09

75 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon's+

Aku masih lagi berada di dalam kereta untuk menuju ke rumah.Entah kenapa,kali ni perjalanan pulang terasa jauh.

"Yoon?termenung apa tu?" Soal Papa Won seraya mengerling ke arahku sekilas.

Aku tersenyum nipis sambil menggeleng kecil.

"Erm,Yoon ingat tak pasal ibu tiri Yoon?" Soalan tak terduga dari papa Won membuatkan aku jadi terkejut.

Sejujurnya, aku tak berapa tahu tentang ibu tiri aku sebab ayah aku tak pernah tunjukkan dia dekat aku.Cuma,aku dapat tahu yang ibu tiri aku ada anak lelaki.

"Yoon tak pernah jumpa dia .." Balasku tanpa menoleh ke arah Papa Won.

"Kamu pernah jumpa dia..mungkin kamu saja yang tak ingat..dia ada waktu majlis pengebumian ayah dan mama kamu.."kata Papa Won.

Aku memejam mata untuk cuba ingat semula.Tapi,sia-sia.

" Kenapa Papa tanya Yoon pasal ibu tiri Yoon?Dialah orang yang buatkan mama dan ayah tak bercakap selama sebulan sebab ayah kahwin dengan dia secara senyap-senyap.. Nasib mama baik dan terima ayah semula tanpa minta cerai.."Balasku panjang lebar.

Jadi ,kalau aku tak tahu tentang dia pun tak apa.

Aku dengar Papa Won melepaskan keluhan halus selepas mendengar luahan aku.

Tertanya-tanya juga kenapa Papa Won tiba-tiba sahaja buka tentang ibu tiri aku.Tapi,biarlah.Aku malas nak ambil tahu.

---***---

Yeonjun melangkah masuk ke dalam syarikat besar milik ayah kandungnya dengan perasaan yang bercampur baur.

"Besar juga syarikat kau lepas kau tinggalkan kami ya?Tak sangka rupanya kami berdua ni pembawa nasib malang kau.." Yeonjun berkata sendirian sambil mengepal penumbuk.

Marahnya terhadap ayah kandungnya tidak pernah padam.Lebih-lebih lagi,di hari kematian ibunya,ayahnya langsung tidak datang melawat.Katanya,terlalu banyak benda yang perlu diuruskan di pejabat.

"Selamat petang,boleh saya berjumpa dengan Tuan Soo Ya?" Pinta Yeonjun dengan sopan ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter lobi pejabat tersebut.

"Maaf,tapi sekarang Tuan Soo Ya ada janji temu dengan seseorang di luar.Jadi,sekarang dia tiada di pejabat.Boleh encik datang esok?saya akan buat janji temu untuk encik." Balas pekerja itu selepas memeriksa jadual Tuan Soo Ya.

Yeonjun mengeluh halus seraya mengangguk.

"Terima kasih."

---***---

Aku masuk bilik lalu merebahkan badan ke atas katil .Penat betul hari ni.

Bunyi telefon berdering mengejutkan aku.Lantas punat hijau ditekan selepas melihat siapa pemanggilnya.

"Wassup Minji!"

"Yoon!aku nak minta tolong kau ni!!"

Suara cemas Minji buatkan aku bangkit dari pembaringan dengan perasaan yang risau.

"K-kenapa dengan kau?kau kena culik ke?atau rumah kau terbakar?!jawab aku Minji!"

Suara gelakan Minji menyedarkan aku dari terus bersikap risau dan panik.

"Rilekslah Yoon..aku cuma nak kau tolong aku confess dekat Yeonjun.Bukannya kebakaran ke apa..hahaha.."

Aku mencebik mendengar permintaan Minji.Nak confess tu,pergi teruslah dekat Yeonjun. Kenapa nak ajak aku sekali?

"Tolong kau confess?Dah kenapa ajak aku pula?"

"Kau kan dah kenal dengan dia lama kan?mesti dia lebih selesa dengan kau.Please..tolong bagitahu dia yang aku nak jumpa dia dekat satu restoran ni..nanti kau ikut sekali.Baru tak kekok..hehe.."

Whut?—

"Aku.."

"Please.."

"Hmm,tengoklah macam mana.Aku cuba ajak dia.Okey?"

"Okey sangat!thanks Yoon!"

Kemudian talian diputuskan.Aku sekali lagi merebahkan badan seraya membelek rantai yang diberikan oleh Yeonjun.

"Rantai ni sepatutnya Yeonjun bagi pada Minji..bukan aku."

Tiba-tiba, kata-kata Yeonjun kembali berputar di fikiran .

"My heart that beaten fast for you.."

Apa maksud dia sebenarnya?

"Eomma aku suruh aku bagi pada seseorang yang sesuai untuk aku suatu hari nanti..Dan aku rasa kau orang yang sesuai.."

Kejap, adakah haritu dia baru sahaja confess dekat aku?

Kalau ya,Minji ?

Telefon ditangan terus dibuka dan nombor Yeonjun terus ditekan tanpa ragu-ragu.

Entah kenapa aku betul-betul perlukan penjelasan dia sekarang.
Mungkin,aku taknak Minji salah faham nanti?

"Hallo?Yoon busuk telefon Yeon kenapa?rindu ke?"

Aku guling biji mata tanda menyampah. Waktu macam ni sempat kau nak cakap ayat cringe.

"Kau ada dekat universiti lagi?aku nak jumpa kau.Tapi bukan dekat rumah..dekat gelanggang tenis taman kita."

"Aku dalam bas ni..kalau macamtu aku pergi sana dulu..jangan lama sangat takut Yeonjun rindu..bye."

Sejurus itu panggilan ditamatkan.Aku pandang telefon aku dengan pandangan tidak percaya dan geram.

Perangai annoying dengan dia memang tak dapat dipisahkan sama sekali.Ugh.

To be continued...



[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now