)..." Kataku lalu berjalan meninggalkannya di belakang.

"Eh?tunggulah!"Yeonjun menjerit kecil lalu berlari anak mengejar langkahku yang sudah pun menjauh.

--***--

"Jom kita lawan nak tak?siapa yang kalah,kena penuhi tiga permintaan si pemenang."Kata Yeonjun memberi idea sebelum aku berfikir sejenak dan terus mengangguk setuju.

" Okey, kalau macamtu kita mula dengan game yang senang dulu?Hmm,jaringkan basketball? Siapa paling banyak jaringkan,dia menang.Deal?"Cadang aku dan mendapat thumbs up dari Yeonjun.

Selang 15 minit kami bermain permainan tersebut,kami akhirnya berhenti.Aku melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang terdapat di situ kerana kepenatan.

"Eh?dah penat ke?" Soal Yeonjun seraya tergelak sinis ke arahku.Aku mencebik lalu membaling bola keranjang kepadanya.

"Eleh tahulah dah menang..ni baru first game.Jangan nak riak dulu boleh tak?" Kataku seraya memandang tajam ke arah Yeonjun.

"Aloo..Haeyoon kita sedih ke?tak dapat terima kekalahan?" Perli Yeonjun lalu berlari meninggalkan aku dan menjaringkan kedua bola keranjang yang terdapat di tangannya.

Aku menggulingkan bebola mataku tanda menyampah dengan Yeonjun.Tidak lama kemudian, aku nampak dia datang sambil membawa satu botol air mineral dan dihulurkan kepadaku.

Aku jadi terharu kejap sebab dia tolong belikan air untuk aku.Mesti dia kesiankan aku kan?

"Terima kasih,buat susah-susah je tolong belikan air." Aku menyambut huluran air mineral di tangannya sambil tersenyum.

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now