14

74 15 3
                                    

Haeyoon's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon's

"Minji,Tunggu!!"

Akhirnya dia berhenti apabila aku menahan lengannya.Dia menepis kasar tangan aku seraya berpeluk tubuh.

"Ka-kau salah faham.."

"Salah faham apa?aku dengarlah apa yang Yeonjun cakap tadi.Telinga aku belum pekak lagi tau." Jawabnya dingin tanpa menoleh ke arahku.

"Minji..aku.."

"Sudahlah Yoon..sekarang baru aku faham kenapa kau  macam acuh tak acuh bila aku minta tolong kau haritu..kau  sebenarnya sukakan Yeonjun juga kan?" Soalnya.

Aku menggeleng laju seraya mengeluh halus.

"Bukan macam tu..sebenarnya, aku dengan Yeonjun tu.."

"Sebenarnya apa? Rahsia apa yang kau pendamkan selama ni?" Soal Minji seraya mengerling aku sekilas.

"Aku tak ada niat pun nak rahsiakan apa-apa tapi aku terpaksa.."

Minji mengeluh berat sebelum berura-ura ingin meninggalkan aku.

"Okey,kalau sampai macam ni jadinya.. Nampaknya,aku kenalah beritahu kau hal yang sebenar.."kataku dengan nada rendah mengharap Minji akan faham dengan situasi aku.

----****----

"Yah! Choi Yeonjun!" Aku menjerit kecil memanggil namanya sebaik sahaja aku memasuki rumah.

Dia yang kebetulan sedang menonton televisyen di ruang tamu memandang ke arahku dengan kening yang dijungkitkan.

"Kau kenapa jerit-jerit ni?" Soalnya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin TV.

Aku berdecit seraya melangkah mendekatinya.

"Apa maksud kau tadi haa?" Tanya aku sambil berpeluk tubuh.

Dia memandang aku sekilas lalu menutup TV dan kembali memandang ke arahku semula.

"Permintaan aku tadi dah cukup jelas dah..maksud apa laginya?oh,lupa..ni adalah wishes kedua aku.."

Aku melemparkan pandangan yang tajam kearahnya.

"Jangan nak merepek boleh tak?permintaan lain boleh lagi..Tapi yang ini?macam mana aku nak jadi kekasih kau sedangkan aku hanya anggap kau macam abang kembar aku je?kalau nak prank aku sekalipun, carilah idea lain.."

Hamburku dengan nada geram.Disebabkan dia,Minji salah faham dengan aku dan akhirnya aku terpaksa cerita tentang kisah silam aku dan hubungan aku dengan Yeonjun yang sepatutnya menjadi rahsia.

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now