07

98 15 27
                                    

Haeyoon's+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon's+

Aku tolak perlahan tubuh Yeonjun sambil memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Kau bergurau apa ni?" Tanya aku seraya tergelak kecil.

Pelik betul aku dengan sikap Yeonjun dan Taehyung harini.Harini April Fool ke?

Yeonjun menggeleng kecil.Lantas satu rantai berbentuk bintang dikeluarkan dari poketnya dan diletakkan di atas tangan aku.

"Rantai ni milik mendiang ibu aku..Dia suruh aku bagi pada seseorang yang betul-betul sesuai dengan aku suatu hari nanti.Tapi,aku rasa kau dah layak terimanya..Yoon.."

Aku pandang ke arah rantai bentuk bintang yang diberikan oleh Yeonjun.
Cantik.Tapi,aku rasa aku tak layak menerimanya.

"Tak boleh..aku tak boleh terima ini..Mungkin ada seseorang yang lebih layak lagi untuk pakai benda ni."Aku cuba menolak secara baik.

Yeonjun mengeluh halus sebelum menjentik dahi aku sekilas.

" Kau tak ingat deal kita?"

Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut.

"Ini wishes pertama aku..aku nak kau pakai rantai ni..No excuse.."

Jawabnya lalu menolak aku keluar dari bilik dan mengunci pintu biliknya.

Aku pandang rantai di tangan dan pintu bilik Yeonjun silih berganti. Sebenarnya aku masih keliru dengan apa yang dikatakannya tadi.

Dia bergurau kan?

Taehyung yang baru keluar dari biliknya sambil mengelap rambut yang basah memandang ke arah aku sambil menjungkitkan kening sebelah.

"Kenapa kau tercegat depan pintu Yeonjun?" Soalnya seraya meletakkan tuala tadi di atas lehernya dan memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluar.

"T-tak ada apa-apa..Yoon nak masuk bilik.." Balasku lalu berlari masuk ke dalam bilik.

--***--

Yeonjun duduk di tepi kolam renang rumahnya sambil kakinya direndamkan ke dalam air kolam tersebut.

Sesekali mulutnya mengeluh kecil.Dia tidak menyangka bahawa ayah kandungnya sudah berjaya membina syarikat yang besar tanpa langsung rasa bersalah pada dirinya dan mendiang eommanya.

Peristiwa 10 tahun lepas masih lagi segar di memorinya tentang bagaimana appanya yang sanggup meninggalkan dia bersama eommanya yang ketika itu sedang sakit tenat melawan kanser rahim yang dihidapnya.

"Yeonjun.."

Teguran seseorang menyebabkan Yeonjun berpusing memandang ke arah gerangan yang memanggilnya.

"Papa.. Duduklah tepi Yeonjun ni.." Kata Yeonjun sambil tersenyum manis.

Tuan Won mengeluh halus sebelum melabuhkan duduk di sebelah Yeonjun.

"Boleh papa cakap sikit?"

"Boleh..tapi sikit jelah.Jangan banyak-banyak.." Balas Yeonjun selamba sambil tersengih.

Tuan Won sekadar menggeleng kecil.Sudah masak sangat dengan perangai Yeonjun yang suka loyar buruk ni.

"Tentang appa kamu..papa dah bincang dengan dia.."

Yeonjun toleh pandang Tuan Won dengan penuh pengharapan.

"Dia beritahu papa..kalau kamu tak mahu bekerja dengan dia ..dia akan hantar kamu ke luar negara.."Balas Tuan Won seraya membetulkan kaca matanya.

" Tapi..Papa dengar sendiri kan?Yeonjun tak nak ada kaitan dengan appa lagi..Yeonjun bencikan dia! "

Ya,hati dia terlalu membencikan ayah kandungnya sendiri .Disebabkan oleh ketamakan harta, mereka ditinggalkan dalam keadaan sebatang kara.

Kalaulah dia tahu,dia akan berjumpa dengan ayah kandungnya,pasti dia tidak akan pergi ke pejabat Papa angkatnya.

"Papa dah cakap yang kamu tak akan kembali pada dia lagi..tapi dia tetap berkeras untuk menjadikan kamu pewaris syarikat dia..Dia tiada anak lelaki lain selain dari kamu.."

Yeonjun mengeluh berat.

Pewaris syarikat?

Dia dah agak ayahnya akan menggunakan dia.Jika ayah kandungnya mempunyai anak lelaki yang lain,pasti dia tidak akan dipandang malahan akan dibuang sekali lagi sama seperti mendiang ibunya dahulu.

"Esok,Yeonjun akan pergi berjumpa dengan appa sendiri.. Papa jangan risau,Yeonjun tetap akan tinggal dengan papa sebab Yeonjun dah anggap Papa macam ayah kandung Yeonjun sendiri.."

Tuan Won sekadar tersenyum memandang Yeonjun. Dia sendiri pun sudah menganggap Yeonjun sebagai anak sendiri.

---***---

Haeyoon's+

Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan menuju ke arah Minji yang sedang termenung sambil tersenyum-senyum.

Entah apa yang difikirkannya sampai senyum macam tu.

"Uhui,Minji..teringat siapalah tu?" Soal aku dalam nada mengusik lalu melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Eh?mana ada.." Jawabnya seraya menampar bahuku lembut.

Aku menggeleng kecil lalu memandang ke arah hadapan. Tetapi, mata aku tertancap pada seseorang di hadapanku dan mata kami bertembung.Kemudian,satu kenyitan mata dihadiahkan olehnya.

Aku segera memandang ke arah lain.Gila betul si Yeonjun ni.Buatnya si Minji nanti tertanya-tanya tentang aku dengan dia,tak ke bahaya?

"Haeyoon!! Dia kenyit mata dekat akulah.." Kata Minji seraya menampar pehaku.Aku memandang ke arahnya dengan dahi berkerut.

"Kenapa kau super eksited bila dia kenyit mata dekat kau..Jap!jangan cakap kau—"

"Haeyoon, aku rasa aku dah jatuh hati dengan Yeonjun lah.."

To be continued...

A/n :Rasanya..korang semua boleh agak tak alur cerita ni macam mana?

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now