13

81 15 6
                                    

Sorry buat sesiapa yang dah tunggu update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry buat sesiapa yang dah tunggu update..Jun nak update tapi itulah..internet tak menginzinkan.Jadi,maybe ini last update before hp Jun tamat data esok.Huhuhu..

Okey,enjoy reading ya?






Haeyoon's+

Tempat duduk kosong di sebelah Yeonjun jadi pilihan.Dia masih lagi mendiamkan diri tanpa menoleh ke arahku.

"Weh..kenapa dengan kau harini? Kau ada masalah ke?cuba cerita dekat aku..bosan tau tak hidup aku bila kau tak kacau aku..Yeonjun.." Kata aku sambil mencucuk-cucuk bahunya.

Dia masih lagi tidak mengeluarkan sekarang suara.Tapi,tak lama kemudian..aku terdengar suara dengkurannya.Aku bergerak untuk melihat wajahnya.

Patutlah aku cakap dia tak jawab.Tertidur pula?

Aku kembali bersandar dan tersenyum nipis.Mungkin dia penat sangat tu.

---****---

"Yoon!!!" Jeritan seseorang menarik perhatian aku dan juga seluruh warga universiti. Aku toleh pandang Minji yang sedang berlari mendekati aku.Cepat-cepat aku tutup muka sebab malu menjadi pusat pemerhatian orang.

Yeonjun yang lalu di sebelah,aku pandang sehingga dia hilang di sebalik keramaian orang.Sesekali aku mengeluh halus.

"Hey Yoon,aku panggil kau tadi tak dengar ke?Jauh betul termenung tu.." Tegur Minji buatkan aku senyum segaris.

"Kau dah beritahu Yeonjun pasal hujung minggu nanti?" Tanya Minji seraya kami berjalan berdua menuju ke dewan kuliah. Aku menggeleng kecil.

"Aku dah beritahu tentang tempat tu cuma aku tak pasti samada dia dengar atau tak apa yang aku sampaikan sebab waktu tu dia jalan tinggalkan aku macamtu je.." Jawabku jujur.Jika diingatkan balik,aku ada mention nama Minji haritu. Lepastu terus sahaja muka dia jadi muram.

Adakah sebab tu?hmm..

"Alaaa..nanti kau cuba cakap dekat dia betul-betul ya..aku taknak lambat-lambat nanti aku terlepas peluang..meroyan aku.." Kata Minji diselangi tawa.

"Kau memang betul sukakan Yeonjun ke?bukan apa..sebelum ni kau pun selalu sangat suka dekat orang tu orang ni,tapi tak serius pun.." Ujarku sambil memandangnya.

Dia terdiam dan berpeluk tubuh acah berfikir.

"Aku rasa kali ini,aku memang serius..Yeonjun tu berbeza dari lelaki yang aku kenal sebelum ni..aku harap kau support aku ya?" Katanya lalu memeluk bahuku yang sedikit rendah darinya.Aku hanya mengangguk kecil dan tersenyum nipis.

Aku harap begitulah.

Syarikat ChoiSoyy

Tuan Choi yang sedang sibuk menaip sesuatu di laptop akhirnya berhenti seketika untuk menyisip air kopi yang sudah semakin sejuk.

Kepala yang terasa berpusing,dipicit perlahan seraya mengeluarkan ubat yang berada di dalam lacinya.

Sakit itu semakin lama semakin bertambah menyebabkan Tuan Choi So Ya tersandar lemah di kerusinya sambil memegang kepala.

Dia cuba bangun untuk keluar dari pejabatnya.Malangnya, dia terjatuh kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang semakin mencengkam.

"Tolong janganlah kali ni.." Rintih Tuan So Ya perlahan dalam keadaan yang sangat lemah.

"Tuan,saya nak han—tuan!!" Jerit pembantunya apabila melihat Tuan Choi terbaring lemah di atas lantai seraya melangkah ke arah Tuan Choi dengan cemas .

"Ba..bawa saya ke hospital.." Pinta Tuan Choi So Ya dengan nada yang perlahan.Pandangannya pun turut menjadi kabur disebabkan oleh sakit kepala yang sepertinya tidak berpenghujung.

Tanpa melengahkan masa,pembantunya segera menelefon talian kecemasan.

"Tuan bertahan ya..ambulan akan tiba tak lama lagi.."

---***---

Aku yang sedang sibuk mengemas barang tiba-tiba sahaja berhenti disebabkan oleh bunyi deringan telefon .Terus sahaja panggilan tersebut diangkat selepas melihat nama si pemanggil.

"Yoon..jumpa aku dekat taman universiti sekarang..aku bagi masa 1 minit je.Lambat kena denda.." Belum sempat aku menjawab,panggilan terus dimatikan.

Haih Yeonjun ni..ingat aku ni usain bolt ke?Jauh kot dari dewan kuliah aku.

Tanpa membuang masa,aku segera mengemas barang yang masih lagi berterabur di atas mejaku lalu melangkah dengan cepat untuk ke taman tersebut.

"Eh?kau kelam kabut ni..nak kemana?" Soal Minji barangkali pelik melihat aku yang tergesa-gesa.

"Sorry Minji..aku ada hal ni.Aku rasa aku tak sempat nak teman kau makan dekat kafe.Esok aku janji belanja kau makan ya.." Kataku lalu berjalan meninggalkan Minji tanpa sempat dia menjawab.

Minji yang terpinga-pinga melihat kelakuan Haeyoon terus sahaja mengangkat bahu.Sedang dia mengemas,matanya tertancap pada seutas rantai berbentuk bulan yang jatuh di atas lantai.

"Eh?bukan ke ini rantai Haeyoon?" Soalnya pada diri sendiri sebelum bertindak untuk mengikuti langkah Haeyoon agar dia dapat mengembalikan rantai itu.

.
.
.

Sambil aku berlari memasuki kawasan taman bunga tersebut,sambil itu kepala aku berpusing kiri dan kanan mencari figura Yeonjun yang tiba-tiba sahaja menelefon.

Sebaik ternampak keberadaannya,aku segera melangkah dengan laju kearahnya sebelum melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Lambat 5 minit.." Katanya tanpa menoleh. Aku berdecit geram.

"Memanglah lambat..kau ingat dekat ke dewan kuliah kita tu dari sini?" Aku menjawab dengan nada tidak puas hati.

"Aku dah cakapkan..kalau lambat ada denda?jadi.." Dia menjedakan ayatnya sementara aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.Takkan dia suruh aku datang sini semata-mata nak denda aku?

"Aku nak kau jadi girlfriend aku.."

"Apa?!"

"What?!"

Serentak aku dan seseorang menjerit selepas mendengar kata-kata Yeonjun.

Aku menoleh memandang ke belakang.Suara jeritan itu,tak lain tak bukan pasti Minji.

Dan tekaan aku benar.Dia mengepal penumbuknya sebelum membaling sesuatu ke atas lantai dan terus berjalan pergi dari situ.

"Aku rasa kita perlu bercakap dengan lebih lanjut tentang ni di rumah.." Kataku dengan nada dingin seraya mengejar langkah Minji.

Aku taknak Minji salah faham.

Yeonjun,kau pasti gila.

To be continued...

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now