26

58 15 0
                                    

Haeyoon+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon+

Telefon yang berbunyi sambil tertera nama Yeonjun aku abaikan.Aku masih lagi tak dapat lupa peristiwa yang tak dijangka di depan mata aku sendiri.

Depan mata!

"Haeyoon? Kenapa telefon tu tak diangkat?" Eomma yang datang dari dapur sambil membawa sedulang minuman petang menegur aku lembut.

Aku toleh pandang eomma sebelum pandangan aku jatuh kembali ke arah telefon yang tidak henti berdering.

"Scammer tu.." Tipu aku sebelum mengambil telefon tersebut dan sumbatkannya di bawah bantal.

Selepas beberapa saat telefon tersebut berhenti berdering, sekali lagi ia berbunyi.

Ish,apa dia nak?

Dengan geram,aku menekan butang hijau untuk menjawab.

"Yah! Jangan kacaulah.."

"Yeobseyo.."

Automatik aku terdiam.Suara garau tu bukan milik Yeonjun.

"A-abang Tae?"

"Dalam masa 10 minit,aku nak kau bersiap..aku dalam perjalanan ke sana.. "

Belum sempat aku menjawab, panggilan serta-merta dimatikan oleh Taehyung.

"yaish.."

•••

"kenapa dengan dia ni? Aku call tak jawab.. Ni mesti nak balas dendam sebab aku tak jawab call dia haritu.. "Yeonjun membebel sendiri sebelum berjalan kearah pintu rumah.

Papa Won yang datang dari arah dapur segera mendekati Yeonjun dengan langkah yang perlahan.

"Yeonjun?kenapa ni?ada yang tak kena ke?"soal papa Won prihatin.Yeonjun menyeluk kembali telefonnya ke dalam poket sebelum memandang ke arah papa won dengan satu senyuman kelat.

"Yeonjun nak keluar sekejap.."

"Tunggu dulu..ada benda yang papa nak bincangkan dengan kamu.."

Langkah Yeonjun terhenti.Niatnya untuk ke rumah Haeyoon terbantut apabila papa won mengajaknya untuk berbual.

Sejujurnya,dia tak mahu bercakap tentang pertunangan Haeyoon.Hati dia sakit setiap kali terfikirkan tentang benda itu.

Paboya Yeonjun,kau yang sebenarnya terlalu tergesa-gesa meluahkan perasaan kau.Akhirnya,kau yang sakit sendiri.

"Hmm,arasseo.."

•••

Sejak sepuluh minit yang lalu,Haeyoon masih lagi terperap dalam kereta bersama Taehyung menuju ke satu destinasi yang tidak dia ketahui.Penat menyoal,akhirnya Haeyoon memilih untuk berdiam diri.

"Dah sampai.."tegur Taehyung apabila
melihat Haeyoon masih termenung.

"Huh?kubur?"Haeyoon menyoal tetapi Taehyung tidak menjawab sebalkknya dia terus berjalan kearah satu tempat meninggalkan Haeyoon yang masih terpinga-pinga.

"Tunggulah.."Dengan perasaan tertanya,Haeyoon terus mengikuti langkah Taehyung yang sudah maju beberapa tapak di hadapan.

Langkah Haeyoon terhenti apabila Taehyung duduk melutut di hadapan kubur tersebut sambil mengusap perlahan batu nisan yang tertera nama Kim Tae Jin .

"Ayah abang Tae ke?"Soalnya berhati-hati.Taehyung diam sejenak sebelum mengangguk.

"Ayah..impian Tae yang satu ni hampir tercapai..ayah doakan Tae berjaya ya?"

Haeyoon diam sambil menggaru kepala kegatalan.Impian?apa yang dimaksudkan Taehyung dengan impian?Bermacam persoalan bermain di jenak fikiran Haeyoon.

"Dulu waktu kecil, kau pernah tanya aku kan?mana ayah aku,mana ibu aku..aku rasa semuanya dah terjawab sekarang..mereka berdua sedang berbahagia di atas sana."

Gadis itu tersenyum nipis.Tak sangka,Taehyung akan ambil serius tentang apa yang pernah dia soalkan ketika dia masih kecil.

"Kita sama abang Tae..Haeyoon faham erti kehilangan orang yang paling kita sayang..memang susah untuk kita terima benda macam ni berlaku,tapi Tuhan pilih kita sebab Dia tahu kita mampu.."ujar Haeyoon lembut.

Taehyung sekadar diam sebelum dia bangun dari kedudukannya yang sedang mencangkung berhadapan dengan Haeyoon.

"Kehilangan itu menyedarkan aku untuk hargai apa yang ada depan mata kita sekarang ni.Kalau boleh,aku tak sanggup untuk rasai kehilangan pedih ni buat kali ketiga."

Tangan Haeyoon automatik naik mengusap pelan lengan Taehyung untuk menenangkan lelaki itu.

"Gwenchana..Yoon yakin abang Tae tak akan laluinya sekali lagi.."

"Kau yakin?"soal Taehyung dengan suara dalamnya ditambah raut wajah yang sangat serius.Takut-takut Haeyoon mengangguk.

"Ya.."Sepatah saja yang mampu keluar dari mulutnya apabila Taehyung tiba-tiba menghapuskan jarak diantara wajah mereka.

Naik merah muka Haeyoon apabila Taehyung merenungnya sebegitu rupa.Salivanya juga ditelan perit.

"Pegang kata-kata kau.."

Taehyung menjedakan seketika ayatnya sebelum mata redupnya memandang tepat anak mata Haeyoon.

"Jangan buat aku rasa sunyi lagi.."

•••

Kang Yuchan masuk ke dalam biliknya lalu merebahkan badan yang terasa penat ke atas katil empuk miliknya.

Seharian dia meluangkan masa di gelanggang bola keranjang memandangkan itulah aktivitinya setiap hujung minggu.

Telefon yang tiba-tiba berdering buatkan dia segera mengangkat selepas melihat nama si pemanggil.

"Eo,hyung..wae?"

"Kau dekat mana?gelanggang?"

"anni..dekat rumah."

"Jom jumpa,hyung nak tanya kau sesuatu.."Tanpa sempat Chan menjawab,Yeonjun terus menamatkan panggilan.

"Tanya pasal apa eh?aduh,dahlah sakit kaki ni..boleh pula time genting macamni dia ajak jumpa.."


To be continued..

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now