10

80 13 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Haeyoon's+

Aku melangkah keluar dari rumah setelah meminta izin dari Papa Won untuk ke gelanggang tenis berdekatan taman perumahan aku.

Selang lima minit, akhirnya sampai juga di gelanggang tenis tersebut.Nampak sunyi sahaja.Langsung tiada kelibat manusia di sini kecuali seseorang yang ingin aku jumpa.

Padahal,boleh saja nak jumpa dekat rumah.Tapi,aku rasa dekat sini lebih private.

"Yeonjun, lama tunggu?" Aku menegurnya sebaik sahaja berjaya melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Lama juga..lebih kurang sejam yang lepas."

Balasannya buat aku melopong luas.Biar betul—

"Taklah,tipu saja.Cepat percaya arh kau ni.."

Aku menjeling tajam ke arahnya dan menghadiahkan satu cubitan ketam berbisa di lengan kanannya.Aku ketawa sukaapabila dia mendesis kesakitan.

"Aduh!nak gurau manja pun tak boleh.Kenapa kau nak jumpa dekat sini?ada hal penting ke sampai tak menyempat aku nak balik rumah?"Yeonjun menyoal dengan cebikan di bibir sambil menggosok lengan kanannya.

"Penting sebab aku nak tahu...kau.."

Aku menjedakan ayat dan menarik nafas dalam.Entah kenapa,aku rasa berdebar.

Yeonjun menjungkitkan kening sebelahnya sambil memandang ke arahku.

"Kau ada perasaan dekat ...aku..ke?"

Enam patah perkataan yang keluar dari mulut aku seterusnya membuatkan Yeonjun mula memalingkan wajah ke arah lain.Oh tidak!aku salah cakap ke?

Tidak lama kemudian itu,aku terdengar dia mula ketawa.Kali ini aku pula yang memandang ke arahnya dengan dahi yang sudah berkerut seribu.

"Lawak sangat ke soalan aku?"

Pertanyaan aku membuatkan dia menggeleng tetapi masih lagi ketawa.Aku berpeluk tubuh sambil memandangnya dengan penuh geram.

Ini malas nak tanya dia ni.Tahu gelakkan orang saja!

"Sorry, tapi serius lawak soalan kau..aku ada perasaan dekat kau?kau rasa?"Dia bertanya sebelum perlahan-lahan tawaannya hilang.

Aku memandang lantai gelanggang tenis.Betul juga cakap Yeonjun. Mungkin dia bagi rantai ni sebab dia dah anggap aku sebagai adik kembar yang berharga buat dia walaupun kami tidak sedarah.

Sejak kematian mama,Papa Won mengambil aku sebagai anak angkat dan dijaganya sehingga sekaràng.Yeonjun pula orang kedua selepas Papa Won yang terima kehadiran aku dalam rumah ini.

Taehyung? Dia selalu berdingin dengan aku.Walaupun dia macam tu,tahap care dia dekat aku tinggi walaupun cara dia tu nampak macam terpaksa tapi dia ikhlas sebenarnya.

" Jadi,betulkan kau tak ada perasaan dengan aku?yelah,dari kecil kita membesar bersama..mustahil untuk ada perasaan di antara kita sebab kita dah macam adik beradik walaupun tak sedarah.."

Aku berkata sambil bermain dengan jemari aku.Ah,sudah pasti kata-kata Yeonjun hari itu sekadar gurauan.Dia kan suka prank aku.

"Yup,memang betul dari kecil kita bersama..bagi aku setiap memori sewaktu aku luangkan masa dengan kau..itu adalah yang paling berharga.."

Aku mengangguk setuju dengan kata-kata Yeonjun.

"Baguslah macam tu..aku kira kau ada perasaan dekat aku..Tapi nasib baik tiada apa.. sebab aku rasa Minji tu yang paling sesuai untuk kau..yelah,padan sangat korang berdua kan?sama-sama masuk air.."

Kata aku diselangi tawa kecil sambil menepuk-nepuk bahu Yeonjun. Tetapi,tawa aku mati bila Yeonjun melemparkan pandangan dingin ke arahku tiba-tiba.

Aduh,dah kenapa?salah ke apa aku cakap?memang dia masuk air kan?

"Kau memang tak faham atau buat-buat tak faham?" Soalan Yeonjun buatkan aku memandang ke arahnya dengan riak tertanya-tanya.

Dia mengeluh berat sebelum mula bangkit dari duduk dan mula berjalan pergi meninggalkan aku sendirian.

"Jangan lupa,hujung minggu ni nanti kita pergi ke restoran yang baru buka tu..aku nak duduk sini lebih lama..kita jumpa dekat rumah ya!"

Aku menjerit kecil kearahnya bila dia sudah semakin jauh.Harap dia dengarlah.

---***---

Taehyung mengetuk pintu Haeyoon beberapa kali tetapi tiada sahutan.Dia cuba membuka tombol pintu bilik Haeyoon lalu pintunya terbuka.

Perlahan-lahan,dia masuk ke dalam bilik Haeyoon dengan matanya memeriksa sekeliling bilik Haeyoon untuk memastikan gadis itu tiada di dalam bilik sebelum dia meletakkan satu buah beg kertas bertulis Pandora di atas meja belajar Haeyoon.

Kemudian, matanya tertancap pada sekeping gambar masa kecilnya bersama Haeyoon serta Yeonjun ketika hari graduasi sekolah rendahnya dahulu.

Gambar itu dibelek sambil fikirannya terimbas kembali memori ketika mereka masih kecil.

Memang benar dia selalu bersikap dingin dengan Haeyoon tetapi gadis itu langsung tidak terkesan dengan sikapnya malahan semakin ramah dengan dirinya saban hari.

Dia sengaja bersikap dingin sebab dia cuba untuk menutupi perasaannya dari diketahui oleh Haeyoon.

Nak luahkan,dia takut Haeyoon akan menolaknya dan menganggapnya hanya sebagai abang.Itu adalah perkara yang menyakitkan baginya.

Gambar itu kemudiannya dipusingkan.Tulisan masa kecil Haeyoon menarik perhatian Taehyung untuk membacanya.

Abang Tae jangan selalu garang-garang.Takut nanti Yoon makin sayang.Auch!

Tulisan itu membuatkannya tergelak seraya berdecit halus.Malulah tu.

"Tch-dasar budak-budak..Yoon,Yoon.."
Omel Taehyung sendirian sebelum meletakkan gambar itu semula dan bergerak keluar dari bilik Haeyoon semula.

To be continued...

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now