29

61 15 20
                                    

Playing now : In The Fall by Hwasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Playing now : In The Fall by Hwasa

♥♥♥

Tiga tahun yang lepas..

Tiga tahun yang lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Uyeah..festival musim favourite aku dah tiba!"Flyer yang berada ditangan dilayangkan kekiri dan kekanan bersama keterujaan.Pantas Haeyoon melangkah masuk untuk mendapatkan kedua-dua abang angkatnya.

"Abang Tae,Yeonjunnie!!"Haeyoon berlari ke arah mereka apabila ternampak mereka berdua sedang berbual di tepi kolam.

"Yah..bisinglah kau ni..terjerit-jerit.Macam budak kecil.."Tegur Yeonjun dengan nada mengejek buatkan Haeyoon memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Eleh..diamlah kau."Haeyoon menjelir lidah apabila Yeonjun berpura-pura mengangkat tangan untuk mengetuk kepalanya.

Taehyung yang sedang tekun membaca di sebelah hanya diam.Tidak bersuara mahupun melayan drama murahan dari mereka.Matanya masih lagi melekat pada buku berbahasa inggeris dihadapannya.

"Erm..abang Tae.Hujung minggu ni ada festival musim luruh dekat Sungai Han..jom pergi ?"soal Haeyoon sambil mengenggam kemas flyer tersebut.

Taehyung memandangnya sekilas."Pergi jelah dengan Yeonjun."

Haeyoon pandang Yeonjun.Mengharapkan lelaki itu untuk membantunya mengajak Taehyung pergi bersama.

"Tapi,Yeonjun tak boleh teman Haeyoon lah hyung..Yeonjun ada competition bola keranjang minggu tu..temanlah dia ya?"pujuk Yeonjun sambil memegang kedua tangan Taehyung.

Taehyung buka kaca matanya lalu menutup buku yang dibaca dan menolaknya ke tepi."Arasseo.."

Ujarnya membuatkan hati Haeyoon melompat girang.Akhirnya waktu yang telah ditunggu-tunggu bakal tiba!

Taehyung bangun dari duduk sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua sendirian.Yeonjun pandang sekilas kearah Haeyoon yang asyik merenung Taehyung yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Oi..Yah,Haeyoon-ah.."Panggil Yeonjun beberapa kali apabila gadis itu tidak mendengarkannya.

"Eo..wae?"

"Kenapa kau nak sangat ke festival tu?best sangat ke tempat meriah macamtu?"

Haeyoon berfikir sejenak.Sesekali dia tersenyum sendirian."Ish orang tanya dia,boleh pula mengelamun sampai macam tu."

Yeonjun mengeluh halus sambil menggeleng kecil.

🍁

Hari yang ditunggu telah tiba.Haeyoon tiba terlebih dahulu kerana dia datang terus ke festival tersebut selepas balik dari sekolah.

Salah satu bangku menjadi pilihan.Sementara menunggu Taehyung,sempat juga dia mengambil gambar dan berbalas pesanan bersama Yeonjun.

Orang awam yang semakin ramai membuatkan hati Haeyoon menjadi semakin teruja dan dalam masa yang sama gementar.

"Mana abang Tae ni?dah dekat setengah jam aku bertapa dekat sini..hmm."

Hari semakin petang buatkan Haeyoon semakin hilang keterujaannya.Panggilan telefon dan mesej yang dihantar banyak kali kepada Taehyung langsung tidak dibalas mahupun dijawab.

"Erm,masuk jelah dulu.Pandai-pandailah dia cari aku.."

"Perhatian...di sini kami ingin memaklumkan bahawa festival pada hari ini telah pun berakhir.Terima kasih buat para pengunjung yang sudah hadir memeriahkan festival ini."

"Eo?takkan dah tamat?"Haeyoon mencebik kecewa.Kalau dia tahu Taehyung tak akan muncul,pasti dia akan terus masuk ke kawasan festival tersebut.

Dia kembali melabuhkan duduk.Rasa sebal dan kecewa dalam diri sudah tidak tertahan lagi buatkan dia terus menangis teresak-esak keseorangan di situ.

Cuaca musim luruh yang dingin tidak mengganggu Haeyoon yang sedang termenung seorang diri di tepi Sungai Han tersebut.

Bunyi derapan kaki yang berhenti disebelahnya buatkan Haeyoon perlahan-lahan menoleh.

Kelihatan Yeonjun yang masih lengkap berpakaian baju pasukan bola kerangjangnya berada di depan matanya bersama nafas yang naik turun.Mencari nafas yang telah habis ketika dia berlari ke sini.

"Yeonjun?"

Kepala gadis itu diketuk perlahan."Yah,paboya.Kenapa kau masih lagi duduk dekat sini?kalau Taehyung hyung tak muncul..kau balik jelah terus."

"Mana abang Tae?"Soalan Haeyoon buatkan Yeonjun menghela nafas berat.

"Dia kata dia minta maaf tak dapat datang sebab ada hal kecemasan dan dia terlupa kalau kau ada ajak dia kesini...mianhe Haeyoon."

Haeyoon mengetap bibir bawahnya menahan tangis.Bukan dia tak mahu pulang.Tapi,dia masib berharap Taehyung datang menemuinya .Dia mahu meluahkan segalanya pada hari itu namun semua rancangannya hanya sia-sia.

"Kenapa kau datang sini?macam mana dengan competition tu?"

"Abaikan semua tu..kau lebih penting.Dah,jom balik."ajak Yeonjun buatkan Haeyoon mengangguk dan berjalan mengikutinya.

"Lain kali..balik je terus,arasseo?"

"eung.."

"Aigoo..budak kecil ni kan..kenapa naif sangat.."Pipi Haeyoon dicubit geram buatkan gadis itu menjerit kecil.

"Yah Choi Yeonjun!sakitlah!"Lelaki itu menjelir lidah sebelum ketawa mengekek dan berlari meninggalkan Haeyoon.

"Jangan lari!sini kau!"



To be continued...

A/n: Kali ni chapter flashback .Jun tulis chap ni sebab nak bagi hint supaya korang faham kenapa Haeyoon tiba-tiba tinggalkan majlis tu..erm,terspoiler pula..erm erm






[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now