22

66 18 0
                                    

Author's+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author's+

"Aku sukakan kau.."

Taehyung yang berada di sebalik pintu bilik stor tersebut terus memberhentikan perbuatannya yang mahu membuka kunci pintu tersebut.

Telinganya dapat menangkap jelas setiap bait yang dikatakan oleh Yeonjun. Kemudian, dia bersandar di sebalik pintu tersebut untuk mendengar apa yang bakal Haeyoon katakan untuk luahan Yeonjun.

" Yeonjun..aku.."

Suasana jeda seketika.Taehyung berfikiran Haeyoon mungkin tiada jawapan memandangkan dia hanya senyap.

Tanpa menunggu lagi,Taehyung terus membuka kunci bilik stor tersebut dan membukanya.

Jelas wajah terkejut Haeyoon dan Yeonjun terkejut dengan kehadirannya tapi tak lama kemudian mereka sama-sama tersenyum lega.

"Hyung!"

"Abang Tae!"

Jerit mereka serentak sambil berjalan menghampiri Taehyung.

Tiba-tiba, Taehyung menarik Haeyoon masuk ke dalam pelukannya. Lalu,rambut gadis itu diusap lembut.

"Maafkan aku..aku lambat.Aku tak sangka Irene tu macam tu...aku tak tahu dia kurung kau dalam ni sebab nak bagi amaran dekat kau untuk jauhkan diri kau dari aku.." Kata Taehyung dengan nada bersalah.

Haeyoon yang shook dengan perbuatan Taehyung,perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

"Gwenchana.. Lagipun bukan Haeyoon sorang je terkurung.. Yeonjun pun ada sekali..hahaha.." Jawab Haeyoon diselangi tawa

Yeonjun yang menjadi pemerhati, memandang ke arah Taehyung dan Haeyoon dengan wajah cemberut. Lantas,dia berdehem kecil apabila Taehyung masih lagi memeluk Haeyoon.

"Dah jom balik.."Ajak Taehyung usai dia melepaskan pelukan.

"Irene macam mana?"Soal Haeyoon seraya memandang Taehyung dan Yeonjun bersilih ganti.

"Dia dah diberi amaran supaya tak kacau kau lagi or else aku akan tamatkan kontrak syarikat dia dari bekerjasama dengan syarikat aku." Jawab Taehyung tenang.

"Gwenchana.. Abang Tae baliklah dulu..Yoon nak tunggu Yeonjun habis kerja.." Jawab Haeyoon sebelum memberi isyarat bagus kearah Yeonjun yang sudah terpinga-pinga.

"Kenapa taknak balik lagi?kalau diorang kurung kau dalam ni lagi macam mana?aku tak tolong dah .." Kata Taehyung mendatar membuatkan Haeyoon menggaru kepala yang tidak gatal.

"Erm,gwenchana Haeyoon.. Yeonjun boleh balik sendiri.. Baliklah dulu ya?betul juga kata hyung tu..kalau diorang apa-apakan kau lagi macam mana?Aku juga susah...dah pergi balik,nanti aku nak buat kerja pun susah sebab nak kena perhatikan kau je.." Pujuk Yeonjun seraya menyerabutkan rambut Haeyoon.

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now