34

62 9 0
                                    

"I hope we will be together forever

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I hope we will be together forever..saranghae!"

Tombol pintu dipulas perlahan,rasa gemuruh di hati tak dapat diselindung lagi.Hampir sahaja pintu tersebut ingin terbuka,dia terus menutup semula.

Nafas ditarik dan dihembus lalu memandang kearah lelaki yang sedang menunjukkan tanda 'semangat' kearahnya.

"A-aku..aku rasa tak bolehlah..dah la..aku give up.."

Dahi gadis itu dijentik perlahan membuatkan dia mengaduh sakit.Terus sahaja pandang mata tajam diberikan kepada lelaki yang menjentik dahinya tadi.

"Kau jelah.."Gadis itu menarik muka dan menarik lelaki tersebut untuk berdiri di hadapan muka pintu.

"Yah!kau yang lambat..kenapa pula aku yang kena?"

"Cepatlah buka Jun!aku takut.."Lelaki itu hanya mengeluh perlahan sebelum menurutkan sahaja permintaan gadis itu.

Baru sahaja tombol pintu ingin dipulas,bukaan pintu dari dalam memeranjatkan mereka berdua.Cepat sahaja mereka menunduk hormat berulang kali.

"Maaf prof..kami tak sengaja terlambat.."

Prof Shin yang terkejut dengan kehadiran mereka terus mengusap lembut dadanya."Kamu berdua ni kan..buat terkejut saya je.."

"Maaf..ini assigment yang prof minta.."Satu fail dihulur ke arah prof Shin sebelum lelaki berusia linkungan 50-an itu menyambut huluran tersebut.

"Hmm,bagus-bagus..kamu adalah pelajar yang paling bagus saya pernah jumpa.."

Haeyoon dan Yeonjun saling berpandangan sebelum perlahan-lahan mereka mengukirkan senyuman dengan perasaan yang lega.

"Ambil balik fail ni..dan simpan saja dalam almari kamu buat pameran.."Melopong luas mulut Haeyoon dibuatnya.Fail ditangan prof tidak disambut.

"Tapi..kami baru lambat sehari..takkan prof tak terima?alaa..prof kan baik hati?"

Prof Shin ketawa mengekek sebelum fail ditangan diberikan kepada Yeonjun secara paksa."Kamu kata apa?sehari?"

Haeyoon mengangguk laju.Seingatnya itu apa yang diberitahu oleh rakan sekumpulannya,Im Yeongi bahawa assigment itu perlu dihantar selewatnya semalam tapi dia terlupa sebab tak set reminder awal-awal.

"Kamu tahu tak..ini bukan lambat sehari..tapi dah seminggu..haih,Haeyoon..kalau macam ni..susahlah saya nak bantu kamu untuk dapatkan markah tinggi dalam sem akhir nanti.."

Haeyoon menarik nafas dalam.Tiba-tiba rasa nak menangis bila assigment yang sudah disiapkan olehnya ditolak mentah-mentah.

"Maafkan saya prof..tapi tolonglah..kali ni je saya terlambat.Saya janji saya tak buat lagi.."Bersungguh-sungguh Haeyoon memujuk prof Shin namun semuanya sia-sia apabila prof Shin menggeleng dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Yoon..kau okey?"

Diam.

"Janganlah sedih-sedih..kalau kau nak,aku boleh je tolong kau ..hack komputer prof, kata semua orang dah hantar.."

Yeonjun cuba memujuk apabila melihat tiada satu pun reaksi yang diberikan oleh Haeyoon.

"Haih..haa!aku tahu..jom ikut aku.."Tiba-tiba sahaja Yeonjun menarik pergelangan tangan Haeyoon untuk berjalan mengikutinya.

Gadis itu diam dan masih lagi menunduk memandang ke arah lantai sambil mengikuti langkah Yeonjun dengan lemah.

🍁🍁🍁

"

Tempat ni lagi?"Haeyoon menyoal sebaik sahaja mereka tiba di tempat arcade game yang pernah mereka berdua jejakkan kaki.

"Jomlah...kalini,tak ada deal..kau boleh main apa saja yang kau suka..aku belanja..lagipun,situasi sekarang pun dah berbeza.."

"Maksud kau..ini first date kita?ish..kenapa rasa pelik.."

"Tak ada yang pelik..aku nak ingatkan kau sekali lagi..kita bukan lagi adik beradik kembar yang selalu cari pasal antara satu sama lain waktu kecik..tapi kita dah jadi lebih dari tu..simpan dalam ingatan kau,'Choi Yeonjun adalah suami aku di masa depan'!"

Haeyoon menggeleng kecil sambil tersenyum.Yeonjun tak pernah berhenti dari loyar buruknya.Ada sahaja di fikirannya untuk buat dia sentiasa tersenyum seperti sekarang.

"Aku minta maaf..salah aku juga sebab tak ingatkan kau awal-awal pasal due date tu..lagipun lepas siap,aku terus bagi dekat Minji.Aku pun sampai terlupa nak bagitahu sebab aku terlalu fikir tentang majlis kau dengan hyung.."

Bahu Yeonjn ditepuk."gwenchana..lagipun assigment tu cuma sepuluh peratus dari markah ujian..jadi,aku tak kisah sangat..dahlah,jom!aku tak sabar nak kalahkan kau.."Lengan Yeonjun ditarik masuk ke dalam arcade game tersebut tanpa sempat lelaki itu membalas apa-apa.

🍁🍁🍁

Satu kertas ditangannya ditenung kosong.Kertas yang berisi alamat seseorang digenggam erat sambil matanya tak lepas memandang kearah sebuah rumah banglo mewah yang terbentang luas di hadapan matanya dari dalam kereta.

Susuk tubuh seseorang yang sedang berjalan kearah taman bunga di halaman rumah menarik perhatiannya.Lantas,dia terus keluar dari perut kereta dan berjalan menghampiri lelaki yang ingin dijumpainya itu.

"Annyeonghaseyo..Soo-nim.."

Lelaki paruh baya itu agak terkejut dengan kehadiran pemuda di hadapannya.Pembantu rumah cuba untuk memanggil pengawal keselamalatan,namun cepat-cepat ditahan oleh lelaki tua itu selepas pemuda tersebut memperkenalkan dirinya.

"Ada apa kamu nak jumpa dengan saya?"

"Saya nak bincangkan sesuatu..dengan tuan.."


To be contonued..

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now